Orang Melayu mempunyai persepsi negatif terhadap bangsa Arab pra-Islam. Perkara ini berlaku kerana kejahatan ketua-ketua berpengaruh seperti Amir bin Hisham (Abu Jahal) dan Abu Lahab. Kiranya komuniti Arab keliling Nabi Muhammad (SAW) dianggap suatu norma mutlak.

Senang cakap, seluruh negara diratakan dengan perangai sebuah daerah. Jujurnya bukan semua kaum Arab berperangai jahiliyah. Memang benar – ada yang berperangai sedemikian. Mereka membµnµh anak kecil hanya kerana jantina. Ramai lelaki merelakan isteri mereka ditidµri jejaka berdarjat tinggi semata-mata mahu benih berkualiti.

Komuniti sebegini hanya boleh hidup secara berpuak. Takkan mungkin mereka boleh bentuk sebuah perlembagaan. Jadi mereka tidak boleh dijadikan contoh tentang gaya hidup Arab.

Kerana sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab berjaya menubuhkan beberapa kerajaan yang boleh tahan besar. Sebelum mengulas lebih lanjut, kena faham satu benda: artikel ini tidak langsung mengandaikan Arab tidak perlu Islam untuk menjadi hebat.

Artikel ini sesuai dijadikan jendela untuk faham yang di sebalik lembah pembodohan, ada sinar cahaya sebenarnya.

Lembah yang terang disinari cahaya ini adalah kerajaan Sabean yang barangkali diasaskan sejak 1200 S.M. lagi di Yaman.

Menyingkap asal-usul Sabean.

“Barangkali” kerana sejarawan berbeza pandangan. Kenneth Kitchen bersetuju dengan permulaan 1200 S.M.

Manakala Israel Finkelstein dan Neil Asher Silberman sebulat suara menyatakan Sabean mula maju sekitar 800 S.M. Kisah Nabi Sulaiman (as) dengan Ratu Sheba dijangka mempunyai perkaitan rapat dengan Sabean (Mudie, 2008).

Sumber pra-Qur’an bercakap panjang tentang Ratu Sheba. Untuk bertemu dengan Nabi Sulaiman (as), Ratu ini membawa hadiah batu berharga, emas dan rempah punya banyak sampai perlu satu kafilah (caravan) khas.

Kemewahan ini boleh memberi gambaran yang Ratu Sheba mempunyai nαfsµ harta. Sebenarnya, tidak. Ratu Sheba datang dengan soalan-soalan rumit yang dijawab baginda. Berpuas hati dengan jawapan, Ratu ini menyerahkan hadiah dan pulang ke Sabean.

Pertukaran ini menunjukkan sesuatu yang jelas. Ada kerajaan Arab yang kaya. Ada pemimpin Arab yang berakal. Jujurnya, amalan Sabean pun mirip Islam.

Batu bersurat yang bercerita tentang Sabean.

Lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan. Namun selepas memperisteri, ada unsur haram selamanya terhadap mertua dan anak (daripada perkahwinan sebelumnya). Konsep haram sementara pun ada.

Seorang lelaki boleh kahwin dengan kakak atau adik perempuan sahaja – haram sama sekali berkahwin dengan kedua-dua serentak. Lelaki yang kahwin dengan ibu tiri dianggap seorang dhaizan.

Jangan terkejut. Sabean mengerjakan haji dan umrah di Ka’abah, siap bertawaf lagi sampai ke pakej Safa dan Marwah untuk bersaie. Senang cakap, mereka memang mengamalkan perkara-perkara syariah……. tetapi menyembah berhala tanpa sebarang undang-undang agama.

Hukum-hakam di atas sebenarnya bagaikan pelaksanaan sivil sahaja. Bayangkan sebuah negara sekular yang meminjam undang-undang daripada agama Islam. Ia masih sekular, walaupun berperundangan Islam.

Tidak pasti apa yang berlaku – sama ada mereka pernah dinaungi agama Islam daripada nabi-nabi lampau (tetapi mengubahnya)… ataupun mereka meminjam apa-apa daripada Islam tanpa menjadi Islam.

Arab Sabean berkuasa sampai tahun 275. Ketika ini kerajaan mereka sudah lemah akibat peperαηgαη saudara. Jadi kerajaan ini tumpas akhirnya, diganti dengan kerajaan Arab Himyar yang diasaskan pada 110 S.M. Kitaran jatuh bangun berterusan dengan Himyar… yang jatuh pada tangan Aksum.

Sesiapa yang mengikuti sirah nabi tentu sekali tahu bahawa Aksum banyak membantu umat Islam terawal.

RUJUKAN:

Mudie, R. (2008). History of Vegetable Substances. Applewood Books. Halaman 341.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.