Perkataan diatas merujuk kepada pesakit pertama yang menerima jangkitan virus daripada binatang yang membawa virus seterusnya menyebarkan jangkitan kepada manusia berdekatan.

Kalau dalam kes Wabak Ebola 2013, seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang mendapat jangkitan daripada seekor kelawar. Kanak-kanak ini kemudiannya menyebarkan virus ini kepada keluarganya, pekerja kesihatan yang datang merawat kemudian penduduk yang mempunyai kontak dengan keluarga.

Semuanya terlalu pantas, dalam tempoh sebulan sahaja wabak ini merentasi tiga negara.

Daripada patient zero, siasatan demi siasatan akan dilakukan untuk menjejaki punca jangkitan virus. Haiwan apa yang dimakan oleh patient zero? Adakah dia melukakan diri secara tidak sengaja dan berlaku jangkitan melalui percampuran darah? Daripada mana binatang yang dia makan. Haiwan belaan yang ada dirumahnya?

Semua itu penting untuk mencari punca jangkitan.

Kalau patient zero masih hidup. Kalau dia sudah tiada sekalipun, keluarganya akan disoal siasat.

Wabak yang melanda dunia hari ni ada berbagai teori tentang punca jangkitan. Dari ular, dari kelawar, dari tenggiling, dari kucing dan anjing malah daripada virus yang terbebas daripada makmal bioteknologi. Tapi semuanya masih teori dan belum dapat dipastikan.

Dalam satu laporan akhbar China, kerajaan telah mengesan kes paling awal iaitu pada 17 november iaitu seorang lelaki yang berumur 55 tahun dari wilayah Hubei.

November hingga Januari itu masa yang panjang. Wabak ini mula berleluasa pada awal bulan Januari. Mereka yang telah dijangkiti semasa awal ini bukannya tahu mereka dijangkiti virus ini. Malah mereka juga tidak tahu penyakit ini boleh berjangkit tatkala mereka batuk dan bersin.

Beberapa post di media sosial yang mengakui mengalami simptom sama Coronavirus, demam panas dan sesak nafas tetapi masa itu Coronavirus masih belum mendapat nama.

Sehingga hari ini, patient zero Coronavirus masih belum ditemui. Sebab itu juga binatang yang membawa virus jangkitan masih belum dikenalpasti. Sekiranya binatang ini dapat dikenalpasti, maka sampel gen virus yang menjadi wabak ini juga dapat dikenalpasti.

Ini akan membantu pakar perubatan untuk menghasilkan ubat dan vaksin yang digunakan dalam rawatan.

Dalam sebuah negara pula, pentingnya untuk mencari patient zero supaya dapat menyekat penyakit itu tersebar lebih luas.

Penyebaran wabak Ebola ke Nigeria ialah kerana seorang lelaki demam dan ditahan di sebuah hospital. Dia yang menyangka dia hanya demam biasa kemudian melarikan diri daripada hospital kemudian menaiki pesawat dari Liberia ke Ghana, seterusnya Togo dan mendarat di Nigeria. 72 orang terdedah kepada jangkitan semasa dia berada dalam pesawat.

Dalam kes Coronavirus Malaysia, sukar untuk mengesan patient zero kerana jumlah jangkitan terlalu banyak. Malah dengan pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia ke China, patient zero mungkin lebih dari seorang.

Patient zero ibarat domino yang sedang jatuh keatas domino hadapannya kemudian mencetuskan rantaian domino jatuh. Kalau dikeluarkan blok domino dihadapan, maka rantaian itu akan terhenti.

Angka manusia yang dijangkiti semakin bertambah saban hari kerana tanpa mereka menyedari, virus itu tersebar kepada orang lain. Sentuhan kulit, virus yang keluar semasa bercakap, batuk dan bersin orang yang telah dijangkiti dengan pantas menyebarkan virus kepada orang lain.

Bagaimana mahu keluarkan domino itu? Hentikan sementara semua aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai buat sementara waktu. Jangan berada dalam keramaian, anda bukannya tahu semua yang ada itu bebas dari jangkitan.

Sama-sama kita melawan penularan wabak ini. Masih belum terlewat. Selamatkan Malaysia.

RUJUKAN:

  1. Laura Geggel (2014) Ebola Outbreak: Why It’s So Important to Find Patient Zero
    https://www.livescience.com/48285-ebola-patient-zero.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.