Sekumpulan penyelidik telah berjaya menghidupkan semula mikrob-mikrob yang terpendam dan terperangkap dalam satu zon yang dikatakan hidupan tidak boleh hidup di dasar laut selama lebih 100 juta tahun. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama penyelidik Jepun dan Amerika yang mahu melihat sama ada hidupan mikro boleh hidup dalam zon tiada hidupan di dasar laut Lautan Pasifik.
Hasil pemerhatian mereka mendapati mikrob-mikrob yang terperangkap dalam sedimen dasar laut lebih 100 juta tahun lalu boleh dihidupkan semula dengan syarat ia mendapat makanan yang cukup dan sedikit tambahan oksigen. Bagi pasukan penyelidik, ia merupakan sesuatu yang hebat kerana di dasar laut, mikrob-mikrob bukan saja berdepan isu tekanan tinggi tetapi juga kekurangan oksigen, sumber nutrien dan bekalan tenaga yang terhad.
Apabila hidupan terperangkap dalam persekitaran sebegini, fosil-fosil selalunya terbentuk selepas sejuta tahun atau lebih. Tetapi dalam kes mikrob-mikrob ini, ia masih hidup. Ahli geomikrobiologi dari University of Rhode Island, Steven D’Hondt mendedahkan wujud hidupan dalam sedimen berhampiran kawasn benua kerana terdapat banyak bahan organik yang tertanam dalamnya.
Tetapi hasil penyelidikan mereka ini mendedahkan wujud hidupan di dasar laut dari kawasan lantai sehinggalah kawasan bawah tanah berbatu. Tanah yang mengandungi mikrob-mikrob ini diambil semasa ekspedisi 2010 di Gyre Pasifik Selatan. Zon tersebut dikenali sebagai zon tiada hidupan kerana zon tersebut mempunyai bilangan hidupan dan sumber makanan yang sedikit.
Sebagai sebahagian daripada ekspedisi mereka itu, kapal gerudi JOIDES Resolution mengambil teras sedimen selepas menggerudi sedalam 75 meter di bawah lantai laut. Dari situ, beberapa sampel diambil dari tanah liat pelagik yang terkumpul pada bahagian paling dalam dan terpencil dan lumpur nanofosil yang berkapur berusia antara 4.3 hingga 13 juta tahun.
Pemeriksaan pada setiap lapisan teras mendapati mikrob yang menyerap dan melarutkan oksigen dalam setiap sampel yang diambil dari Gyre. Tetapi mikrob yang dicari mereka masih tersembunyi dan dalam bilangan kecil. Dari situ, sampel-sampel akan diperiksa sama ada mikrob yang ‘kelaparan’ tenaga masih mempunyai potensi metabolisma sekaligus membolehkannya untuk makan dan membiak.
Mikrob-mikrob lama ini diberi suntikan oksigen dan substrat mengandungi karbon dan nitrogen sebelum sampel ditutup dengan bebuli kaca. Setelah itu, ia akan dibuka semula mengikut tempoh berbeza iaitu 21 hari, 6 bulan dan 18 bulan. Para penyelidik merasa terkejut dalam sampel yang paling lama, 99% mikrob daripada komuniti mikrob asal berjaya dihidupkan semula.
Bagi penyelidik Yuki Morono dari Agensi Sains dan Teknologi Bumi-Marin, beliau mengakui pada awalnya merasa skeptik sama ada ia boleh dilakukan atau tidak. Beliau menambah, “Pada mulanya, saya merasa skeptik tetapi kami mendapati lebih 99.1% mikrob yang tersimpan dalam sedimen sejak 101.5 juta tahun lalu masih hidup dan bersedia untuk makan.”
Selepas melepasi tempoh pengeraman, semua mikrob diasingkan mengikut genetik mereka. Hasil pemeriksaan mereka mendapati sampel tanah dari lantai laut didominasi oleh bakteria tetapi bukan jenis yang membentuk spora. Ini membolehkan bilangan mikrob bertambah sebaik saja diberi makanan yang sesuai.
Sesetengah mikrob mencatat pertambahan sebanyak 10,000 kali ganda dan menggunakan karbon dan nitrogen yang ada dalam tempoh 68 hari semasa pengeraman dibuat. D’Hondt menambah, “Ini menunjukkan tiada had bilangan hidupan dalam sedimen lama yang terdapat dalam lautan-lautan dunia. Dalam sedimen paling lama yang kami ambil, dengan jumlah makanan yang sedikit, mereka akan hidup, membesar dan bertambah.”
Ini jelas membuktikan mikrob sebenarnya hidupan yang lasak. Selain di dasar laut, para saintis turut menemui mikrob-mikrob yang hidup di kawasan mencabar seperti Antartika atau kawasan gurun.
RUJKAN:
Watson, Clare. (2020). Scientists Have ‘Woken Up’ Microbes Trapped Under The Seafloor For 100 Million Years. Science Alert. https://www.sciencealert.com/scientists-just-revived-microbes-trapped-under-the-seafloor-for-100-million-years
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih