Dunia sentiasa bersaing antara satu sama lain. Kali terakhir dua kuasa besar beradu dengan serius, macam-macam kejayaan saintifik dibuat. Amerika Syarikat menghamburkan arus teknologi baharu yang tidak terjangkau dek akal.
Mereka mengharungi 10 tahun yang gila, sebelum berjaya mendaratkan 12 angkasawan di permukaan Bulan. Tetapi sebelum Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan, pihak NASA menjayakan beberapa misi yang penting.
Untuk pengetahuan semua, Program Apollo sebenarnya bertingkat-tingkat. Kegagalan Apollo 1 mencetuskan krisis pentadbiran yang sangat besar, yang dikaji untuk melaksanakan Apollo 4. Apabila Apollo 4 berjaya, barulah mereka buat Apollo 6.
Kemudian Apollo 7, 8, 9 dan akhirnya 10. Apollo 10 siap pergi ke Bulan (tetapi tidak mendarat).
Sepanjang tempoh ini, pihak NASA mempunyai program-program lain seperti Lunar Orbiter 1 misalnya, Misi Lunar Orbiter 1 sangat penting, kerana tujuannya adalah untuk mengkaji pasal Bulan dari segi geologi, radiasi dan impak metereoid.
Yang paling utama sekali, Lunar Orbiter 1 dicipta untuk mengambil gambar permukaan Bulan. Gambar-gambar ini kemudian digunakan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kawasan terbaik untuk pendaratan misi Apollo.
Gambar di atas adalah salah satu daripada galeri umum NASA, diambil Lunar Orbiter 1 pada orbit Bulan. Generasi sekarang mungkin tidak faham betapa pentingnya kejayaan ini.
Dengan teknologi digital serba canggih, memang seolah-olah “alah biasa saja”. Tetapi zaman itu, semua perkara dibuat secara analog. Matematik pendaratan Bulan dikira dengan tangan.
Walaupun ada mesin khas, minda dan jari seorang pakar matematik (dipanggil “seorang” komputer) masih penting (Saner, 2016)
Jadi apabila Lunar Orbiter berjaya menerima isyarat dari Bumi… ambil gambar… dan hantar maklumat tersebut kepada NASA, yang “membina” sekeping gambar melalui maklumat, memang kejayaan ini sangat besar.
Kerana Bumi terletak 380,000 kilometer jauh, terlalu jauh tetapi tidak langsung menjadi penghalang. Semua di Bumi yang tengok gambar ini benar-benar terpegun. Cantik. Indah. Syurgawi. Dan tidak rata macam bangang-bangang tertentu cakap.
Kejayaan Daripada Program Bersistem
Ilmu pengetahuan adalah asas pada segala kejayaan. Sebelum mendarat di Bulan, saintis perlu kenal pasti dulu jenis permukaan. Perbezaan antara dua tempat pun penting.
Sekadar contoh, Malaysia mempunyai beberapa jenis tanah yang komposisinya tidak sama. Semua jenis ini tidak berpadanan dengan jenis tanah di Benua Arab.
Pasir sungai boleh dibuat bahan pembinaan. Pasir gurun (desert) pula tidak boleh buat apa-apa, kerana terlalu lama dikimpal dek angin… bukannya air, sekali gus terlalu licin dan bulat sampai takkan boleh menjadi konkrit (Beiser, 2019).
Perkara ini berbunyi pelik tetapi sangat berasas oleh kerana sentuhan “kaki kapal”. Tanah jenis jerlus? Tanah jenis keras? Tanah beralun-alun? Macam-macam persoalan perlu terjawab untuk menjaminkan pendaratan dan pelepasan pulang yang selamat.
Sebanyak 42 keping gambar diambil dengan resolusi tinggi, bersama 187 keping gambar resolusi separa yang bantu saintis faham permukaan Bulan bersaiz lebih daripada lima juta kilometer persegi.
Walaupun banyak, misi mereka tidak tercapai sepenuhnya… hanya 75 peratus sahaja. Kerana banyak gambar ada sedikit kerosakan, yang mana mereka perlu improvise untuk menjalankan misi.
Kepakaran mereka dalam usaha improvisation terbukti menjadi, kerana Program Apollo tidak gagal.
Apollo 13 walaupun gagal tetapi bukan gagal di Bulan. Kapal tersebut belum sampai di Bulan lagi, ketika kejadian ngeri berlaku. Jadi, wajar kita cakap – Lunar Orbiter benar-benar membantu manusia dari segi saintifik.
RUJUKAN:
Beiser, V. (2019, November 18). Why the world is running out of sand? BBC.
Saner, E. (2016, September 5). How history forgot the black women behind Nasa’s space race. The Guardian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih