Sesiapa yang melihat imej satelit sebuah lubang di sebuah gurun berhampiran sempadan Yaman-Oman pasti tertanya-tanya bagaimana ia boleh muncul di situ. Lubang itu dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Perigi Neraka atau Perigi Barhout dan ia masih diselubungi misteri.

Rajah 1: Perigi Barahout. Sumber: AFP

Lubang besar yang terletak di wilayah al-Mahra ini berukuran lebar 30 meter dan berkedalaman antara 100 hingga 250 meter. Terdapat beberapa versi tentang kewujudan lubang ini. Satu versi mengatakan ia dicipta sebagai pen.ja.ra bagi golongan syaitan dan jin – reputasi yang disokong dengan bau toksik dan busuk yang keluar dari lubang berkenaan. Manakala satu versi lagi mengatakan ia merupakan lubang neraka.

Yang pasti, ia menggamit perhatian saintis selama bertahun-tahun. Wujud pelbagai teori tentang bagaimana ia terhasil. Ada mengatakan ia merupakan pingo, sejenis fenomena geologi yang kini muncul di Semenanjung Yamal, Rusia pada dekad yang lepas.

Bagaimanapun, menurut Profesor Chris Fogwill dari Universiti Keele, beliau percaya Perigi Barhout bukan sebuah pingo. Tetapi sebaliknya, ia sebuah lubang benam yang terhasil akibat hakisan batu kapur atau pergerakan geologi garam atau air garam.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Begitupun, melihat kepada hakisan pada lubang tersebut, mustahil ia dikelaskan sebagai lubang benam. Tambah Prof Fogwill, lubang benam terhasil akibat pelbagai aktiviti termasuk perlombongan, mengorek atau pembinaan. Tetapi masalahnya, kebanyakan aktiviti tersebut langsung tidak wujud sekitar kawasan berkenaan.

Bagi pihak berkuasa Yaman, mereka sendiri tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Ketua pengarah jabatan sumber mineral dan geologi al-Mahra, Salah Babhair memberitahu disebabkan lubang yang terlalu dalam, agak sukar mengetahui apa yang ada di dasarnya. Usaha penerokaan juga dijangka sukar kerana kekurangan bekalan oksigen dan aliran udara.

Rajah 2: Perigi Barhout diselubungi misteri dan menggamit rasa ingin tahu saintis-saintis selama bertahun-tahun.

Kenyataan ini bersandarkan kepada usaha penerokaan Perigi Barhout yang dijalankan sebelum ini. Peneroka berjaya diturunkan sejauh 50 hingga 60 meter ke dalam lubang sebelum dikeluarkan atas sebab keselamatan. Tambah Salah lagi, ia dianggap misteri kerana pasukan peneroka melihat benda aneh dan menghidu bau yang tidak dapat dijelaskan.

Beliau percaya lubang tersebut berusia jutaan tahun dan memerlukan lebih banyak kajian selanjutnya. Tetapi usahlah ditanyakan hal ini kepada penduduk tempatan. Sekiranya ditanya tentang perihal Perigi Barhout, mereka memilih berdiam diri kerana bercakap tentang hal berkenaan boleh mendatangkan malang kepada mereka.

Perigi Barhout turut mencetuskan pertikaian tentang beberapa cerita yang berkait dengannya dalam kalangan para ulama. Bagaimanapun, penulis tidak akan menyentuhnya di sini kerana merasakan ia lebih layak disentuh oleh orang yang lebih arif dalam bidang hadis. Yang pasti, misteri Perigi Barhout ini merupakan satu lagi tanda kekuasaan-Nya yang patut direnungkan.

RUJUKAN:

AFP dan Ciaccia, Chris. (2021). Experts left baffled over origins of Yemen’s ‘Well of Hell’ – a 100-foot wide hole in the desert rumored to be a ‘prison for demons’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.