Terlalu banyak kisah-kisah misteri dan seram berkaitan dengan laut. Namun, tiada satu pun yang mampu melawan kisah kehilangan Ourang Medan, yang sehingga hari ini, kisah kehilangannya menimbulkan seribu misteri kepada yang membacanya.
Lokasi peristiwa penuh misteri ini berlaku ialah di Selat Melaka. Kisah mengenai panggilan SOS pada tahun 1948 daripada sebuah kapal Belanda yang apabila ditemui, mereka dapati bahawa seluruh penghuni kapal ini ditemui m4ti dalam keadaan “tubuh kaku-beku kerana ketakutan”.
Catatan daripada mereka yang menemukan isi kapal memberitahu kita mengenai keadaan mayat:
“Gigi mereka terkatup rapat dengan wajah mereka dihadapkan ke arah matahari, merenung ke arahnya, seolah-olah sedang ketakutan.”
Kapten kapal ini bersama dengan krunya ditemui m4ti dalam keadaan wajah penuh ketakutan, tetapi tiada kecederaan yang jelas kelihatan pada tubuh mereka yang memberikan kita sebab-musabab kem4tian mereka. Apakah manusia sebenarnya mampu m4ti dalam ketakutan? Kalau ya, apa sebenarnya yang sangat menakutkan bagi seluruh kru kapal S.S. Ourang Medan ini?
Dan sebelum apa yang berlaku pada kru-kru kapal itu disiasat oleh orang yang menemukan mereka, api tercetus lantas seluruh kapal meletup, meninggalkan kita yang hanya mampu berspesikulasi. Kita tidak akan tahu apa yang jadi tanpa memo CIA didedahkan kepada awam yang mengandungi butiran misteri ini. Panggilan SOS misteri yang ditemui oleh CIA berbunyi seperti dibawah:
“Semua pegawal, termasuk kapten m4ti, terbaring dalam bilik carta dan atas anjungan. Barangkali semuanya sudah m4ti.” Selepas itu, panggilan SOS yang ditulis dalam Kod Morse tersebut diteruskan oleh siri titik berpanjangan serta tanda sengkang yang tidak dapat diterjemahkan isinya sebelum bersambung dengan dua buah perkataan yang akan terus menghantui kita seumur hidup. “Aku m4ti”.
Atau inilah yang diceritakan oleh memo yang ditulis oleh C.H Marck Jr, seorang pembantu kepada pengarah CIA pada tahun 1959 iaitu Allen Dulle kepada penama yang tidak dimaklumkan. Memo tersebut turut mendedahkan bahawa CIA percaya bahawa kehilangan S.S. Ourang Medan ini sebenarnya mampu memberikan mereka klu kepada lebih banyak kehilangan yang berlaku di Selat Melaka.
Panggilan SOS tersebut disambut oleh sebuah kapal yang paling dekat dengannya iaitu Silver Star yang berada 50 batu dari lokasi S.S. Ourang Medan. Selain penemuan mayat-mayat kru kapal tersebut yang masih jelas ketakutan pada wajah mereka, mereka yang menemukan mayat tersebut juga merasakan kesejukan yang luar biasa ketika menaiki kapal, tidak kena dengan suhu sekitar yang dimaklumkan dalam sekitar 37 darjah celcius.
Lebih memeranjatkan, ada pihak yang cuba memeriksa mengenai kewujudan kapal ini. Namun, mereka tidak temui sebarang pendaftaran dengan badan kapal yang sah pada waktu itu di Eropah atau Amerika. Ada yang berspesikulasi bahawa kapal SS Ourang Medan ini barangkali ialah kapal hantu yang akan muncul pada bila-bila masa di tengah laut. Tetapi ada yang membantah teori kisah ini dengan mengatakan bahawa kapal tersebut barangkali berdaftar di Sumatera, sebab itu rekod rasmi kewujudannya tidak ditemui.
Ada banyak teori yang menyelubungi kisah tenggelamnya S.S Ourang Medan. Ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat kuasa mistik yang telah menganggu mereka di atas kapal, lalu kemuncaknya ialah hampir seluruh kru kapal tersebut berakhir dengan kem4tian. Tetapi kisah-kisah seperti ini sebenarnya klise kalau dikaitkan dengan cerita kehilangan misterius. Hantu, kuasa mistik, mesti akan dipetik sebagai satu-satunya penjelasan paling rasional kita. Sampai teori seperti kapal tersebut diserang oleh lanun yang tidak m4ti, sehinggakan kru kapal Black Pearl pun disalahkan.
Tetapi ada satu teori yang menarik perhatian saya. Mengenai sebuah teori konspirasi kononnya kapal tersebut membawa senjata biologi yang dibangunkan oleh Jepun yang dikenali sebagai unit 731. Senjata tersebut oleh seorang ahli bakterialogi Jepun bernama Shiro Ishii yang telah membangunkan senjata-senjata biologi yang Jepun gunakan dalam pep3rangan. Kononnya unit 731 ini ialah senjata biologi paling hebat pernah dunia ciptakan.
Lagipun sebelum itu, Shiro Ishii juga pernah direkodkan mencipta sebuah lagi senjata biologi iaitu Unit 732 yang telah mer4gut lebih 200, 000 orang nyawa ketika P3rang Dunia Kedua. Barangkali, penghuni kapal S.S Ourang Medan ini terdedah kepada senjata biologi unit 732 dan kerana sebab itulah, mereka akhirnya menemui pengakhiran ngeri lagi misteri tersebut?
Hari ini, meskipun misteri kapal tersebut masih belum diselesaikan, tetapi sebuah permainan video telah dibangunkan berilhamkan daripada peristiwa ini. The Dark Pictures Anthology: Man of Medan mengisahkan mengenai 5 watak utama yang cuba keluar hidup-hidup daripada sebuah kapal hantu bernama Ourang Medan, berilhamkan daripada peristiwa ini. Oh ya, sebelum kita akhiri kisah ini, cuma nak bagitahu bahawa bangkai kapal ini masih belum ditemui sehingga ke hari ini selepas tenggelam akibat letupan.
RUJUKAN:
Neal, Charlotte. (2019). Ghost ship’s spooky SOS call before crew found dead with faces ‘frozen in fear’. Mirror Online. https://www.mirror.co.uk/news/world-news/ghost-ships-spooky-sos-call-14007356
Hewitt, Less. (2020). Tragedy on the S.S. Ourang Medan – Fact or Legend?. Historic Mysteries. https://www.historicmysteries.com/ourang-medan/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih