19 April 1960, Revolusi April yang digerakkan oleh para pelajar di Korea Selatan akhirnya berjaya menggulingkan rejim pemerintahan Syngman Rhee. Namun, perubahan politik ini tidak berakhir di situ sahaja. Park Chung Hee, seorang jeneral tentera dan bekas pegawai tentera diraja Jepun telah melakukan kudeta rampasan kuasa pada 16 Mei 1961 sebelum dirinya sendiri dilantik menjadi presiden.
Apa sebenarnya yang membawa kepada kudeta ketenteraan ini?
Pada tahun 1948, Syngman Rhee telah dilantik menjadi presiden pertama, namun pemerintahan rejimnya telah dilanjutkan melalui dua pindaan haram. Pada April 1960, rakyat Korea Selatan melalui Revolusi April telah membantah pilihan raya haram yang dijalankan. Selepas presiden meletak jawatan, kerajaan Rhee akhirnya tumbang.
Bertitik tolak daripada Revolusi April ini, rasa tidak puas hati dan kehendak rakyat, yang ditindas di bawah kerajaan Syngman Rhee, semakin terserlah dalam pelbagai gerakan dan tuntutan. Walau bagaimanapun, kerajaan Parti Demokrat, yang memerintah selepas revolusi, tidak dapat menangani keadaan itu dengan betul kerana perpecahan dan konflik dalaman.
Ketika inilah Park Chung Hee muncul. Sebenarnya, sejak tahun 1960 lagi, idea untuk melakukan kudeta ini telah diketahui secara umum dalam kalangan pegawai tentera. Rancangan asalnya adalah untuk melancarkannya pada 12 Mei, namun ia dibocorkan secara tidak sengaja kepada pasukan keselamatan tentera, yang melaporkannya kepada Perdana Menteri Chang Myon dan Menteri Pertahanan Hyeon Seok-ho. Pihak perancang kudeta bertindak balas dengan membatalkan rancangan 12 Mei dan menetapkan tarikh dan masa baharu, dan muktamad, iaitu 3 pagi pada 16 Mei.
Ketika berucap kepada para tentera yang berkumpul pagi 16 Mei, Park Chung Hee menyatakan:
“Kami telah menunggu kerajaan awam untuk memulihkan keadaan di negara ini. Namun, Perdana Menteri dan Menteri, terperangkap dalam rasuah, membawa negara ke ambang kehancuran. Kita akan bangkit menentang kerajaan untuk menyelamatkan negara. Kita boleh mencapai matlamat kita tanpa pertumpahan darah. Marilah kita menyertai Revolusi Tentera ini untuk menyelamatkan negara.”
Pembentukan kerajaan baharu bermula sejurus selepas rampasan kuasa itu selesai. Undang-undang tentera segera dikuatkuasakan. Pada 20 Mei, Jawatankuasa Revolusi Tentera telah dinamakan semula sebagai Majlis Tertinggi untuk Pembinaan Semula Negara (SCNR), dan keesokan harinya kabinet baru telah dimulakan.
Setelah mengetuai rejim tentera selama dua tahun, Park telah dipilih sebagai presiden pada tahun 1963 dan memenangi pemilihan semula pada tahun 1967 dan sekali lagi pada tahun 1971 melalui undian langsung rakyat. Pada Oktober 1972, Park mengisytiharkan undang-undang tentera, membubarkan Perhimpunan Negara, mengharamkan aktiviti ahli politik dan parti politik, dan melaksanakan rejim Yusin yang menindas dan bersifat autoritarian.
Kudeta 16 Mei ini adalah permulaan kepada sejarah rejim pemerintahan tentera di Korea Selatan, yang akhirnya mencetuskan pelbagai kontroversi sehinggalah membawa kepada Pergerakan Demokrasi Gwangju pada tahun 1980 yang membantah undang-undang ketenteraan.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih