Tamadun Yunani purba kaya dengan kisah legenda dan mitos. Sehingga hari ini, banyak mitos yang masih diarusperdanakan mengikut kesesuaian zaman. Antara mitos yang malar segar ialah mitos Minotaur, makhluk berbadan manusia dan berkepala kerbau yang melata di Pulau Crete.

Mitos Minotaur bermula dengan kisah Raja Minos, salah seorang dari tiga putera Zeus dan Europa. Sepemergian bapa angkatnya yang bernama Raja Asterion, Minos menabalkan diri sebagai raja dan melantik adiknya, Sarpedon sebagai penggubal undang-undang.

Namun, Sarpedon mempersoalkan keabsahan Minos. Untuk membuktikan dirinya layak menjadi raja Crete, Minos mengadakan satu ritual di mana seekor kerbau dikor.ba.nkan khusus buat dewa Poseidon. Beliau kemudian meminta supaya Poseidon mengurniakan kerbau baru untuk dikor.ba.nkan buat dewa-dewi secara umum.

Poseidon mengabulkan permintaannya itu. Seekor kerbau putih yang cantik dimunculkan dari laut. Kecantikannya memesonakan seluruh rakyat Crete, termasuklah Raja Minos sendiri. Hal ini membuatkan Minos enggan mengor.ba.nkan kerbau tersebut dan menggantikannya dengan kerbau lain yang lebih sederhana.

Dek kerana itu, Poseidon menghu.ku.m Minos dengan mentakdirkan supaya isterinya, Pasiphae jatuh cinta dengan kerbau tersebut. Pasiphae yang dipengaruhi desakan syahwat, meminta bantuan Daedalus si penempa arca untuk membinakan sebuah patung kerbau untuk beliau menyamarkan diri dan menggoda sang kerbau putih.

Tugu Pasiphae di pantai Vilanova, Sepanyol

Helah tersebut berjaya dan mereka berdua pun berse.me.nda. Lantas, lahirlah seekor makhluk bertubuh manusia dan berkepala kerbau yang dinamakan sebagai Minotaur. Sebaik melihat Minotaur, Minos naik marah dan memerintahkan Daedalus supaya membina sebuah labirin, tempat di mana Minotaur bakal dipen.ja.rakan buat selamanya.

Menurut mitos, perkahwinan antara Raja Minos dan Pasiphae mengurniakan mereka ramai cahaya mata, termasuklah Ariadne, Phaedra, Galucus, dan Androgeus. Suatu ketika, Androgeus dibu.nu.h oleh warga Athens sekali gus mendorong Minos untuk melancarkan pe.ra.ng ke atas kota Athens. Pepe.ra.ngan tersebut dimenangi oleh Minos.

Sebagai hu.ku.man, beliau memerintahkan supaya Athens menghantar tujuh orang pemuda dan tujuh orang gadis setiap sembilan tahun sebagai kor.ba.n buat Minotaur. Salah seorang pemuda yang dihantar oleh Athens ialah Theseus, putera kepada Aegeus. Kononnya, beliau sendiri yang menawarkan diri untuk dihantar ke Crete supaya dapat melunaskan sumpahnya untuk membu.nu.h Minotaur.

Pengaruh cinta, sekali lagi memainkan peranan dalam mitos Minotaur. Ariadne si puteri Minos jatuh cinta terhadap Theseus. Dengan bantuan yang dihulurkannya, Theseus berjaya menum.ba.ngkan Minotaur dan menyelamatkan golongan belia Athens daripada menjadi kor.ba.n makhluk berkenaan.

Run.tu.han Istana Minos di Knossos, Pulau Crete

Bagi sebilangan sejarahwan, mereka menafsirkan mitos Minotaur ini sebagai kisah simbolik bagi memperagakan kehebatan Athens yang mampu menundukkan mu.suh segagah Minotaur, yang mewakili Crete. Kalau boleh diumpamakan, ia seperti legenda Merong Mahawangsa yang berhadapan dengan burung garuda.

Sementelahan, ada pula sejarahwan yang meyakini mitos Minotaur ini disulami oleh fakta khususnya berkaitan kewujudan watak bernama Raja Minos. Keyakinan ini berdasarkan penemuan Istana Minos di Knossos, pantai utara Crete oleh seorang ahli arkeologi amatur bernama Minos Kalokairinos pada tahun 1878.

Ekskavasi lanjut kemudian dilakukan oleh ahli arkeologi dari Inggeris, Arthur Evans yang menamakan tamadun pembina istana itu sebagai Tamadun Minoa (3,000 – 1,100 SM) – tamadun Zaman Gangsa yang dominan di rantau Mediterranean. Tidak lain dan tidak bukan, nama tersebut bersempena Raja Minos.

Sukan taurokathapsia

Selain run.tu.han istana di Knossos, Evans dan pasukannya turut menjumpai bermacam-macam artifak yang mengandungi motif kerbau. Antaranya termasuklah fresco-fresco yang menggambarkan imej manusia melompat di atas kerbau, sejenis sukan yang dinamakan oleh Evans sebagai taurokathapsia.

Lima ribu tahun lamanya, kisah Minotaur dan Raja Minos dihidupkan dan disinonimkan dengan Pulau Crete. Minotaur bukan sekadar muncul di dalam legenda. Ia malah mengilhami pelbagai jenis karya seni baik pada zaman klasik mahupun moden. Dahulu, ia mewarnai karya klasik nukilan penulis-penulis Yunani seperti Pausanias (Description of Greece). Hari ini, Minotaur tampil dalam pelbagai medium sehingga namanya tidak lagi kedengaran asing.

Gambaran reka bentuk Istana Minos dari tamadun Minoa

TERJEMAHAN
John Black. (11 Mac 2021). Myth of the Minotaur: The Making of a Monster. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.