Selama ini entah berapa Melayu yang mengenakan pakaian tradisional India tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila Mira Filzah berbuat sedemikian, ada seorang pengguna Twitter yang membuat tuduhan rambang.
Kalau menurut akhbar the Guardian, ada beza antara cultural appropriation dan cultural misappropriation (Metcalfe, 2012).
Apabila bangsa majoriti meminjam unsur budaya minoriti, itu ialah cultural appropriation (dipandang secara positif).
Tetapi jika pinjaman tersebut dibuat dengan cara menentang budaya itu sendiri, itu ialah cultural misappropriation.
Jadi apabila Mira Filzah dituduh mengambil budaya Tamil bagi tujuan mengaut keuntungan, tuduhan itu negatif.
Di sini jelas bahawa orang yang tuduh itu sendiri tidak faham beza appropriation dan misappropriation.
Tetapi semua boleh faham apa yang cuba disampaikan: Mira Filzah mencvri budaya Tamil.
Bolehkah Budaya Dicvri?
Pakaian istiadat bangsa kadang mempunyai maksud tertentu. Susah untuk bayangkan situasi tengkolok diraja Melayu disalahguna pelancong sebagai contohnya bagi tujuan negatif.
Tetapi perkara ini berlaku dengan kerap pada Orang Asli Amerika Syarikat. Topi berbulu Orang Asli kadangkala dikenakan atas tujuan salah. Jadi ini sesuai dikatakan cultural misappropriation (Vowel, 2012).
Jenama fesyen Jepun iaitu Comme des Garcons pernah memohon maaf kerana dituduh mencvri budaya.
Dalam Minggu Fesyen Paris, mereka menggunakan model-model kulit cerah yang memakai rambut palsu jenis cornrow.
Gucci pada tahun 2016 pernah dikecam kerana menggunakan model kulit cerah yang memakai serban agama Sikh (Petter, 2018).
Kesimpulannya, apa-apa penggunaan budaya yang tidak diiktiraf dianggap cultural misappropriation.
Jadi apa beza dengan pertukaran budaya?
Senang kata dalam hal ini, bangsa majoriti sedang dituduh menggunakan kuasa dominasi untuk mengambil unsur-unsur budaya daripada kelompok yang ditind4s secara sistematik (Johnson, 2015).
Maka semua boleh faham bahawa Mira Filzah dituduh mencvri daripada budaya yang (menurut penciap Twitter) ditind4s. Menariknya mengaut keuntungan pernah diulas dalam rencana Everyday Feminism.
Sekali lagi Amerika Syarikat menjadi tanda aras untuk mengadili tuduhan ini. Setiap negara mempunyai halangan dalam perniagaan dari segi pendarjatan (classism) dan perkauman.
Sesiapa yang “muka tak sama”, “bahasa tak sama”, atau “darjat tak sama” kadang tidak berhak berbuat benda bangsa majoriti boleh buat.
Contohnya seorang wanita kulit cerah minat dengan budaya Orang Asli Amerika. Jadi dia ingin berniaga barangan dan seni Orang Asli.
Tiada masalah, bukan? Namun jika dinilai balik, ada masalah sebenarnya kerana Amerika Syarikat mengamalkan dasar yang berat sebelah terhadap Orang Asli (Regan, 2014).
Jadi sementara wanita itu mendapat keuntungan, golongan Orang Asli kekal miskin kerana tidak dapat bekerja.
Apa Kejadahnya Dengan Mira Filzah?
Agaknya itu soalan semua orang sekarang.
Bangsa India memang berdepan dengan halangan. Mereka tidak dibenarkan masuk dalam Universiti Teknologi MARA misalnya kerana institusi tersebut dijadikan manfaat kepada Melayu.
Namun bangsa India masih dibenarkan belajar di universiti-universiti lain. Malah dari peringkat sekolah rendah lagi, bangsa India tidak dihalang untuk menyertai dalam bentuk kepelbagaian.
Dari segi perniagaan pula, bangsa India mempunyai jenama-jenama besar yang sentiasa dijadikan sebutan. Airasia, Lotus dan Maxis merupakan tiga daripada kebanyakan yang dimaksudkan.
Jika ada yang ingin berniaga pakaian tradisional India, mereka perlu mendapatkan lesen dan takkan sesekali dihalang lagi. Kedai runcit India pun tidak diboikot kerajaan, mahupun rakyat.
Unsur “muka tak sama” dan “warna kulit tak sama” tidak menjadi punca di sini.
Jadi semua perlu faham impak di sebalik tuduhan itu. Ia boleh memisahkan lagi hubungan bangsa. Mira Filzah hanya memakai kerana meminati Bollywood.
Bukan untuk berniaga baju (walaupun ada dakwaan sedang mempromosikan lensa mata) seperti pereka-pereka fesyen yang dikecam di Paris, atau menghina pakaian kesucian bangsa India atau agama Hindu seperti dibuat terhadap Orang Asli.
RUJUKAN:
Johnson, M.Z. (2015, Jun 14). What’s Wrong with Cultural Appropriation? These 9 Answers Reveal Its (ditapiskan). Everyday Feminism. Retrieved from https://everydayfeminism.com/2015/06/cultural-appropriation-wrong/
Metcalfe, J. (2012, Mei 18). Native Americans know that cultural misappropriation is a land of darkness. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/commentisfree/2012/may/18/native-americans-cultural-misappropriation
Petter, O. (2018, Februari 23). Gucci Criticized for Putting Turbans on White Models. Independent. Retrieved from https://www.independent.co.uk/life-style/fashion/gucci-white-models-turbans-avan-jogia-fashion-canada-actor-a8224716.html
Regan, S. (2014, Mac 13). 5 Ways the Government Keeps Native Americans in Poverty. Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/realspin/2014/03/13/5-ways-the-government-keeps-native-americans-in-poverty/#306ab60c2c27
Vowel, C. (2012, Oktober 2). Hey You In the Headdress, Know What It Means? Huffington Post. Retrieved from https://www.huffingtonpost.ca/chelsea-vowel/an-open-letter-to-nonnati_b_1262816.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih