Malaysia merupakan negara yang masih muda. Walaupun sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan, rangka kerja sosial masih lagi dalam keadaan cacamarba. Melayu, Cina dan India dilihat mempunyai keinginan, kemahuan dan keperluan yang berlainan. Percanggahan sedemikianlah mewujudkan pertelagahan dan ketidaksetujuan. Situasi sekarang tidak tumpah seperti tanah, pasir dan gambut. Jika tidak digaulkan, hanya masa sahaja boleh meratakan campuran tersebut.

Senang kata, Malaysia tidak menggaulkan tiga bangsa utamanya. Sudahlah sejarah dari awal lagi berlainan, bahasa pun tidak sama juga. Pandangna umum mungkin boleh meremehkan perkara ini. Namun begitu, kesannya jelas sepertimana yang boleh dilihat dalam isu berkaitan Jawi. Kalau masih ingat, isu Jawi sangat berkait dengan papan tanda jalan yang mana perlahan-lahan menghapuskan skrip bersejarah tersebut demi bahasa lain (Sinar Harian, 2018).

Disebabkan itulah orang cepat marah bila beberapa mukasurat berkaitan khat Jawi di Sekolah Cina dipertikaikan. Bukan helaian yang dimarahnya – ataupun keengganan untuk belajar. Tetapi kelantangan halus dan nyata setelah sekian lama yang menggalakkan kepanasan sebegitu. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Untuk menenangkan keadaan, datang pula seorang menteri yang mengatakan bahawa Dong Jiao Zong tidak r4sis kerana “isu dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif.” (Fion, 2020).

Entah bagaimana pula satu perbincangan boleh konstruktif apabila Jawi pada asalnya ditolak kerana takut masuk Islam (Alfian, Z.M.T., 2019). Seolah-olah belajar Jawi menyebabkan orang Cina peluk Islam secara senyap-senyap, sama sepertimana yang sosial pernah kecam ketakutan berlebih-lebihan Melayu terhadap salib.

Orang pun sudah jemu dengan sifat Dong Zong. Kebosanan masyarakat sedemikian menunjukkan betapa r4sisnya Dong Zong, kerana papan tanda perniagaan boleh saja dilayangkan Jawi. Apabila suruh belajar, melenting pula. Malah di India pun, khat Urdu sering digunakan untuk tajuk filem, bangunan kerajaan dan papan tanda jalanraya (Shahran, 2020).

Tidak cukup dengan menentang pembelajaran khat, Dong Zong juga cuba membuat himpunan anti-Jawi (NST, 2019). Kelantangan sedemikian mengundang amarah orang ramai, dengan campuran isu-isu lain lagi.

Protes Akan Berjalan (MT Webmaster, 2019)

Tidak peliklah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengesan ancaman serius terhadap Dong Zong (Adib, 2019). Dengan perkembangan sedia ada, Mufti Perlis sendiri berpendapat bahawa Dong Zong sudah melampau sambil memb4h4y4kan negara dengan perilaku tiada beza seperti LTTE (Fadli, 2020).

Dong Zong wajar dikalungkan anugerah kerana berjaya membuatkan isu yang mungkin berkekalan selama 30 tahun hanya kerana tiga mukasurat sahaja. Dengan masyarakat menyokong keengganan mereka melabel Jawi sebagai tiada halatuju (tidak berguna), api yang marak disimbah lagi dengan minyak. Itulah perbincangan yang konstruktif menurut seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan Hal Ehwal Agama.

Kredit: Halimi Halil

Kronologi mudah meletakkan Dong Jiao Zong tolak Jawi kerana takut masuk Islam. Untuk menyuarakan keengganan belajar Jawi, mereka sudi berdemonstrasi. Pada masa yang sama setelah berzaman-zaman menjulang papan tanda berhiaskan Jawi. Kerana satu skrip kebudayaan silam yang hanya dicadangkan Melayu supaya pelihara, suatu negara hampir bergolak. Dan lucunya, perkara sebegini pernah berlaku.

Unsur r4sisme dalam Dong Jiao Zong perlu dipetik sejauh 32 tahun sebekum 2019 apabila pihak polis terpaksa memberk4s 119 orang dalam suatu operasi besar-besaran. Pada masa itu menteri yang mengatakan Dong Zong tidak rasis baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-23. Dan Perdana Menteri pada masa itu pun Dr Mahathir juga.

Operasi Lalang bermula sejurus sahaja beliau berjaya menangkis kejutan daripada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Perlu diulangi bahawa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan melaksanakan beberapa dasar yang mengutamakan bahasa Melayu pada masa itu. Dan sekali lagi propaganda masuk Islam dimainkan juga pada masa itu (Weiss, 2005).

Perlantikan 100 staf ke sekolah-sekolah rendah Cina telah menyebabkan pertelagahan. Beberapa juak politik mempersoalkan kelayakan 100 orang ini atas latar belakang bukan daripada Sekolah Cina. Dan pada 11 Oktober 1987, seramai 2,000 orang berhimpun di Bangunan Persatuan Hainan bersebelahan dengan Kuil Thean Hou, Kuala Lumpur. Individu-individu yang turut serta datang daripada parti MCA dan DAP, serta Gerakan. Kesemuanya memberikan sokongan kental kepada himpunan yang dianjurkan tidak lain tidak bukan Dong Jiao Zong.

Tuntutan mereka mudah: boikot sekolah Cina selama tiga hari jika kerajaan tidak menyelesaikan isu perlantikan sedemikian (Crouch, 1996)

Mungkin bagi Mujahid Yusuf Rawa, perkauman ialah “organisasi bersifatkan perkauman tetapi cuba bersembunyi di sebalik pengaruh agama” sepertimana yang pernah diperkatakan terhadap ISMA dahulu (Ahmad Fadli, 2014).

Dengan kata pendek: Dong Zong berbincang secara konstruktif. ISMA dan PERKASA r4sis.

RUJUKAN:

Adib, P. (2019, December 30). Gobind: Serious threats made against Dong Zong. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/552053/gobind-serious-threats-made-against-dong-zong

Ahmad Fadli, K.C. (2014, July 11). Mujahid: ISMA lebih perkauman daripada PERKASA. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/268386

Crouch, H.A. (1996). Government and Society in Malaysia. Cornell University Press. Pp. 107-109. ISBN 978-0801483103.

Fadli, M. (2020, January 3). Perlis mufti urges govt to ban ‘dangerous’ Dong Zong. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/03/perlis-mufti-urges-govt-to-ban-dangerous-dong-zong/

Fion, Y. (2020, January 15). Dong Jiao Zong tak r4sis, tak tolak pelajaran Jawi – Mujahid. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/507279

MT Webmaster. (2019, December 24). Dec 28 Anti-Jawi Protest To Go On. Retrieved from https://www.malaysia-today.net/2019/12/24/dec-28-anti-jawi-protest-to-go-on/

NST. (2019, December 23). Dong Jiao Zong urged to call off anti-Jawi rally. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/550353/dong-jiao-zong-urged-call-anti-jawi-rally

Alfian, Z.M.T. (2019, December 17). Bantahan kepada Jawi kerana takutkan Islamisasi, kata Dong Jiao Zong. Retrieved from https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/208455

Shahran, R. (2020, January 5). Time to let khat and Dong Zong issues rest. Retrieved from https://www.nst.com.my/opinion/letters/2020/01/553497/time-let-khat-and-dong-zong-issues-rest

Sinar Harian. (2018, November 18). Kenapa tukar tulisan jawi di papan tanda jalan? Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-tukar-tulisan-jawi-di-papan-tanda-jalan-191425

Weiss, M.L. (2005). Pr0test and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia. Standford University Press. P. 124. ISBN 978-0804752954.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.