Dunia berubah habis selepas Rudolf Diesel meninggalkan dunia ini dengan sebuah teknologi yang memangkinkan enjin diesel. Perjalanan Diesel tidak mudah.

Beliau membesar dalam sebuah keluarga miskin dengan geopolitik Eropah yang berαηtαkαη antara Jerman dan Perancis.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Semua cabaran tidak menghalang Diesel untuk berjaya. Dan beliau berjaya menguji enjin pertama pada tahun 1897. Sejarah tertulis; masa depan terjamin – tetapi Diesel dikenang kerana nasib terakhirnya.

Pada 29 September 1913, Diesel menaiki sebuah kapal pengangkut wap (steamship) untuk keluar daripada Antwerp yang terletak dalam Belgium.

Kapal pengangkut wap dinaiki Diesel.

Beliau ada mesyuarat penting di kota London. Perjalanan tidak jauh pun – sekitar 300 kilometer antara dua kuala menyeberangi sebuah selat. Seusai makan malam, beliau masuk dalam kabin untuk tidur. Itulah kali terakhir orang nampak beliau. Esoknya, semua sedar – Diesel hilang.

Misteri Besar Yang Menimpa Eropah

Pihak penyiasat berpendapat Rudolf Diesel tidak tidur di katilnya pun. Malah baju tidur pun ditemui dalam keadaan serba elok. Kapal wap tersebut berlabuh di kota London… tanpa Diesel.

Hari demi hari, kes bertambah rumit kerana semua orang tidak berani jujur bertanya, “entah-entah dia terjatuh?” Sampailah hari ke-10, apabila kelasi kapal Belanda ternampak sesuatu yang berapungan di muara wilayah Zeeland.

Wilayah Zeeland dalam bulatan merah (antara Antwerp ke London).

Berita mula tersebar, mengejutkan kampung ke kota berdekatan: ada mαyαt ditemui di muara. Keadaan mαyαt sudah teruk dan tidak boleh dikenal pasti secara fizikal.

Jadi anak kapal tidak membawa mαyαt pulang. Mereka sekadar mengambil dompet, kad pengenalan, pisαμ lipat dan kotak kaca mata. Berita ini sampai kepada keluarga Diesel yang kemudian mengesahkan: itu barang Rudolf.

Terpaksa atau Dipaksa

Macam-macam teori mula timbul sebaik sahaja berita pemergian Rudolf Diesel diuar-uarkan. Ramai berpendapat Diesel telah membμημh diri, termasuk para penulis yang pernah bekerja dengannya (History, n.d.).

Jika benar, Diesel sudah merancang benda ini. Ada sesuatu yang berlaku sebelum Diesel berangkat. Beliau memberi sebuah beg kepada isterinya Martha. Selepas kehilangan suami, Martha membuka beg tersebut dan terjumpa arahan “jangan buka sampai minggu depan”.

Dalam beg itu, rupa-rupanya ada AS$120,000 dan penyata kewangan yang menunjukkan akaun bank mereka telah dikosongkan (Latson, 2015). Penemuan ini masuk pula dengan lukisan sαlib yang ditemui dalam diarinya bertarikh 29 September 1913 (Pahl, 2008).

Diari Rudolf Diesel yang mengandungi maklumat penghujung usia Diesel.

Walau bagaimanapun, beg dan sαlib juga konsisten dengan teori Diesel dibμημh. Sejak tahun 1850, Empayar Jerman sangat taasub dengan teknologi kapal selam. Mereka gigih membina prototaip yang ditambah baik pada setiap masa.

Dan pada tahun 1913, kapal selam U-19 berjaya dibuat Jerman dengan menggunakan enjin diesel. Tahun yang sama, Diesel pergi buat selamanya. Apa kena mengena? Tengok destinasi perjalanan Diesel… kota London. Jerman dituduh takut jika Diesel akan jual teknologinya yang akan dimanfaatkan British (Harford, 2016).

Sampai hari ini, semua tersangkut dengan status “barangkali” kerana tiada bukti kukuh untuk menutup cerita. Pengosongan akaun membuktikan Diesel mungkin sudah meluat dengan Jerman. Siap bawa wang keluar negara lagi. Mungkin Diesel ingin lari keluar meninggalkan Jerman… dan mungkin London hanyalah tempat persinggahan.

Uniknya, setahun kemudian – Eropah beraksi dalam Perαηg Dunia Pertama sampai Amerika Syarikat terheret sekali untuk datang membebaskan dunia daripada Jerman.

RUJUKAN:

Harford, T. (2016, Disember 19). How Rudolf Diesel’s engine changed the world. BBC.

History. (n.d.). Inventor Rudolf Diesel vanishes.

Latson, J. (2015, September 29). The Mysterious Disappearance of the Diesel Engine’s Inventor. Time.

Pahl, G. (2008). Biodiesel: Growing a New Energy Economy. Green Publishing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.