Buah mulut masyarakat boleh menyebarkan satu cerita sampa lari habis daripada maksud asal. Itulah nasib menimpa Pulau Oak yang terletak di Nova Scotia, Canada.
Katanya ada harta karun di pulau ini. Lagenda ini dipercayai bermula daripada mulut seorang kelasi pada penghujung usianya.
Kelasi tersebut pernah berkhidmat dengan seorang nakhoda Scotland bernama William Kidd. Beliau bercerita pasal harta Kidd bernilai £2 juta (sekarang: £465 juta) yang ditanam di Pulau Oak (Brown, 2021).
Naratif harta karun menarik perhatian ramai yang ingin mencuba nasib. Tetapi ada satu αmαrαη menyelubungi kisah ini: “tujuh orang akan mαti mencari harta yang takkan ditemui.”
Ramai percaya Pulau Oak sudah disumpah. Tetapi segelintir masih berani dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi kaya.
Usaha penggalian bermula sekitar tahun 1802, apabila sekumpulan daripada Onslow Company menggali sedalam 27 meter.
Dapatan mereka sangat konsisten dengan maklumat yang diketahui ramai. Setiap tiga meter, mereka jumpa kayu balak yang merupakan penanda aras. Katanya mereka jumpa sabut kelapa dan batu bersimbol seperti mana dalam legenda. Semangat membuak-buak Onslow Company itu berakhir dengan hampa apabila mereka temui air pada lubang kedalaman lebih kurang 18 meter, bukannya harta karun.
Beberapa dekad kemudian, the Truro Company pula datang menyambung usaha Onslow. Nasib sama menimpa mereka, dengan lubang galian mereka tiba-tiba dipenuhi air. The Truro Company kehabisan dana pada tahun 1851 – dan terus membubarkan proses penggalian tersebut.
Kajian mengenal pasti kewujudan laluan mata air yang mungkin menjadi punca lubang galian banjir pun dilakukan. Jadi 10 tahun kemudian, ada pihak lain datang menggali lengkap dengan pam berenjin wap. Entah kenapa pam tersebut mele.tup dan menyebabkan kemαlαηgαη teruk yang merαgμt ηyαwα seorang penggali.
Dan mereka pulang dalam keadaan hampa, tewas kerana mata air dan habis dana sama macam the Truro Company (McIntee, 2016).
The Halifax Company tampil pada tahun 1866 dengan teknologi gerudi tanah yang mengeluarkan sisa kayu, sabut kelapa dan tanah liat. Sesudahnya mereka tidak jumpa apa-apa selepas setahun menggali. Kegagalan Halifax patut menyedarkan semua pihak.
30 tahun kemudian, ada satu misi dilaksanakan yang turut kalah kerana laluan mata air. Pihak ini kehilangan seorang pekerja bernama Maynard Kaiser, yang jatuh daripada tempat tinggi dan meninggal dunia serta merta.
Banyak ekspedisi dilancarkan selepas kes Kaiser ini. Sama seperti pihak lain, semuanya gagal. Tetapi mereka masih bersemangat kerana berjaya menemui artifak-artifak tertentu seperti Ekspedisi 1931 dibawah pengendalian William Chappell.
Sumpahan Pulau Oak akhirny menjadi fokus utama apabila Robert Restall membawa anaknya (juga nama Robert) untuk memulakan ekspedisi baru pada tahun 1959. Mereka mengenal pasti punca kejadian banjir yang menewaskan semua ekspedisi terdahulu. Dan di sebuah tempat dipanggil Smith’s Cove, mereka terjumpa satu lubang barangkali menadah air hujan.
Sebelum mula mencari harta karun, mereka cuba menutup lubang ini dulu. Kemudian mereka menggali sedalam 8.2 meter. Sedang menggali pada 17 Ogos 1965, Restall tiba-tiba pengsan. Anaknya turun tetapi turut pengsan. Terpinga-pinga, pekerja mereka – Cyril Hiltz, Carl Graeser dan Andy DeMont – mula menggelabah.
Mereka cuba menyelamatkan dua Restall ini… tetapi terkena nasib sama. Hanya DeMont berjaya keluar daripada lubang tersebut, itupun atas usaha seorang pengunjung bernama Edward White yang memberanikan diri turun dengan tali.
Ekspedisi 1965 habis begitu saja, dengan kematian empat orang yang berpunca daripada asap mengandungi hydrogen sulfida. Buah mulut masyarakat menyebarkan cerita Pulau Oak sampai lari habis daripada maksud asal.
Naratif harta karun mula berubah entah katanya ada manuskrip William Shakespeare pula. Tidak lama kemudian, datang cerita baru bahawa dalam Pulau Oak tersembunyinya Cangkir Suci dan Peti Tabut yang dibawa Kesatria Templar terdahulu.
Sehingga hari ini, tiada siapa jumpa harta karun William Kidd. Sumpahan katanya masih menyelubungi Pulau Oak. Kerana baru enam orang meninggal dunia. Orang ketujuh masih menunggu nasib.
RUJUKAN:
Brown, A. (2021). Louisiana Legends & Lore. Arcadia Publishing. Halaman 94.
McIntee, D. (2016). Fortune and Glory: A Treasure Hunter’s Handbook. Bloomsbury Publishing. Halaman 91.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih