Zaman 1960-an memang panas dengan perlumbaan Bulan. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bagaikan head-to-head. Dan sebenarnya, inilah satu-satunya perlumbaan Amerika Syarikat tidak boleh tewas. Mereka sudahpun tewas dalam dua perlumbaan.
Kerajaan Soviet berjaya menghantar satelit pertama ke ruangan angkasa pada 4 Oktober 1957. Empat tahun kemudian, Soviet sekali lagi menconteng arang pada muka Amerika Syarikat. NASA tidak sempat melancarkan Alan Shepard sebelum Yuri Gagarin.
Jadi Presiden John F. Kennedy masuk White House dan kemudian mencabar rakyat sendiri: “Saya berpendapat negara ini patut berusaha dengan matlamat untuk mendaratkan seorang angkasawan di Bulan dan kembali ke Bumi.” Semua harus faham satu benda.
Cabaran Kennedy sebenarnya mirip manifesto bulan dan bintang (no pun intended) mana-mana parti pembangkang yang kemaruk kuasa sampai sanggup memperdayakan rakyat. Semata-mata untuk menang, Amerika Syarikat berbelanja AS$25 bilion (AS$125 bilion nilai sekarang).
Dan mereka berjaya pada 20 Julai 1969.
Bagi yang tertanya-tanya, Amerika Syarikat turut mendaratkan lima kapal susulan – Apollo 12, 14, 15, 16 dan 17. Sepatutnya ada Apollo 13 – tetapi itu cerita lain hari.
Kembali ke topik. Program Apollo tidak bermula dengan Apollo 11. Sebelum pendaratan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin, pihak NASA mencuba nasib dengan Apollo 1 yang gagal dengan teruk sampai kehilangan nyαwα tiga angkasawan siap.
Jadi mereka pun menjalankan siasatan rapi – dan program Apollo disambung dengan empat misi berbeza – Apollo 7, 8, 9 dan 10. Sekadar rumusan, empat misi ini mudah faham begini: naik satu demi satu anak tangga. Apollo 7 terbang ke orbit Bumi.
Apollo 8 ke orbit Bulan. Apollo 9 pula menguji kapal pendarat (LM). Dan Apollo 10 menurunkan LM ke “langit Bulan”
LM tidak mendarat di Bulan. Ia berhenti pada paras 15.6 kilometer dan terbang balik ke Apollo 10. Kemudian mereka mengelilingi Bulan sebanyak 31 kali dan pulang. Semua bersoraklah – semua step selesai.
Ketika ini, mereka tahu: Soviet takkan mampu menandingi mereka (melainkan jika Apollo 11 gagal). Tetapi semua ini adalah rutin, untuk diteliti kemudian andainya ada sebarang kesilapan atau keanehan.
Angkasawan Eugene Cernan, John Young dan Thomas Stafford memang mahir. Mereka tidak buat silap langsung. Tetapi pada hari keenam dalam misi lapan hari mereka, ada satu benda yang aneh. Sedang elok mereka fokus, tiba-tiba ada seketul nαjis muncul entah dari mana (Stromberg, 2015). Tiada masalah kalau ketulan itu terapung di luar kapal. Masalahnya, ia terapung dalam kapal.
Ternampak saja, Stafford tanya, “woi! Sapa punya ni?”.
Young pada masa itu belum perasan. “Sapa buat apa?” Dan Cernan membalas, “aku rasa bukan aku punya ni.” Macamlah Stafford akan mengaku. Beliau berkata, “Aku punya melekit-lekit tak berketul! Kau ambil buang jap!”
Sampai hari ini, NASA tidak tahu siapa yang buat. Tetapi peristiwa ini membuka jendela baru dalam rekaan (design) baju angkasawan. Misi Apollo menggunakan sistem kumbahan yang sangat mudah (Boyle, 2013): “buang” air besar dalam beg, tuang penghαpμs kuman, dan ikat kemas. Angkasawan perlu uli sikit untuk adunkan nαjis dan bahan penghαpμs kuman. Itu saja.
Baca memanglah nampak senang. Cuba buat tengok. Kalau buat dalam tandas, nαjis habis kuat jatuh bawah. Tetapi ini kapal angkasa – mana nak jatuh bawahnya. Tambah kalau tak perasan. Kalau di Bumi, keluar tandas ada makhluk halus ikut. Di angkasa, keluar tandas makhluk sendiri pula yang ikut.
Alih-alih tiada siapa mengaku… sampai hari ini.
Yang pasti, salah seorang dalam gambar di atas.
RUJUKAN:
Boyle, A. (2013, April 9). (ditapiskan) in space revisited: Apollo 10’s floating (ditapiskan) pop up 44 years later. NBC News.
Stromberg, J. (2015, Mei 26). The floating (ditapiskan) mystery that still haunts NASA. Vox.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih