Kampung Tembioh yang terletak di Kota Tinggi menyimpan sebuah misteri berdarah. Bayangkan, ada perempuan jelita yang digilai ramai lelaki, tetapi 99 daripada suaminya mati pada malam pertama!

Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur atau dipanggil Cik Siti Jalang adalah seorang perempuan jelita dari Pulau Penyengat. Dikatakan, Cik Siti sangat jelita orangnya. Seawal umur 18 tahun dia sudah menikahi suami pertama. Namun, malang tak berbau, suaminya mati pada malam pengantin.

Untuk mengelak malu, Cik Siti berpindah ke Johor. Dia sezaman dengan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Di sinilah dia berkahwin dengan lelaki-lelaki lain. Setiap kali malam pertama, kala jengking keluar dari kemaluannya dan membunuh suami baru. Orang kampung pun dah tahu. Keranda sudah disiapkan untuk pengantin lelaki di pagi hari.

Pada suatu hari, Cik Siti berkahwin dengan seorang lelaki alim. Lelaki ke-100 ini sudah tahu desas-desus kematian 99 suami sebelumnya. Oleh itu, pada malam pertama, dia menghiris tangannya dengan pisau serta menitiskan air limau pada luka supaya dapat berjaga sepanjang malam.

Menjelang tengah malam, dia melihat begitu banyak kala jengking keluar dari kemaluan Cik Siti. Dengan menggunakan kacip besar, semua kala jengking itu dibunuh.

Sampai ke waktu subuh, satu demi satu kala jengking dipotong dua. Keesokan hari, orang kampung datang dan terkejut kerana pengantin lelaki masih hidup. Kemudian, Cik Siti Aminah pun hidup bahagia dengan suami terakhirnya ini sehingga ke hujung nyawa. Kuburnya boleh dijumpai di Kampung Tembioh, Kota Tinggi berdekatan dengan Jalan Cik Siti Aminah 2.

Apakah benar Cik Siti bersuamikan 100 orang?

Menurut pengkaji sejarah Johor, Syarif Salleh, suami Cik Siti hanyalah seramai enam orang. Lelaki keenam bernama Sopian. Selepas berkahwin, dia pergi ke sungai untuk menangkap ikan haruan.

Pada waktu tengah malam, Sopian meletakkan ikan haruan yang telah dipanggang di atas peha Cik Siti dalam keadaan sedar dan selang beberapa minit, seekor ular Gizi bersaiz cacing keluar dari kemaluan isterinya. Sopian membunuh ular itu dengan segera!

Kebetulan, Kampung Tembioh memang terkenal sebagai port memancing. Apakah mungkin keturunan Cik Siti ada sampai ke hari ini?

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Nak baca lebih banyak kisah seram yang menakutkan? Baca je novel PUAKA LEMBAH PERASING. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/q3gk3n8


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply