Sebut saja Genghis Khan, ramai orang tahu lelaki inilah yang menyediakan batu asas kepada pembentukan Empayar Mongol yang luas. Genghis atau nama sebenarnya Temujin mangkat pada usia 65 tahun pada tahun 1227 Masihi. Tetapi punca sebenar kemangkatan baginda diselubungi misteri dan mitos kerana terdapat pelbagai cerita berbeza-beza bagaimana Genghis menemui ajalnya.

Terdapat banyak cerita kemangkatan baginda sama ada melalui orang Mongol atau pihak yang memusuhinya. Dalam satu riwayat, baginda mengalami kehilangan da-rah yang banyak selepas diti-kam atau dipo-tong kemaluannya oleh seorang puteri berdarah Tangut. Riwayat lain memberi versi Genghis mangkat akibat terjatuh dari kuda, gugur dalam kempen di China atau terkena anak pa-nah dalam kempen terakhirnya di Xia Barat.

Kisah ini dirumitkan lagi dengan urusan pemakaman baginda. Bagi mengelak gangguan moral terhadap ten-tera Mongol yang berjuang di Xia Barat, urusan pemakaman dibuat secara rahsia. Pasukan berkuda yang diamanahkan membawa ma-yat Genghis membu-nuh sesiapa saja yang berada di laluan mereka bagi mengelak laluan mereka diketahui sesiapa.

Selepas urusan pemakaman selesai, seribu ten-tera berkuda digerakkan di atas makam untuk menghilangkan sebarang jejak atau klu makam baginda. Selepas mereka selesai melakukannya, kesemua seribu ten-tera ini dibu-nuh sekaligus memastikan rahsia lokasi Genghis tidak akan diketahui sampai bila-bila.

Ahli paleopatologi dari Universiti Flinders di Adelaide, Australia, Francesco Galassi menyifatkan kemangkatan raja dan maharaja dalam Tamadun China banyak diselubungi oleh mitos dan spekulasi. Kisah-kisah sebegini dijaja bertujuan menaikkan prestij baginda pasca-kemangkatan dan mengelirukan mana-mana pihak tentang sebab sebenar kemangkatan. Kadang-kadang, sebab sebenar kemangkatan jauh lebih ringkas daripada apa yang disangka.

Pandangan Galassi turut disokong penyelidik biologi dari Universiti Adelaide, Wenpeng You. Dengan mengkaji sejarah kehidupan baginda, mereka mendapati semasa kemangkatannya, Genghis berada di puncak kekuasaan, dihormati oleh para pengikutnya dan mendapat jagaan rapi pakar. Ini menyebabkan teori pembu-nuhan politik atau dira-cun yang dikemukakan sebelum ini ditolak.

Galassi dan rakan penyelidiknya kemudian mengkaji teks Sejarah Yuan yang diterbitkan semasa era Dinasti Ming. Menurut keterangan manuskrip tersebut, Genghis ditimpa demam sebelum mangkat dalam tempoh lapan hari selepas ditimpa penyakit tersebut. Pada awalnya, demam tifoid dikatakan sebagai punca kemangkatan tetapi tiada simptom klinikal seperti sakit perut dan muntah-muntah direkodkan.

Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia hari ini, Galassi dan rakan-rakan penyelidiknya teringat hanya satu penyakit yang berupaya meninggalkan kesan sebegitu rupa ketika itu iaitu wabak bubonik. Bagi salah seorang ahli kumpulan Dr Elena Varotto, ini menunjukkan wabak berupaya mengan-cam sesiapa saja baik Covid-19 (dunia moden) atau bubonik (Genghis Khan).

Beliau percaya penularan wabak seperti Covid-19 atau bubonik memberi kesan bukan saja dari segi perubahan kepimpinan tetapi juga perubahan naratif sejarah itu sendiri. Galassi menambah diagnosis yang dibuat pasukannya dilihat logik dan bertepatan dengan fakta sejarah. Tetapi sebagai pengesahan, makam Genghis perlu dikesan bagi membolehkan ujian klinikal boleh dijalankan. Sayang sekali, itu dianggap mustahil untuk dicapai…

RUJUKAN:

Cowie, A. (2021). Mystery of Genghis Khan’s Death Considered Solved. Ancient-Origins.

Choi, C. (2021). The story you heard about Genghis Khan’s death is probably all wrong. LiveScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.