Ramai yang tak menyangka amalan syirik seperti sihir masih ada dalam kalangan masyarakat. Penangkapan seorang belia yang sedang melakukan ritual syirik baru-baru ini membuktikan adanya kegiatan sebegitu. Malah dapat dilihat dalam satu gambar, rumah itu turut mempunyai sebuah meja pejabat siap dengan komputer. Mungkin digunakan untuk mengambil tempahan khidmat yang disediakan.
Artikel kali ini untuk memperkenalkan sebuah tempat di India yang terkenal dengan julukan nama Land of Tantra-Mantra atau Kampung Ilmu Hitam. Gelaran ini diiktiraf sendiri oleh masyarakat India malah gelaran itu diambil dari laman portal Morigoan District.
Kampung ilmu hitam ini bernama Mayong (atau Mayang), terletak di daerah Morigoan, negeri Assam. Kampung ini terletak di pinggir Sungai Brahmaputra. Ia berada 40 kilometer dari Guwahati dan bersebelahan dengan Santuari Hidupan Liar Probitora. Populasi penduduk di situ lebih kurang 242 ribu orang.
Legenda mengatakan bahawa orang di sini dapat menyembuhkan penyakit dengan menggunakan mantera dan bahkan dapat mengubah daun menjadi ikan. Ada juga kisah lagenda mengenai manusia yang bertukar menjadi binatang atau menjinakkan binatang liar.
Nama kampung ini diambil dari perkataan Sanskrit “maya” yang bermaksud ilusi. Pendapat lain menyebut nama Mayong diambil dari perkataan “miyong” yang bermaksud gajah dalam bahasa Dimasa. Satu lagi pendapat asal-usul nama ini daripada Puak Moirang dari Manipur dan kemudian bertukar perlahan-lahan menjadi Mayong.
Kampung Mayong disebut dalam manuskrip mitologi Epik Mahabrata. Ghatotkacha dikatakan memasuki medan perang selepas mempelajari beberapa ilmu daripada penduduk Kampung Mayong.
Satu kisah misteri yang mahsyur tentang kampung ini ialah kisah ekspedisi angkatan tentera berkuda dari Empayar Mughal yang diketuai oleh Muhamad Shah seramai 100 ribu orang, hilang tanpa jejak di kawasan Mayong.
Dikatakan bahawa hampir setiap keluarga di sini memiliki tulisan suci dan naskah yang diturunkan dari zaman kuno. Walaupun begitu, beberapa keluarga menyembunyikan kemahiran kemudian membakar manuskrip itu kerana takut ilmu itu jatuh pada tangan yang salah.
Penduduk kampung ini juga menjalankan khidmat rawatan perubatan. Bomoh atau pawang dipanggil bej/bez atau ojaa. Rawatan menggunakan mantera dan dipercayai menggunakan makhluk ghaib sebagai pembantu. Nak cari barang hilang pun boleh.
Pelancong yang datang ke kampung ini juga boleh mendapat perkhidmatan menilik masa depan oleh penduduk kampung. Terdapat juga khabar angin tentang penyakit kronik yang sembuh selepas mendapat rawatan.
Pelancong juga boleh melawat Mayong Central Museum. Antara tarikan di muzium ini ialah manuskrip purba tentang sihir dan ilmu hitam. Selain itu, terdapat juga artifak seperti pedang, piring, dan peralatan lain yang digunakan untuk ritual. Muzium ni juga disenaraikan antara tempat yang berhantu di India. Satu dokumentari bertajuk “Mayong : Myth or Reality” turut disiarkan pada tahun 2013 tentang kehidupan masyarakat kampung itu.
Sehingga hari ini ilmu ini masih diamalkan. Ritual dan penyembahan masih dilakukan oleh penduduk di situ. Malah segelintir penduduk percaya para ahli sihir purba masih hidup dan tinggal di dalam hutan berdekatan kampung.
Walaupun Mayong mengamalkan sikap terbuka pada pelancong, namun ada bahayanya. Kerap kali timbul berita tentang orang yang datang ke situ hilang tanpa khabar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih