Michael Faraday adalah idola saya dalam bidang fizik. Saya senaraikan beberapa trivia tentang Faraday yang menjadi inspirasi kepada saya.
1. Faraday berasal daripada keluarga yang sangat miskin. Disebabkan ayahnya sakit, Faraday terpaksa bekerja sejak umurnya 10 tahun untuk sara hidup keluarganya
Faraday bekerja di kedai buku masa umurnya 13 tahun. Di kedai ini, Faraday rajin membaca ensiklopedia sains sampaikan bos-nya kagum dan membenarkan Faraday menggunakan perpustakaan peribadinya di rumah.
Sampai ke akhir hayatnya, Faraday tidak pernah mempunyai pendidikan formal.
2. Pengetahuan Faraday dalam matematik hanya setakat trigonometri dan algebra saja. Tidak sampai kepada matematik tinggi yang biasa dikuasai oleh ahli-ahli fizik.
3. Faraday digelar sebagai seorang eksperimentalis yang agung kerana kemahirannya dalam mengendalikan eksperimen fizik dan kimia melangkaui zamannya sendiri. Malah, melangkaui zaman moden.
Antaranya, selama 150 tahun, tiada siapa yang dapat meniru prosedur eksperimen yang dikendalikan Faraday dalam mengasingkan benzene daripada minyak.
4. Ernest Rutherford, Bapa Fizik Nuklear, menyatakan Faraday merupakan orang yang paling banyak penemuannya dalam bidang fizik terutamanya dalam aspek keelektrikan (electricity & magnetism). Banyak disiplin fizik diasaskan oleh Faraday.
Faraday dikatakan sebagai pembangun tamadun elektrik di dunia.
5. Faraday pernah ditolak permohonannya untum masuk ke Royal Society kerana tiada pendidikan formal. Tetapi setelah menjadi saintis yang terkemuka, dia pernah ditawarkan menjadi Presiden Royal Society sebanyak dua kali, tapi dia menolak.
6. Perdana Menteri Britain pada masa itu pernah tanya Faraday tentang faedah penemuannya yang baru iaitu aruhan elektromagnetik (electromagnetik induction).
Faraday jawab, “I know not, but I wager one day your government will tax it.”
7. Faraday antara pelopor utama yang membangunkan budaya ‘sains popular’ iaitu memperkenalkan dan mempopularkan sains kepada masyarakat.
Faraday menjadi tarikan sebab dia pandai meringankan sains melalui eksperimennya yang didemontrasi kepada orang awam.
8. Einstein pernah gantung gambar Faraday di bilik belajarnya bersama dengan gambar Newton dan Maxwell.
9. Faraday pernah ditawarkan bermacam gelaran termasuk gelaran kesatria (dapat pangkat ‘Sir’), tetapi menolak.
10. Ketika kematiaannya, Faraday berwasiat tak mahu pengebumiannya diadakan sebarang majlis kenduri, dan cuma dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih