Ada ustaz yang menghulurkan bantuan kepada orang miskin dengan menyewakan rumah untuknya. Orang itu sudahlah sakit. Ada pula cucunya yang agak ramai.

Tetapi, ada pula ustaz yang mengherdik perilaku ini sebagai riak. Kenapa begitu pula?

Dalam Surah Al-An’am ayat 147 yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: “Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.”

Islam mengajar kita yang kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Manusia akan sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah dalam bentuk yang umum mahupun khusus. Umumnya, seperti rahmat oksigen yang kita hirup dan khusus pula, seperti nikmat Islam.

Dari awal penciptaan manusia, manusia menghadapi kesusahan menguruskan kehidupan. Maka dengan itu, Allah menurunkan kitabNya yang berbentuk panduan melalui utusanNya untuk disampaikan kepada sekalian manusia. Manusia lain pula perlu mengaplikasikan isi kandungan kitab itu semampunya.

Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam menurut Surah Al-Anbiya ayat 107. Namun kenapa kita menjadi pelaknat? Pentakfir? Tukang hina? Tukang sebarkan fitnah? Mana pergi ilmu-ilmu yang selama ini kita pelajari daripada kitab-kitab muktabar? Mengapa ilmu-ilmu tersebut tidak mampu untuk menyelamatkan diri kita daripada akhlak buruk? Kerana adakah kita belajar untuk berdebat? Bukan untuk sebarkan kasih sayang dan bukan untuk membantu orang tertindas.

Tidakkah kita ingat yang khatib selalu mengulangi satu ayat dari Al-Quran yang mana solat itu mencegah daripada kemungkaran. Assolatatanha anil fahshaa iwal munkar. Apabila solat kita banyak rakaatnya namun masih tidak mencegahkan diri kita daripada berbuat kemungkaran. Sedarlah yang solat kita itu, ada masalah. Perlu dilihat kembali. Mungkin ada masalah pada pengamatan, kekhusyukkan atau rasa rendah diri bila berhadapan dengan Allah yang Maha berkuasa.

Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Nabi bersabda:

“Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya).”

Sepatutnya kita lagi membantu saudara kita yang membantu orang lain. Bukan mengkritik yang entah apa-apa. Kalau perkara itu sangat kritikal, itu lainlah cerita. Tetapi ini, bukan kritikal pun sehinggakan kita perlu untuk mengkritik dan menuduh individu tertentu sebagai riak dan sebagainya.

Ini hanya usaha peribadinya, sepatutnya disokong. Zahirnya terang terang nampak murni, kenapa tidak kita sokong dan bantu? Kalau kita kritik sekalipun, apa yang menyelesaikan masalah? Apa yang boleh selesai? Sekurang-kurangnya orang miskin itu sudah ada rumah sewa untuk menginap.

Agamawan perlu berhenti melakukan perbalahan yang tidak mampu untuk menyalurkan solusi yang praktikal. Agamawan perlu kreatif dan kritis dalam membantu ummah. Bukan lagi menyusahkan. Bila agamawan mengacah nak berbalah begini, masyarakat jadi pening. Seorang ini ustaz, seorang itu juga ustaz. Kenapa ustaz itu bantai ustaz ini? Apa salah ustaz ini? Lepas itu masyarakat yang pro kepada ustaz itu pula bergaduh dengan pengikut ustaz ini. Akhirnya, apa yang dapat diselesaikan? Tiada apa. Dapat tengok scene berbalah sajalah.

Agamawan kena sayang antara satu sama lain. Letakkan prasangka baik terlebih dahulu sebelum nak mengata itu dan mengata ini. Bukan rugi pun menyayangi orang. Ia membentuk interaksi antara agamawan dengan lebih harmoni. Nabi bersabda di dalam satu hadis riwayat Tirmidzi:

“Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”

Mungkin kita ada masalah untuk berbalik kepada basic. Basic yang Islam itu agama kasih sayang. Berprasangka baik. Saling membantu. Bukan mengkeji. Bukan berburuk sangka. Basic yang Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Perbincangan yang kompleks itu akan jadi tidak praktikal apabila agamawan tidak berfikiran realistik yang lebih dekat kepada kelahiran solusi.

Lebih baik tak tahu banyak, tapi lebih menyelesaikan masalah berbanding dengan tahu banyak, tapi apa pun tak jalan.

Allah Maha Mengetahui hati manusia. Jangan judge benda yang kita tak mampu untuk baca. Berlagaklah seperti manusia biasa yang sepatutnya merendah diri kerana banyak kelemahan semulajadi.

Bukan berlagak seperti tahu semua benda dan cuba untuk mengkasta-kastakan manusia dengan tahap-tahap kemulian yang tertentu.

Doakan sama-sama Allah menerima amalan dia dan amalan kita. Apa kita boleh bantu, bantu. Kalau kita tak mampu nak bantu secara fizikal, doa.

InshaAllah.

RUJUKAN:

JAKIM. (2018). Kasih sayang pelengkap kesejahteraan. Retrieved from JAKIM : http://www.islam.gov.my/images/eKhutbah/1_syawal_Kasih_Sayang_Pelengkap_kesejahteraan.pdf

Kasih sayang dalam Islam dan dalilnya . (2020). Retrieved from Dalam Islam : https://dalamislam.com/akhlaq/amalan-shaleh/kasih-sayang-dalam-islam

The Mercy of Allah (God). (2020). Retrieved from Islamic Pamphlets : http://islamicpamphlets.com/the-mercy-of-allah-god

Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.