Saya ada baca kenyataan Tamrin Ghafar. Panjang tapi saya kurang setuju bab nasab Kesultanan Johor Moden yang bagi beliau dari keturunan orang luar – Daeng Bugis.

1. Mereka yakni TMJ hingga Temenggung Daeng Ibrahim (pengasas Kesultanan Johor Moden dinasti Temenggung) masih dari keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid, bendahara Kerajaan Johor Riau. Salah seorang anakanda Tun Habib adalah Sultan Abdul Jalil IV atau Tun Jalil merupakan Sultan pertama dari Dinasti Bendahara selepas kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sultan terakhir dari ‘blood’ Kesultanan Melaka).

Sultan Johor terakhir yang dikatakan diambil alih Temenggung Daeng Ibrahim adalah Sultan Ali yang berketurunan Sultan Abdul Jalil Shah IV. Maka kedua-duanya baik keluarga Sultan terkahir dan keluarga Temenggung bertemu di moyang yang sama iaitu Tun Habib. Sultan Abdul Jalil pula punyai adik lelaki namanya Sultan Zainal Abidin I Terengganu (Sultan Pertama Terengganu).

2. Adalah Temenggung Daeng Ibrahim bin Daeng Abdul Rahman bin Daeng Kechil Abdul Hamid bin Tun Abdul Jamal bin Bendahara Tun Abas bin Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana. Dari Keturunan Tun Abas juga lahirnya Tun Mutahir adiknya Wan Ahmad. Wan Ahmad menggantikan abang nya (Tun Mutahir) berkuasa di Pahang setelah perang saudara yang lama. Wan Ahmad lalu bergelar Sultan Ahmad Shah I – Sultan pertama Kesultanan Pahang Moden. Oleh kerana itu, di Makam Tun Habib yang terletak di Kota Tinggi tertulis beliau adalah bapa kepada tiga kesultanan yakni Johor, Pahang dan Terengganu. Moyang Tun Habib pula dipercayai dari kabilah Al Idrus Acheh yang datang dari Hadramaut.

Gelaran DAENG?

3. Perkahwinan campuran Bugis bermula ketika Tun Abdul Jamal berkahwin dengan Daeng Maimunah Binti Daeng Perani. Perkahwinan lebih kepada faktor siasah selepas Daeng Perani membantu Sultan Johor – Riau mengalahkan Raja Kechil yang mendakwa anak kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Raja Kechil datang merampas takhta dan Sultan Johor Riau waktu itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bin Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meraih kembali dengan bantuan Lima Saudara Bugis yang terkenal itu.

4. Semenjak era itu, pengaruh orang Bugis sangat kuat dalam pemerintahan Johor Riau. Sebagai balasan atas bantuan Bugis bersaudara, Daeng Merewah pula dilantik menjadi Yang diPertuan Muda.

5. Oleh kerana itu, anak-anak bendahara Tun Abdul Jamal tidak menggunakan gelar TUN sebaliknya lebih selesa menggunakan gelaran DAENG untuk lebih berpengaruh. Menonjolkan sebagai bangsawan bugis adalah lebih baik walau nasab sebelah ibu ketika itu. Generasi keturunan Tun Abdul Jamal terus gunakan gelar Daeng sehingga ke zaman Temenggung Daeng Ibrahim.

6. Salasilah Sultan Johor Moden adalah orang lokal sebenarnya, yang bugis itu masih sebelah ibu. Dan bukan satu kesalahan ada campuran darah Bugis, masih ‘malay blood’.

7. Kisah pengkhianatan Daeng Ibrahim terhadap Sultan Johor ketika itu yakni Sultan Ali masih kabur. Dahulu, zaman Kerajaan Johor Riau, Sultan bersemayam di Lingga, Bendahara pula di Pahang sementara Temenggung menjaga Johor. Pengaruh Temenggung dan keluarganya sangat kuat di Johor.

Bermula Gelar Tunku

8. Pada 10 Mac 1855, Temenggong Daeng Ibrahim telah menjadi de-facto Sultan Johor selepas perjanjian pada tahun 10 Mac 1855 antara Sultan Ali dan British di Singapura. Sejak itu, anak-anak beliau mula dikenali dengan panggilan “Ungku”. Contohnya, adik Maharaja Abu Bakar iaitu Ungku Abdul Majid yang berkahwin dengan wanita Turki, Rugayyah Hanum membawa kepada lahirnya Ungku Abdul Hamid dan seterusnya Prof. Diraja Ungku Aziz dan Ungku Zeti Akhtar.

9. Apabila Abu Bakar iaitu anakanda Temenggung Daeng Ibrahim de-facto Sultan Johor menjadi Sultan Johor, secara rasmi bermula kesultanan Johor Moden dari dinasti Temenggung, anak-anak Baginda mula dikenali gelar ‘Tunku’. Keturunan Sultan Johor dinasti Bendahara masih menggunakan gelar Tengku. Mereka beranak pinak dan tinggal di Singapura, Johor dan Melaka. Selain Johor yang gunakan gelar Tunku, keturunan Kesultanan Negeri Sembilan dan Kedah juga turut demikian. Pahang, Terengganu, Kelantan menggunakan gelar Tengku sementara Selangor ada guna Raja ada guna gelar Tengku dan di Perak, ‘solid’ dengan gelar Raja. Perlis sangat istimewa, cukup dengan gelar Syed yang lebih utama dari gelar lainnya.

Kesimpulan

10. Bukan masanya nak bahas siapa waris lebih layak, yang lebih sah. Sudah berlaku Qadha Allah, mereka naik. Setiap Kesultanan, ada cerita masing-masing disebalik takhta yang diduduki. Perbalahan takhta ini bayak berlaku zaman dahulu dan semoga tidak berlaku lagi. Orang syiah juga menggunakan naratif emosi takhta Khalifah sepatutnya Sayyidina Ali yang berhak bukan Abu Bakar As Siddiq. Semua ada naratif masing-masing dan kita kemudian semuanya tidak berada di zaman itu berlaku.

11. Dari segi darah, walaupun dikatakan bukan waris sah untuk berdaulat, tetapi mereka tetapi waris kerana perjawatan zaman dahulu kala berlegar sesama keluarga Diraja juga. Kata orang, “Tengku-Tengku berbalah, apa nak dikatanya”. Dari segi syarak pun, mereka sah berdaulat setelah adanya musyawarah ahlul halli wal aqdi dan baiah.

12. Semoga hubungan para Raja-Raja Melayu dan kerajaan persekutuan berlangsung dengan baik dan jayanya. Tuah tidak salah, Jebat juga tidak salah. Kedua-dua watak bagus sebagai pengimbang tara namun jangan sampai tahap durhaka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.