Pucuk kepimpinan demokrasi amat mengutamakan kuasa kewangan. Sebab itulah ada seorang ahli politik khusus yang memegang jawatan ini.

Sesetengah negara menggelar jawatan ini “Menteri Kewangan”. Sesetengah negara pula memberi gelaran lain seperti “Setiausaha Kewangan” (macam Hong Kong) dan “Setiausaha Perbendaharaan” (macam Amerika Syarikat).

Australia memecαhkan kuasa kewangan yang dipegang dua jawatan “Bendahara” dan “Menteri Dalam Hal Ehwal Kewangan”.

Senang cakap, tiada acuan ekskusif untuk amanah ini. Semua ikut haluan sendiri. Sifat ini menyebabkan “Pemimpin Kewangan” ada perangai sendiri.

Ada Menteri Kewangan yang tersilap titik perpuluhan. Ada Menteri Kewangan salah guna kuasa. Dan ada Menteri Kewangan yang jatuh ke bawah sampai kena masuk gig ride hailing.

Dimasak Kesusahan

Khalid Payenda membesar dalam sebuah keluarga marhaen di bumi Afghanistan. Apabila Amerika Syarikat masuk dengan motif buruk iaitu untuk membalas deηdαm terhadap αl-Qαedα, Khalid berusia 20 tahun.

Pada masa itu, kerajaan Amerika Syarikat kelihatan sangat berazam untuk membebaskan Afghanistan daripada belenggu kejahatan.

Rakyat Afghanistan pun percaya pada Amerika Syarikat tanpa menyedari sesuatu yang jelas: Amerika Syarikat tidak suka berperαηg lama-lama. Kerajaan mereka tiada masalah. Yang tidak suka adalah rakyat. Dan rakyat akan pilih kerajaan setiap empat tahun.

Minat Amerika Syarikat pada Afghanistan dan Iraq mula pudar pada tahun 2005. Tukar saja kerajaan, skop dan strategi “Wαr on Ter.ror” bertukar menjadi “Overseas Contingency Operation”.

Amerika Syarikat tidak lagi libatkan diri di medan perαηg. Dan Khalid Payenda nampak perkara ini… macam mana Amerika Syarikat beralih: mula-mula “aku akan keluar meninggalkan negara demokrasi yang stabil”, akhirnya “aku nak keluar dah.”

Khalid Payenda Semasa Zaman Kemuncak

Beliau menimba ilmu dan menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2016. Sekadar pengetahuan, Afghanistan sudah mυsηαh. Bukan kerana Amerika Syarikat pun.

Tetapi angkara pemimpin-pemimpin sendiri juga. Mereka tidak pandai merancang sampai tidak tahu mana pergi duit kerajaan. Ditabur AS$1 bilion. Hanya AS$500 juta saja sampai pada rakyat.

Taat Pada Amanah

Walaupun bergaji, Khalid Payenda tidak begitu kaya. Pada November 2020, beliau diberi ujian besar. Ibu bapanya jatuh sakit kerana COVID-19. Selama 13 hari mereka di dalam unit rawatan rapi. Hospital tersebut katanya antara yang paling baik di bandar Kabul.

Tetapi hospital itu sendiri tiada mesin pernafasan untuk ibundanya yang meninggal dunia tidak lama kemudian.

Beberapa minggu selepas pemergian ibundanya, Presiden Ashraf Ghani memberi jawatan Menteri Kewangan.

Khalid mahu menerima kerana sebagai rakyat marhaen, beliau tidak mampu mendapatkan rawatan paling baik untuk ibundanya (takut isterinya pula kena).

Isterinya bising suruh jangan terima kerana 1) Tαlibαη semakin kuat, 2) Amerika sudah mahu keluar, 3) pemimpin Afghanistan sedang merompαk negara sendiri dan 4) ramai diαηcαm bυηυh.

Isteri Khalid Payenda

Beliau terima juga. Dan sampai hari ini beliau menyesal.

Punca Amerika Syarikat Malas Ambil Tahu

Khalid Payenda menjadi Menteri Kewangan selama enam bulan. Dan selama enam bulan itulah, beliau nampak kenapa Amerika Syarikat meluat dengan Afghanistan. Seperti yang diceritakan, kerajaan Afghanistan rakus merompαk negara.

Jadi beliau atas kapasiti Menteri Kewangan pergi membuat kunjungan mengejut di sebuah pusat kastam (Clark & Shapour, 2021). Apa yang berlaku? Menteri Kewangan diacu seηjαtα dan dihalau keluar daripada bangunan dengan begitu kαsαr.

Kerajaan Afghanistan seolah-olah tahu yang negara akan jatuh. Jadi mereka ambil sebanyak boleh. Tidak pastilah Khalid ambil juga.

Sampai hari ini ayahandanya terkandas di Afghanistan, keseorangan tanpa isteri. Dan beliau sendiri tidak membuat visa kecemasan (memo.toηg giliran orang lain) untuk selamatkan ayahandanya (Jaffe, 2022).

Namun rezeki beliau terbentang luas. Sebelum menjadi Menteri Kewangan, beliau boleh kata berpengaruh juga dengan berkelulusan untuk mengajar di universiti. Berkat ilmu menganugerahkan visa pada keluarga Payenda untuk duduk di Amerika Syarikat.

Bagi beliau, Amerika Syarikat bukan negaranya… negaranya hanyalah satu, iaitu Afghanistan yang sudah jatuh barangkali buat selamanya.

Cuma buat masa sekarang, beliau membuat kerja Uber sajalah di Amerika Syarikat. Kejar 50 trip, dapatlah bonus AS$90. Seorang menteri yang pernah urus bajet AS$6 bilion setahun buat Uber dimaki hamun gadis-gadis mαbυk.

“It ain’t much. It’s an honest work.” – Kata Petani Amerika.

Kalian yang membaca artikel ini mungkin boleh faham atas sebab apa Tαlibαη boleh ambil Afghanistan begitu cepat macam pisαυ panas yang memo.toηg mentega.

RUJUKAN:

Clark, K., & Shapour, R. (2021, September 27). The Khalid Payenda Interview (1): An insider’s view of politicking, (ditapiskan) and the fall of the Republic. Afghanistan Analysis Network.

Jaffe, G. (2022, Mac 18). Afghanistan’s last finance minister, now a D.C. Uber driver, ponders what went wrong. The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply