Setelah Ejen Ali menyerang Cinco menggunakan teknik kamekameha, transmitter yang terdapat di belakang badan Cinco telah meletup. Situasi itu langsung tidak mematahkan semangat Cinco untuk melakukan serangan balas. Tapi sayangnya, Cinco telah kehilangan kawalan terhadap microbug.
Secara tak langsung microbug juga turut kehilangan perumah. Disebabkan Cinco yang berada paling dekat dengan transmitter, microbug telah bertindak untuk menyerang Cinco. Caranya adalah dengan mengerumuni dan mengelilingi Cinco seperti mahu makan tuannya. Akhirnya Cinco tenggelam dalam kepungan microbug walaupun cuba ditarik oleh Kim.
Mesti ramai yang cakap microbug Cinco sebijik macam microbots Big Hero 6 dan pasir Gaara. Tapi kalau korang tengok betul-betul babak tu, tindakan microbug terhadap Cinco tu agak mirip seperti apa yang terjadi dalam dunia haiwan. Sebab perangai lebah pun lebih kurang je macam microbug. Betul ke?
Buat pengetahuan semua, setiap sarang lebah akan dihuni oleh seekor ratu lebah. Fungsi utama ratu lebah adalah mengawan dan bertelur bagi menghasilkan banyak lebah untuk sarang.
Telur-telur ini akan menetas menjadi lebah jantan dan lebah betina. Tugas utama kedua-dua lebah ini adalah mengawan dan bekerja. Lebah jantan akan mengawan dengan ratu lebah bagi menghasilkan telur. Selepas sahaja mengawan, lebah jantan akan mati. Apalah nasib lebah jantan ni, cuma jadi tempat untuk dipermainkan sahaja dan dibuang selepas puas digunakan.
Lebah betina pula akan mencari madu di luar, membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Kebiasaannya tempoh hayat untuk lebah betina adalah sekitar 3 bulan sahaja. Lepas lebah betina ni mati, tugas akan diambil alih oleh anak-anak lebah betina yang sudah dewasa.
Proses ini akan berjalan sehinggalah para lebah merasakan ratunya sudah tidak lagi mampu menjalankan fungsi seperti biasa. Bagi menjamin ketahanan sarang dan koloni, lebah-lebah ini akan bertindak membunuh ratu mereka. Samalah macam Cinco, mikrobug dia nampak si Cinco ni dah tak boleh menjalankan fungsi seperti biasa.
Kenapa lebah-lebah ni nak bunuh ratu mereka pulak? Deme tak takut kena sumpah sebab berani melawan ratu?
Ada beberapa sebab yang mendorong para lebah ni semua membunuh ratu mereka. Antaranya adalah ratu sudah tidak mampu menghasilkan banyak telur, anak-anak lebah yang menetas kurang berkualiti dan ratu selalu sakit.
Demi memastikan sarang dan koloni mampu bertahan, lebah-lebah ini akan bunuh ratu mereka. Tapi ratu akan diberi pilihan untuk pergi. Biasaannya ratu akan sedar diri untuk pergi terutamanya jika mereka sudah terlalu tua. Masalahnya ada je yang tua tapi masih lagi degil nak jadi ratu. Pilihan yang ada pada tangan lebah hanya dengan membunuh, selesai semua masalah.
Macam mana lebah-lebah ni semua membunuh ratu mereka?
Cara microbug mengelilingi Cinco sebijik macam apa yang lebah buat terhadap ratu mereka. Apabila lebah-lebah ni sedar ratu mereka dah tak berfungsi dan patut mati, deme akan mengerumuni ratu secara dalam bulatan. Selepas itu lebah-lebah ini akan menghasilkan haba yang sangat panas untuk membunuh ratu.
Lebah akan terus mengeluarkan haba sehinggalah ratu bena-benar mati. Mayat ratu akan dibuang begitu sahaja. Tindakan ini juga akan digunapakai oleh lebah jika ada anasir-anasir jahat yang cuba serang sarang mereka. Kalau korang tak percaya, cuba hulur tangan dekat sarang lebah, mesti kena macam Cinco. Proses ini dikenali sebagai “balling the queen” dalam dunia lebah.
Kita kembali semula ke Ejen Ali. Setelah microbug mengelilingi Cinco, deme telah bertukar menjadi warna merah. Microbug merah ini terus membakar Cinco sehingga kembali ke alam sebalik mata.
Masalahnya ada yang cakap Cinco belum mati dan mungkin hanya melecur sahaja. Tapi jika kita ambil konsep “balling the queen”, Cinco akan mati serta-merta.
Apa-apapun tahniah kepada Wau Animation kerana menghasilkan animasi yang sangat berkualiti. Andai benar babak Cinco mati pada episod 13 mengambil rujukan daripada lebah, mereka memang sangat bijak.
Dunia haiwan penuh dengan liku-liku misteri yang serba serbi ajaib. Kalau nak tahu lagi mendalam, jemput baca buku BIOLOGIA. Buku ni dah ada kat Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
Rujukan
Emmet Royal Honey. (2022, Mei 6). Queen balling behavior: The how and why. Dipetik daripada https://emmettroyalhoney.com/bee-education/queen-balling-behavior-the-how-and-why/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih