Bermula dengan misi di Congo pada tahun 60an, pasukan ATM telah melalui revolusi pembabitan misi antarabangsa yang semakin meluas. Sering saja bantuan diminta kepada pasukan ini, terutama bagi misi-misi yang membabitkan proses pemerhatian dan banttuan kemanusiaan kerana pendirian negara yang bersifat neutral – iaitu tidak terlibat dengan belah-belah mana pihak yang bertelagah.

Kehadiran ATM kebiasaannya disambut lega oleh mereka yang terlibat di dalam pertelagahan, kerana pasukan kita menghulur bantuan tanpa mengambilkira pihak yang terlibat, dan kebiasaan fokus diberikan kepada mangsa-mangsa tidak berdosa yang terperangkap di tengah-tengah pertelagahan tersebut.

Meski ada suara-suara sumbang yang akan mengutuk setiap kali kedengaran kita bakal menghantar pasukan ke negara bergolak,kerana menuduh pasukan kita sebagai campur tangan dan menambahkan luka, hakikat yang tidak boleh ditidakkan adalah betapa kehadiran pasukan kita seringkali membawa kelegaan kepada banyak pihak. Bukan sekali dua berlaku insiden di mana pasukan Malaysia telah membuktikan kemampuan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Antara yang paling tersohor adalah insiden Black Hawk Down. Dan kemampuan ini diakui oleh pasukan-pasukan asing dan penduduk setempat, walaupun ia tidak diwar-warkan secara umum atau terbuka. Kehadiran kita mungkin bersifat neutral dan bukan ofensif, tapi kita sentiasa bersedia berhadapan dengan cabaran yang tiba, terutama apabila melibatkan misi menyelamat dan melindungi.

Antara misi yang pernah dan masih disertai kita adalah :

PENUGASAN PEGAWAI PEMERHATI DAN STAF PBB / NATO

  1. a) UNMLOY (Yugoslavia) – 1992
  2. b) UNOSGI ( Iraq) – 1991-1992
  3. c) UNIKOM ( Iraq/Kuwait) – 1991-2003
  4. d) UNOPROFOR ( Bosnia Herzegovina) – 1992-1995
  5. e) UNMIK ( Kosovo) – 1999-2006
  6. f) UNIMOG ( Iran/Iraq) – 1988-1991
  7. g) UNMOT ( Tajikistan) – 1994-2000
  8. h) ISAF HQ ( Afghanistan) – 2011 – sekarang
  9. i) Nepal – 2007 – sekarang
  10. j) UNMISS ( Abyel) – 2012 – sekarang
  11. k) UNAMIR ( Rwanda) – 1993 – 1996
  12. l) UNAMIC ( Kampuchea) – 1991 – 1993
  13. m) UNTAET/ UNMISET/ INTERFET ( Timor Leste) – 1999-sekarang
  14. n) UNMEE ( Ethiopia dan Eritrea) – 2000 – sekarang
  15. o) ONUB ( Burundi) – 1997 – 1999
  16. p) UNOMOC / ONUMOZ ( Mozambique) – 1992 – 1994
  17. q) MNUA ( Angola) – 1997 – 1999
  18. r) UNAVEM II / UNAVEM III ( Angola) – 1991 – 1997
  19. s) MONUC ( Congo) – 1999 – sekarang
  20. t) UNMIL ( Liberia ) – 2003 – sekarang
  21. u) UNOMIL ( Liberia) – 1993 – 1997
  22. v) UNOMSIL / UNAMSIL ( Sierra Leonne) – 1998 – sekarang
  23. w) MINURSO ( Sahara Barat ) – 1991 – sekarang

MISI PENGAMAN PBB/ TPA-MINDANAO/ BANTUAN KEMANUSIAAN

  1. a) UNPROFOR / IFOR/ SFOR ( Bosnia Herzegovina ) – 1993 -1998
  2. b) MALCON ISAF ( Afghanistan ) – 2011 – sekarang
  3. c) UNIFIL ( Lubnan) – 2007 – sekarang
  4. d) UNOC ( Congo ) – 1960 – 1963
  5. e) UNISOM ( Somalia ) – 1993 – 1995
  6. f) UNTAG ( Namibia ) – 1989 – 1990
  7. g) UNTAC ( Kampuchea ) – 1991 – 1993
  8. h) INTERFET ( Timor Timur ) – 1999 – Feb 2000
  9. i) OPS KHAS ( Timor Timur ) – Mei 2006 – Ogos 2006
  10. j) MALMEDTIM I ( Afghanistan/ Pakistan ) – 15 Jan 2002 – 1 Mac 2002
  11. k) MALMEDTIM II ( Afgahnistan / Pakistan ) – 1 Mac 2002 – 20 Jun 2002
  12. l) MALMEDTIM I ) Pakistan ) – 8 Okt 2005 – 28 Feb 2006
  13. m) Bantuan Mangsa Tsunami Acheh – 13 Jan 2004 – 28 Mac 2005
  14. n) TPA – M ( Mindanao ) – 2004 – sekarang
  15. o) Mangsa Gempa Bumi Yogyakarta – 27 Mei 2006 – 29 Jun 2006
  16. p) Misi Bantuan Kemanusiaan Kepulauan Flores – 24 Dis 1992 – 7 Jan 1993

Ini adalah sebahagiannya. Ada juga yang tidak disebut atau saya sudah lupa. Ada di antara misi-misi ini jua melibatkan pembabitan bersama pasukan PDRM. Apapun, ke mana saja kita pergi, bendera Malaysia yang berkibar seringkali disambut dengan perasaan gembira dan hormat negara lain. Jadi atas sebab apa ada orang kita sendiri yang mengutuk?…=WRA


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply