Kehidupan dalam laut menyimpan 1001 kisah misteri yang masih belum pernah dijawab oleh peradaban manusia. Kini, meskipun ketamadunan manusia sudah mencapai kecanggihan peredaran zaman dari segi teknologi mahupun pengetahuan aras tinggi, keadaan di bawah laut masih sukar diterokai sepenuhnya kerana terdapat faktor tekanan bawah laut yang tidak mengizinkan dan ia menjadi halangan untuk menjalankan eksplorasi lautan.
Pada tahun 2011, sekumpulan ‘treasure hunter’ dari Finland telah menjalankan satu operasi di Lautan Baltik berhampiran Gulf of Bothian. Mengikut portal Tabloid melaporkan terdapat dakwaan UFO telah terjatuh di Lautan Baltik, sekaligus membuatkan kumpulan dari Finland ini berminat untuk mencari ‘objek terbang’ tersebut.
Lebih-lebih lagi cabaran yang harus ditempuhi mereka ialah Lautan Baltik yang terletak di Utara Eropah dan dikelilingi Semenanjung Scandinavia ini dikenali sebagai laut yang memiliki tahap suhu sejuk, sehinggakan ada beberapa tempat lain seperti di Curonian Lagoon mencapai paras sejuk beku.
Persediaan kumpulan penyelidik ini membawa kepada operasi yang mereka telah rancang dengan rapi, sejurus itu, selepas melakukan penyelaman dalam beberapa waktu. Menariknya bukanlah UFO yang dijumpai tetapi sebuah kapal karam dalam kondisi yang cukup baik.
Laterbelakang kumpulan ini bukan biasa-biasa, mereka terdiri daripada ahli Arkeologi dan ‘Maritime Historian’ tentunya kredibiliti mereka tidak diragui apabila mengkaji sebuah kapal lama, selain mempunyai kepakaran dalam mendokumentasi artifak lama dan penjumpaan luar biasa ini amat menarik sekali untuk dirungkaikan.
Misteri Kapal Baltic Terjawab
Lanjutan daripada itu, Pada tahap kedalaman 85meter (279kaki) penemuan sebuah kapal misteri ini. identiti kapal karam yang diperkatakan telah pun terjawab apabila sekumpulan arkeologi menemukan ukiran motif berbentuk burung di bahagian ‘transom’ iaitu di bahagian belakang kapal lalu menandakan bahawa ianya merupakan sebuah kapal dagang milik Belanda.
Profesor Erikkson, Ahli Arkeologi dari Universiti Stockholm yang mengetuai pasukan penyelam mengatakan penemuan mereka sungguh menakjubkan kerana kapal karam tersebut dianggarkan berusia 400 tahun.
Kapal ‘Hantu’ simbolik kebanggaan Belanda
Sering kali dikaitkan dengan ‘kapal hantu’ Ghost Ship. sebenarnya simbolik itu menjadi kebanggaan Belanda pada era itu kerana menunjukkan bahawa Belanda sebagai bangsa pelayar yang hebat. Di samping itu, identiti kapal yang dikenali sebagai sejenis kapal Dutch Fluyt iaitu sebuah kapal yang direka berkemampuan untuk menampung kapasiti besar muatan kargo selain menggunakan jumlah anak kapal yang tidak ramai. Maka dengan itu kebanyakan syarikat pembuatan kapal dapat menjimatkan kos.
Di Eropah pada abad ke-17, Ekonomi dalam sektor perdagangan menjadi salah satu persaingan antara kuasa-kuasa besar di barat. renovasi pembinaan kapal dilaksana mengikut sasaran sesuai dengan peredaran teknologi ketika itu.
Oleh itu, bangsa Eropah mula berlumba-lumba mengejar keuntungan perdagangan antarabangsa. Pada abad ke-17 Inggeris telah mengatasi Perancis dalam perdagangan. Namun pada era yang sama merupakan zaman keemasan Belanda dalam industri perdagangan, meninggalkan kuasa besar lain dibawahnya.
Dutch Fluyt berjaya membuktikan kekuasaan Belanda dalam perdagangan abad ke-17. Selain dapat memuatkan kapasiti besar kargo, reka bentuk Dutch Fluyt menampilkan tiga tiang besar salah satu tiang utamanya terletak di bahagian geladak(deck) dan selebihnya membawa ke bahagian depan dan belakang kapal.
Demikianlah apabila penyelidik memperoleh jawapan mengenai kapal misteri itu kita juga mampu memahami bagaimana sebuah kapal Dutch Fluyt itu berfungsi dan setidaknya boleh memberi gambaran tentang sebuah pengangkutan ‘purba’ melalui pemerhatian tepat pada era awal globalisasi.
Tambahan pula Belanda sememangnya adalah global powerhouse pada abad ke-17, banyak kapal-kapal dagangnya berlayar dan menghasilkan separuh daripada barangan Eropah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih