Imbangan antara agama dan liberalisme telah mendedahkan realiti dunia sekarang perihal isu transgender.
Malah akses media sosial pula tidak menghalang sebarang tayangan, terutamanya di Malaysia.
Jika melihat dari segi agama, Rasulullah SAW pernah meninggalkan riwayat dimana golongan yang menyerupai ini dilaknat Allah dan ada juga saranan supaya mereka diusir daripada rumah (Norsaadah, 2018).
Baru-baru ini negara digegarkan dengan adegan tidak sopan daripada Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.
Videonya tular dan mendapatkan amarah orang ramai, yang bersuara sambil bertanya kerelevanan Menteri Agama dalam Jabatan Perdana Menteri.
Hanya dalam masa beberapa hari, pertanyaan mereka mendapat respon.
Dr Zulkifli Mohamad telah memberikan lesen penuh kepada bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan supaya tindakan tarbiyah dapat diambil terhadap transgender (Malaysia Kini, 2020) supaya dapat kembali ke pangkal jalan.
Ulasan lebih panjang boleh dibaca dalam Facebook beliau sendiri, dimana proses tarbiyah ditekankan sedikit sebanyak (Atiqah, 2020).
Perkara ini berlainan dengan tatacara pendekatan yang dibuat Dr Mujahid bin Yusof Rawa dalam tempohnya sebagai Menteri Agama.
Secara kronologi, isu menyelubungi Mujahid lebih mendalam berbanding isu semasa ini:
- Muhammad Sajjat berpakaian seperti wanita di Mekah sepertimana digambarkannya.
- Mujahid kesal dengan tindakan Sajjad (Rafidah, 2020), satu perkara yang diharapkan daripada seorang Menteri Agama.Kenyataan penuhnya juga menampakkan harapan untuk para jemaah wanita. Menurutnya sendiri, Sajjad seolah-olah tidak berasa bersalah.
- Mujahid meminta SKMM menyekat akaun Sajjad supaya tiada gambar boleh dimuatnaikkan lagi (Yusri, 2020).
- Mujahid menjanjikan tindakan tegas akan diambil (RTM, 2020). Bukan sesiapa sarankan. Beliau sendiri janjikan.
- Angin berubah apabila Lawyers for Liberty mengatakan Mujahid tidak patut hadkan hak kebebasan sesiapa (LFL, 2020).
- Perubahan ini jelas pada 10 Februari apabila Mujahid berpaling arus mengatakan perbuatan Muhammad Sajjad ialah suatu isu kecil (Nizam, 2020). Beliau enggan megulas lanjut apabila ditanya.
Risiko berkaitan Muhammad Sajjat sebenarnya di luar batasan kebebasan semata-mata.
Melihat bagaimana transgender bebas bergerak di luar, kehidupan dalam dosa bukanlah punca kenapa orang ramai marah.
Namun memakai seperti wanita di Arab Saudi yang tidak bertoleransi dalam hal ini boleh mendatangkan musibah diplomasi.
“Tidak bertoleransi” dalam hal ini bererti rakyat Malaysia secara keseluruhan berdepan dengan sekatan atau pengurangan kuota haji.
Sudahlah diplomasi Dr Mahathir pada masa itu agak bergeser antara Malaysia dan Arab Saudi. Berlaku pula isu berkaitan Muhammad Sajjad. Jelas sekali ini di luar lingkaran politik, tanpa menghiraukan parti mana pun yang menerajui Putrajaya.
Namun dengan jelas Dr Zulkifli tidak diam terkutik.
Beliau membenarkan penggunaan organisasi Islam dalam kerajaan untuk mendidik transgender, pada bila Mujahid dalam aspirasi mengambil tindakan (dikatakannya sendiri) tetapi secara tiba-tiba berundur dan mengatakan isunya kecil.
Semua boleh membandingkan risiko antara kedua-dua isu. Umat Islam se-Malaysia marah dengan Sajjad atas isu agama dan diplomasi.
Malahan sebelum menjadi Menteri Agama pun, Dr. Zulkifli pernah memberikan peringatan terhadap Muhammad Sajjad.
Atas kapasitinya sebagai Mufti Wilayah, beberapa buah artikel dikeluarkan sejak tahun 2015 dengan lawatan-lawatan berkala yang jauh sekali membangkitkan topik perkongsian tandas (Zulkifli, 2020).
Membandingkan isu umrah dan juga berbikini ialah satu kecenderungan politik akibat ketidakpuasan hati terhadap Perikatan Nasional. Dengan mudah sesiapa pun boleh faham yang umrah ialah isu lebih besar (tetapi dikecilkan Mujahid).
Ramai yang meminta The Patriots kecam Dr Zulkifli. Persoalannya – atas alasan apa?
RUJUKAN:
Atiqah, N.S. (2020, Julai 10). Didik transgender ditangkap JAWI. Harian Metro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/598408/didik-transgender-ditangkap-jawi
LFL. (2020, Februari 5). Minister Mujahid should not have singled out Nur Sajat nor exerted inappropriate pressure on MCMC to take action against her. Retrieved from https://www.lawyersforliberty.org/2020/02/05/lfl-minister-mujahid-should-not-have-singled-out-nur-sajat-nor-exerted-inappropriate-pressure-on-mcmc-to-take-action-against-her/
Malaysia Kini. (2020, Julai 10). LGBT: Jawi dapat ‘lesen penuh’ tapi menteri tekankan aspek tarbiah. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/533799
Nizam, Z. (2020, Februari 10). Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid. Malaysia Gazette. Retrieved from https://malaysiagazette.com/2020/02/10/kes-sajat-hanya-isu-kecil-tiada-sebarang-tindakan-kata-mujahid/
Norsaadah, K. (2018, Disember 21). Pendekatan Rasulullah SAW tangani isu transgender. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/12/511552/pendekatan-rasulullah-saw-tangani-isu-transgender
Rafidah, M.R. (2020, Februari 3). Mujahid ‘naik angin dengan Sajat. Harian Metro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/541009/mujahid-naik-angin-dengan-sajat
RTM. (2020, Februari 4). Isu Sajad berpakaian wanita di Makkah, tindakan tegas akan diambil – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Retrieved from https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/15052-isu-sajad-berpakaian-wanita-di-makkah-tindakan-tegas-akan-diambil-datuk-seri-dr-mujahid-yusof-rawa
Yusri, S. (2020, Februari 4). Mujahid mahu kerajaan sekat Sajat di media sosial. Melaka Kini. Retrieved from https://melakakini.my/mujahid-mahu-kerajaan-sekat-sajat-di-media-sosial/
Zulkifli, M. (2020, Februari 4). Ingatan Mufti Wilayah untuk Sajat, umat Islam. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ingatan-mufti-wilayah-untuk-sajat-umat-islam-229805
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih