Stigma merupakan suatu tanggapan awal kepada seseorang berdasarkan ciri-ciri luar, persekitaran, khabar angin dan sebagainya berlandaskan pemikiran. Stigma juga sering dikaitkan dengan sesuatu yang buruk.

Di dalam novel bersiri Harry Potter, terdapat pelbagai stigma yang telah dijamu oleh peminat, yang entah betul atau tidak kepastian mereka mengenai stigma tersebut dan terus-menerus melayan stigma mereka.

Jadi, stigma yang paling popular dalam Harry Potter ialah benarkah semua Slytherin adalah jahat dan kejam. Bagi penulis, tidak semua Slytherin ialah kejam.

Bagi menjawab stigma ini, kita berbalik pada yang asas. Slytherin diasaskan oleh Salazar Slytherin, seorang ahli sihir berketurunan Inggeris + Irish. Salazar dikenali kerana kebencian yang sangat tinggi terhadap Muggle-borns. Baginya, tidak layak seorang Muggle-borns duduk semeja dengan dengan ahli sihir berdarah asli atau kacukan. Dia juga menyuarakan pendapatnya terhadap 3 pengasas yang lain, namun ditolak mentah mentah. Disebabkan itu, dia meninggalkan sekolah dan tidak kembali lagi.

Namun, dia meninggalkan sesuatu. Sebelum pergi, dia membina sebuah Kamar Rahsia jauh di bawah tandas perempuan. Dia meninggalkan makhluk berbahaya digelar Basilisk dan hanya membenarkan pewarisnya membuka sahaja. Mangsa pertamanya ialah Moarning Myrtle ketika di dalam tandas perempuan.

Ahli Slytherin mempunyai beberapa keistimewaan. Yang pertama mestilah berketurunan Pure-Blood atau Half-Blood. Sekiranya tidak-mereka akan direject atau tidak diterima (Muggle-Borns). Kedua, mereka mempunyai sikap dan aspirasi yang sama, ambitious (bercita-cita), shrewdness (kecerdikan), cunning (licik), strong leadership (bersikap memimpin) dan achievement-orientedness (‘gilakan’ pencapaian yang terbaik).

Dalam istilah ini, tiada langsung bersikap jahat atau kejam. Maka, tidak boleh kita kategorikan mereka jahat.

Idea kedua, dari mereka lahir ramai ahli sihir yang baik, tidak semua jahat belaka. Sebagai contohnya, Horace Slughorn. Horace Slughorn berasal dari Slytherin. Dalam novel, Horace Slughorn menunjukkan sifatnya yang baik, dia amat menepati ciri-ciri shrewdness (kecerdikan) dan ambitious (bercita-cita).

Selain itu, Andromeda Black. Ataupun lebih dikenali sebagai ibu kepada Nymphadora Tonks, isteri kepada Profesor Remus Lupin. Andromeda seorang yang baik meskipun lahir dari keluarga yang jahat, dan juga adik-beradik yang jahat, Bellatrix dan Narcissa.

Ini adalah pendapat penulis semata. Bagaimana pula dengan kalian?

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.