“Pokemon” itu HARAM sebab dalam bahasa Hebrew (bahasa kitab Taurat) membawa maksud Aku Seorang Yahudi !!!

Jangan sebut “Pikachu” sebab dalam bahasa Hebrew bermaksud Aku Cinta YAHUDI !!!

Jangan tulis “Chia Chia Chia” sebab dalam bahasa Iran kuno bermaksud Aku Cinta SYIAH !!!

Beginilah antara contoh mesej berantai yang sering kita terima. Masih banyak lagi contoh kalau nak tulis, tapi geli hati untuk tulis semuanya sebab tak tahan nak gelak. Jika sidang pembaca nak tahu lebih lanjut, rujuklah dalam WhatsApp group masing-masing. Terkadang tu, teks-teks mesej berantai ni telah ada sejak zaman kewujudan Handphone Nokia 3310. Namun, teks-teks ini masih lagi tersebar melalui aplikasi moden terkini antaranya seperti WhatsApp. Canggih sungguh seni Copy and Paste ni!

Antara Ciri Mesej Berantai yang dapat kita kesan secara kasar adalah : Pertama, Mesej berantai akan dimulai dengan “info-info” menarik bak trivia. Selalunya isu-isu semasa yang sedang viral dan catchy (attractive). Sebagai contoh, isu MH370, Bermuda Triangle, Ekonomi dan sebagainya. Pelbagai link blog akan di letak. Segala “penemuan kajian” ini selalunya akan dikaitkan dengan “Profesor atau Tentera dari Amerika, Yahudi, German atau Jepun”. Terkadang akan dikaitkan dengan manuskrip kuno seperti Injil Barnabas, catatan purba, kod-kod rahsia dan pelbagai lagi yang kononnya dijumpai di Mesir, Vatikan City, Masjidil Aqsa, Turki, Muzium British, CIA dan lain-lain. Terkadang, memang objek itu wujud, tetapi huraian yang disebut dalam teks mesej berantai ini tiada kaitan pun dengan objek tersebut. Hanya menumpang nama sahaja.

Kedua, akan ada pelbagai pendefinisian yang selalunya langsung tiada kaitan dengan Linguistik. Kemudian perkara tersebut akan dikaitkan dengan elemen-elemen keagamaan. Sebagai contoh, “Ini agenda dari Yahudi Zionis Israel”, “Ini ciptaan orang Barat Kristian”, “Ini ada pengaruh Hindu”, “Ini berasal dari Syiah” dan sebagainya.

Ketiga, setelah mengaitkan isu semasa yang viral itu dengan “asal-usulnya” di zaman lampau, maka akan terbit karutan Eskatologi (ilmu akhir zaman) yang acah-acah “Teori Konspirasi”. Eskatologi dan Teori Konspirasi tidak salah kerana para ulama dulu pun banyak menulis Kitab yang menyentuh Bab al-Fitan (Fitnah Akhir Zaman). Namun, yang jadi masalahnya, apabila teori-teori merapu ini tidak berpijak di dunia nyata, tidak berfakta, salah guna nas al-Quran dan Hadis serta lain-lain lagi jenayah ilmiah. Dajjal, Pope, Rabbi, Perang Dunia Ketiga, Panji Hitam dari Timur dan macam-macam lagi turut terkait secara entah apa-apa.

Keempat, Mesej ini akan jadi Berantai apabila adanya ugutan cliché. Sebagai contoh, “Mesej ini telah sampai kepada Menteri Sipulan tetapi dia tidak sebarkan lalu dia kehilangan jawatan”. “Satu surat rahsia berkenaan hal ini telah diberikan kepada Presiden Amerika John F. Kennedy, namun dia mengabaikannya lalu dia mati ditembak”. Dan banyak lagi bentuk ugutan yang tak sanggup ditulis (nak tergelak).

Selain itu, akan ada saranan berbentuk Islamik (eceyceyh). “Ketik ‘Like’ dan tulis ‘Subhanalloh’ diruangan komen. Kemudian Share kepada rakan-rakan yang lain. Sebarkan ilmu ini demi menyelamatkan akidah saudara seislam kita, TAKBIR !!! Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sebarkan dariku walau satu ayat. Barang siapa yang menyebarkannya, aku akan sediakan satu tempat baginya dalam syurga”.

Sepanjang-panjang teks di atas, akan diakhiri dengan sepotong hadis Rasulullah sebagai “Tashih” ke atas segala karutan itu. Inilah yang ulama selalu pesan, “Kalimatul Haq, Wa Yuridul Batil (Kalimat yang benar, tetapi digunakan secara salah).”

Nak lebih realistik, gambar-gambar tertentu akan disisipkan. Sebagai contoh, diambilnya gambar pesta Halloween, lalu diletaknya caption “Inilah kekejaman Tentera Basyar Assad !!!”. Lalu menagih derma netizen dengan meletakkan nombor akaun bank masing-masing tanpa nyatakan sebarang audit susulan (Maka perlu pastikanlah dahulu agensi tersebut benar-benar berdaftar atau tidak agar tidak tertipu). Sesungguhnya di Syria itu, bukan Basyar sahaja yang kejam. Di Syria itu merupakan satu konflik yang kompleks dimana ianya melibatkan hampir 10 pihak yang bertelagah dari pelbagai latar belakang yang memiliki agenda masing-masing sepertimana yang sering Ibn Jawi sampaikan dalam Talk.

Adakah setakat ini sahaja tahap pemikiran kita dalam usaha menuju negara maju? Ayuh lakukan perubahan. Luaskan minda kita demi menempuh cabaran mendatang. Jurnal ilmiah dan berinformasi taknak baca, tapi Mesej-mesej berantai macam ni taksub percaya. Pelik Sungguh! Sebenarnya, inilah antara sebab mengapa al-Faqir mengarang buku “Kitab Tamadun Yahudi”.

Pasai ceq tengok oghang kita ni koi teghok dah. Oghang sughoh pi mengaji hampa malaih, pastu dok gelut mengaji kot pesbuk ngan wasap ja. (Tudia aih… terkeluaq loghat Kedah Baq Hang)

* Sila kongsikan pengalaman atau teks-teks mesej berantai yang pernah anda terima untuk sama-sama kita tersenyum 🙂

* Apa yg penting, Filem Kabali tiada kaitan dengan Kabbalah Yahudi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Leave A Reply