“China Throws Sinking Brunei A Lifeline”. Tajuk berita Asia Times Online mungkin agak ‘dramatik’ seolah-olah Brunei dalam keadaan sangat parah tetapi bagi aku kenyataan seperti ini ada sedikit sebanyak kebenarannya.

Beberapa tahun yang lalu aku sempat bertemu beberapa ahli perniagaan di Kuala Belait, Brunei membincangkan market outlook industri minyak di negara bertuah ini, tujuannya? Bos besar aku berkira-kira nak mula bergelumang dengan paip-paip lama dan ‘not-easy-to-service pipeline’ di bumi Darussalam. Pada ketika itu harga minyak mentah dunia telah jatuh lebih daripada 6 bulan. Kenalah buat assessment sikit, mana boleh pakai belasah jer.

Perolehan negara Brunei pada ketika itu terjejas teruk oleh kerana kejatuhan ini, seperti Venezuela jugalah lagaknya. Memandangkan aku bukan nak bercerita tentang kejatuhan harga minyak dan kesannya terhadap sosio-ekonomi yang berteraskan polisi negara terbabit, maka, habis di sini sahajalah perbandingan itu.

Yang aku nak ceritakan, hasil daripada perjumpaan itu aku rumuskan bahawa kerajaan Brunei Darussalam telah sedar yang mereka perlu menukar fokus dalam penjanaan ekonomi, daripada berteraskan kepada sumber minyak dan gas kepada bidang lain seperti perindustrian, perkapalan dan lain-lain lagi. Yang menariknya, bukan sebab minyak jatuh baru sedar, tapi sebelum itu lagi dah sedar. Reserve minyak makin berkurang.

Apa yang menarik perhatian aku ialah apabila aku dibawa ke rooftop hotel tertinggi di Kuala Belait, aku ditunjukkan sebuah marine construction yard yang baru sahaja dijadikan kawasan industri. Dikatakan perusahaan anak jati Brunei bakal memainkan peranan lebih besar. Ada konglomerat China terlibat juga, kebetulan? Oh ya, bukan MCY ini sahaja, ketika bank besar dunia sibuk keluar dari Brunei, Bank of China pula masuk Brunei.

Situasi Brunei mengingatkan aku tentang sebuah negara kecil di Asia Barat yang sering dipandang sebelah mata, Bahrain. Negara ini sebenarnya adalah negara pertama di Timur Tengah yang menemui minyak dan menapisnya. Masalah dengan Bahrain ialah jumlah pengeluaran minyak mentah sehari hanyalah sekitar 40,000 tong sehari. Malaysia, kalau tak salah aku sekitar 660,000 tong sehari. Sebab itulah USA buat bodoh jer dengan masalah politik di Bahrain. Walau bagaimanapun kebergantungan Bahrain kepada Arab Saudi amat tinggi, dan sebab itu jugalah keluarga As-Saud menyibuk semua benda di Bahrain.

Minyak tak banyak, jadi kenalah fokus pada benda lain. Salah satunya sektor perindustrian (manufacturing). Tahukah kalian bahawa aluminium smelter (peleburan) yang pertama di negara Arab pun wujud di Bahrain. Kemudian barulah konglomerat Emiriah Arab Bersatu membina smelter yang lebih besar. Kalau nak tahu, rim kereta, motosikal dan lori kebanyakannya mendapatkan aluminium bar (raw material) daripada UAE dan Bahrain. Kalau kalian tak percaya pergi cari syarikat yang buat rim di Sungai Siput dan tanya dia dari mana dapatkan raw mat aluminium tu.

Ketika perang meletus di Lubnan, hartawan perbankan dari negara bergolak tersebut melabur di Bahrain. Kenapa Bahrain, tidak UAE, Arab Saudi dan negara pengeluar minyak lainnya? Ini adalah kerana dasar buka pintu Bahrain yang memerlukan pelaburan asing untuk menjana ekonomi mereka. Kerana pelaburan hartawan perbankan Lubnan ini jugalah menempatkan sektor perkhidmatan kewangan sebagai penjana ekonomi terbesar di negara ini, lebih besar daripada sektor perindustrian dan minyak.

‘Petro-dictatorship’. Ungkapan ini sering ditujukan kepada para diktator yang menguasai negara pengeluar minyak. Hugo Chavez, Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi adalah antara contoh yang dilabel oleh barat sebagai baaad dictator.

Namun, Stephen Leeb di dalam buku beliau The Coming Economic Collapse memberi pengertian lebih luas terhadap terma petro-dictatorship. Menurut beliau, penguasa negara berteraskan dinasti seperti As-Saud di Arab Saudi, As-Sabah di Kuwait dan 6 keluarga raja UAE sebenarnya mengamalkan petro-dictatorship juga cuma caranya berbeza.

Negara-negara ini tidak mengenakan cukai pendapatan dan menyediakan pelbagai kemudahan lagi untuk warganegara mereka, tetapi ada harga perlu dibayar, iaitu, mereka tiada hak untuk memilih kerajaan. Kuasa mutlak adalah pada raja dan kerabatnya. Brunei juga boleh dikategorikan dalam kumpulan ini.

Namun, apa akan jadi jika suatu hari nanti tiada lagi minyak untuk disedut? Adakah negara-negara petro-dictatorship ini dapat mengekalkan ‘sumbangan’ mereka kepada rakyat? Jawabnya, susah juga. Nak tulis benda ni kena buat artikel lain pula.

China dan OBOR (maritime silkroad section) jika dilihat daripada pelbagai sudut pasti ada pro dan kontranya. Dalam kes Brunei, pelaburan China memang logik. Kerana apa? Brunei perlu merevolusikan ‘kaedah’ mereka memenuhi kantung perbendaharaan negara dalam kadar segera. Revolusi, bukan evolusi.

Brunei boleh survive dalam tahun-tahun mendatang, cuma, mungkin perlu belajar dengan pengalaman Bahrain, ‘what works, what doesn’t work’.

Not all doom and gloom untuk Brunei, hanya perlukan perancangan dan ‘the will to follow through the plan’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.