Agak risau juga tengok kemudahan teknologi zaman sekarang. Sebelum bercerita panjang, biar saya kongsi pengalaman 10 tahun kami sebagai penulis di The Patriots. Sebelum ini, kami berdepan dengan golongan yang hukum artikel berdasarkan tajuk. Mereka tidak baca langsung – terus tembak pada dasar tajuk semata-mata.

Kemudian datangnya Instagram dan TikTok. Makin mekar puak “panjang sangat admin, lukis boleh?” Ya. Benda ni sindir dan sinis semata-mata. Tapi makin kerap, kami makin nampak ramai sebenarnya susah nak faham apa yang mudah. Artikel tak cakap pun “manusia berevolusi dari beruk” tapi itu yang ditafsirkan.

Lagi teruk? Artikel dah cerita dalam bahasa mudah pasal sesuatu isu. Ada juga yang bertanya kenapa isu tu berlaku. Saban dekad, kami perasan ramai semakin terpinggir susah nak faham sesuatu isu. Guna kata ganti nama “baginda” pada Firaun pun marah semacam – padahal Firaun itu adalah darjat RAJA. Celah mana nak guna “beliau” atau “dia”?

Minda Ibaratkan Pisau

Ilmu ni luas. Saya tidak bongkak apabila saya berkata saya suka ilmu. Banyak ilmu saya tahu. Kalau suruh saya ulas pasal Perang Rusia-Ukraine off-the-cuff tanpa skrip, saya boleh buka daripada kisah sejak zaman Bohdan Khmelnytskiy sampai Holodomor sampai 2014 hingga 2023 ni. Tapi cuba suruh saya baca pasal ilmu Fizik yang rumit. Baca tiga kali sampai faham belum tentu boleh saya terangkan pada khalayak ramai… apatah lagi off-the-cuff.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kenapa benda ni terjadi? Kerana saya kurang membaca pasal fizik dan setiap hari baca pasal geopolitik dan sosial. Kurang membaca. Jadi saya boleh relate apabila orang ramai susah nak faham sesuatu isu yang mudah. Kurang membaca. Apabila kurang membaca, minda kita tak cukup ampuh nak faham walaupun ilmu sudah disajikan.

Bahana ChatGPT Yang Menanti

Saya sempat menguji ChatGPT berkali-kali terutamanya tentang sejarah. Betapa saya terkejut kehebatan ChatGPT dalam menyediakan jawapan. Namun dalam masa sejam, saya nampak ChatGPT buat ralat besar. Saya bertanya pasal “Prague Castle skeleton”, ChatGPT merepek pasal benda lain. Sampai Ivan Borkovsky pun ChatGPT tak tahu wujud.

Sudah nama AI mesti ada keralatan, bukan? Tapi masalahnya, ramai bercakap benda yang sama. ChatGPT sebenarnya cenderung untuk berhalusinasi bagi jawapan merapu (The Guardian, 2022). Apabila ditanya “negara terbesar di Amerika Tengah selain Mexico, ChatGPT balas Guatemala (padahal Nicaragua).

Benda macam ni meningkatkan kecenderungan “disinformation” (Rachini, 2022). Namun saya tidak mahu berbicara panjang pasal ketepatan fakta. Saya rasa dalam masa beberapa tahun, benda ni akan dibaiki OpenAI. Itu yang membimbangkan. Apabila ChatGPT mencapai tahap kesempurnaan, seluruh dunia ibaratkan dapat “Advanced Google Search” yang ringkas, padat dan cepat.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Hasilnya? Lagilah orang kurang membaca. Kalau sumber TikTok menaikkan jumlah orang susah nak faham kerana kurang membaca, bagaimana pula dengan ChatGPT yang semuanya suap jer. Kita akan tahu apa yang kita nak tahu… tapi tahu segala benda di ‘persisiran’ dan ‘luar’.

Sekadar contoh. Perang Rusia-Ukraine terbahagi kepada tiga:

  1. ‘Kejadian’ – konflik negara berdaulat yang dilanggar musuh dengan keinginan penjajah.
  2. ‘Persisiran’ – campurtangan NATO yang ingin membantu negara Ukraine.
  3. ‘Luar’ – sejarah Ukraine-Rusia beratus tahun dalam darah, kesan bahan api global, peningkatan disinformation (ramai tuduh NATO punca konflik), kerapuhan geopolitik dunia, risiko antarabangsa, Amerika dan EU yang teralih pandangan sampai negara benua lain boleh buat hal…

Semua ni kita takkan dapat melalui ChatGPT, apatah lagi Google Search. Tapi kalau kita baca buku sejarah dan jurnal sains sosial, baru kita dapat tahu the whole issue.

Ini baru pasal hal Ukraine. Kalau hal lain macam mana agaknya?

Benar, ChatGPT adalah teknologi yang takkan boleh dihalang. Jangan halang. Embrace it. Tapi wajib ada keinginan untuk dalami ilmu secara berdisiplin. Ini yang ramai takkan buat.


ChatGPT ni adalah contoh kebangkitan AI yang benar memudahkan kerja tapi mendatangkan risiko. Kalau korang nak tahu potensi manusia pada ambang zaman AI ni, jemput baca GENESIS II di https://bit.ly/3e1Er20

RUJUKAN:

The Guardian. (2022, Disember 8). The Guardian view on ChatGPT: an eerily good human impersonator.

Rachini, M. (2022, Disember 15). ChatGPT a ‘landmark event’ for AI, but what does it mean for the future of human labour and disinformation? CBC.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply