Tengah layan video Miss Filastin, terperasan rupanya Miss Issewel jegik kat dia. Patut ramai kecam dia. Tapi tu lah — siapa Miss Filastin ni? Rupanya, realiti kehidupan dan latar belakang Miss Filastin atau Nadeen Ayoub, nama sebenarnya, taklah semudah dan se-glamor yang kita sangkakan macam miss-miss yang lain.

Segalanya bermula dengan nenek moyang sebelah bapanya yang terpaksa berpindah dari Yaframleh ke Nablus, Tebing Barat, pada tahun 1948, sebagai pelarian. Ini kerana pada ketika itu, tanah tersebut sedang bergolak dan ramai yang kehilangan tempat berteduh. Dan disitulah bapanya dilahirkan dan dibesarkan dengan ketabahan dan gaya hidup yang resilian tertanam dalam darah keturunannya.

Ibunya pula berasal dari Hebron, Filastin. Beliau membesar di sana sebelum berpindah ke Nablus untuk melanjutkan pelajaran di Universiti An-Najah. Dari situlah, ibu dan bapanya jatuh cinta, mendirikan rumah tangga, dan memutuskan untuk membina kehidupan mereka di Ramallah, Filastin.

Tidak lama kemudian, oleh kerana keadaan di Filastin yang mengecewakan, dua insan sehidup semati ini berpindah ke Amerika Syarika dan melahirkan anak pertama mereka yang bernama Nadeen Ayoub. Namun, hasrat untuk membesarkan anak di tanah air sendiri membawa mereka kembali ke Ramallah. Enam tahun daripada hayat Nadeen dibesarkan di bumi kelahiran tercinta.

Beberapa tahun kemudian, atas sebab-sebab kekeluargaan, mereka kembali ke Amerika Syarikat dan seterusnya berpindah ke Kanada. Di situlah beliau menamatkan sekolah menengah dan memperoleh ijazah universiti. Ijazah yang terdiri daripada kedua-dua Sastera Bahasa Inggeris dan Psikologi. Namun, satu prinsip yang dipegang oleh ibu bapanya yang tidak pernah berubah adalah setiap kali musim cuti tiba, keluarganya mesti pulang ke Filastin.

Ini adalah atas dasar kemahuan untuk memastikan akar dan identiti mereka itu tidak pernah pudar, walau sejauh mana kehidupan membawa mereka pergi.

Nadeen yang amat mencintakan tanah airnya dan sedar akan situasi negaranya itu, bertekad, selepas menamatkan pengajian untuk kembali ke Ramallah. Di sana, beliau bekerja sebagai guru Psikologi dan Sastera Inggeris, selain melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

Tahun 2022 menjadi detik bersejarah dalam hidup Nadeen Ayoub apabila beliau dinobatkan sebagai Miss Filastin. Kemenangan itu membuka lembaran baru baginya apabila beliau mewakili negaranya dalam pertandingan kecantikan antarabangsa. Ini bukanlah hanya detik penting bagi beliau, malah, bagi negara Filastin sendiri kerana Nadeen berjaya mencipta sejarah sebagai wanita Filastin pertama yang memenangi gelaran antarabangsa. Tambahan lagi, Nadeen Ayoub telah mendapat sebuah gelaran di kontes 2022 ini.

Di situlah Miss Filastin mendapat motivasi untuk meneruskan perjalanan kariernya dalam industri ini. Beliau berniat untuk melibatkan lagi dirinya dalam kontes seterusnya tetapi, karakter Nadeen Ayoub yang berempati dan simpati dengan keadaan negara yang diwakilinya, beliau memilih untuk tangguh penglibatan beliau dalam mana-mana pertandingan atau kontes kecantikan.

Walaubagaimanapun, seperti yang kita tahu, pada tahun ini, Nadeen telah bertekad untuk menglibatkan semula dirinya dalam kontes Miss Universe kerana baginya, sudah tiba masanya untuk memberi tahu dunia bahawa identiti dan imej tanah airnya itu bukanlah hanya sekedar reflaksi kesedihan dan penderitaan seperti yang kita nampak dalam berita.

Kerana mereka adalah lebih daripada itu, mereka adalah cita-cita dan impian.

Mereka bukanlah hanya kesayuan, mereka adalah inspirasi dan harapan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.