Nampak tak cahaya kecil yang berada di hujung jalan yang terletak di daerah Paulding, Michigan, AS? Cahaya itu dipanggil dengan nama Cahaya Paulding. Cahaya ni muncul selepas matahari terbenam sampailah ke waktu subuh.
Sebenarnya cahaya ini bukan pantulan dari mana-mana lampu dari rumah, apatah lagi pantulan dari matahari terbenam. Kalau nak cakap cahaya ni dari lampu jalan, tengok sajalah tepi jalan tu. Tiada lampu jalan kan? Warga Paulding pun pening dengan kehadiran cahaya aneh ni.
Cari-cari rumah orang yang pasang lampu terang begitu, tiada. Nak kata orang sengaja suluh sebagai bentuk prank, bukan juga. Jadi, apa juga Cahaya Paulding ni? Jelmaan hantu?
Cahaya Paulding dikatakan ditemui pada tahun 1966 oleh kumpulan remaja, kemudian seluruh warga telah saksikan cahaya aneh itu. Dari situ terdapat dua versi kisah yang boleh dikatakan penyebab wujudnya Cahaya Paulding.
Kisah seorang warga yang dilanggar keretapi di lokasi Cahaya Paulding berada, pada tahun 1970-an semasa mencari anaknya yang hilang di landasan. Selepas peristiwa tersebut, ramai warga perasan cahaya seolah-olah disuluh dari lokasi tersebut, tapi sampai di lokasi kejadian, cahaya tu hilang.
Kisah seorang petugas mati dilanggar oleh keretapi apabila dia berusaha hentikan dengan lampu isyarat. Ramai penduduk Paulding melihat cahaya kerdipan, mempercayai bahawa cahaya itu ialah tanda roh si petugas menyuluh.
Bagaimana dengan pendapat sains?
Ada dua kemungkinan untuk dedahkan fenomena Cahaya Paulding:
Pantulan cahaya sejauh 8 kilometer dari sumber cahaya,
Tindak balas kimia dari proses pereputan. Pendapat pertama memang terbukti tidak dapat rungkaikan kerana kajian saintis menunjukkan cahaya yang dipantul tidak sama terang dengan Cahaya Paulding.
Pendapat kedua nampak munasabah sebab boleh jadi haiwan atau pokok yang mereput di sekitar cahaya pelik itu mampu hasilkan cahaya dari tindak balas kimia seperti gas mentana.
Malangnya, kajian gunakan gas hasilkan cahaya tidak menjadi sebab cahaya yang dihasilkan juga tidak secerah Cahaya Paulding.
Akhirnya, tiada lagi usaha saintis untuk merungkai fenomena cahaya ini. Sekarang, daerah Paulding menjadi tarikan pelancong untuk mereka menyaksikan sendiri Cahaya Paulding.
______
Kalau korang berminat dengan topik-topik misteri dan sains seperti ini, kami nak cadangkan korang beli buku kami, SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Jom beli sekarang:: https://bit.ly/3Nws0Ja
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih