Pada 23 April 2020, sebuah artikel diterbitkan Asia Sentinel bertajuk “Malaysia’s Health Czar Under Fire”. Kandungan artikel sedemikian daripada tajuk lagi jelas negatif.

Perkataan “czar” itu sendiri mempunyai maksud diktator. Dan itulah huraian 1,500 patah perkataan yang dilemparkan Asia Sentinel terhadap Dr. Noor Hisham.

Kritikan terhadap pengurusan Dr. Hisham sememangnya satu perkara yang baik. Setiap pengurusan wajar dikritik.

Tetapi apabila kritikan tersebut sudah menghampiri sempadan falasi (apatah lagi melepasi), ia seharusnya dijawab dengan pembetulan – bukan untuk Asia Sentinel sebenarnya, tetapi tujuannya lebih meluas iaitu untuk tatapan umum.

  • Menjadi Cult of Personality

Asia Sentinel menggunakan hujah-hujah daripada Dr. Musa Nordin untuk mengecam Dr Hisham.

Umumnya Dr Musa menyuruh Dr Hisham supaya turun daripada menara gading apabila terdapat anggota-anggota kesihatan yang positif. Dan apa yang berlaku kemudiannya tidak ada kaitan pun dengan Dr Hisham.

Bukan beliau yang suruh pengguna-pengguna media sosial pergi serang Dr Musa. Malah Dr Musa sendiri menolak tindakan perintah berkurung, siap menyuruh gunakan haluan Korea Selatan (Adib & Rizalman, 2020).

Malah Asia Sentinel juga mempersoalkan kuasa dimiliki Dr Hisham yang tidak dibataskan politik.

  • Dr Hisham dituduh tidak bersedia langsung

Penularan koronavirus bermula di China sekitar November. Tetapi kes pertama direkodkan di Malaysia pada 25 Januari. Dua hari sebelumnya Wuhan telah mengisytiharkan perintah berkurung.

Jadi antara 25 Januari hingga 18 Mac (hari PKP), Dr Hisham didapati tidak bersedia kerana:

  • Kekurangan kelengkapan seperti PPE, bantuan pernafasan dan katil.

Pertama sekali tiada siapa sangka bahawa koronavirus akan menular sedemikian rupa.

Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia sendiri mengambil masa yang lama untuk mengisytiharkannya sebagai p4nd3mik global. Maka seluruh dunia sebenarnya sedang menghadapi kekurangan kelengkapan, bukan Malaysia sahaja.

Sudah sekian lama jururawat-jururawat di New York mengadu kekurangan PPE. Dan sekarang ini mereka mengambil langkah untuk saman kerajaan negeri (Shugermann, 2020).

Bukan New York saja yang mengalami kekurangan ini. Seluruh Itali pun begitu juga. Malah hospital-hospital di tengah dan selatan Itali tiada PPE langsung (ICN, 2020).

Tidak terkecuali juga dengan alat bantuan pernafasan yang Donald Trump menggesa General Motors dan Ford Motors cepat bangunkan (Samuels, 2020).

Jadi untuk menghumban Dr Hisham semata-mata kerana kekurangan PPE, itu seolah-olah mengatakan Malaysia sahaja yang begitu. Dan sebenarnya Malaysia yang sedang menjadi antara pembekal global utama.

Siap ada pihak menyeru United Kingdom boikot PPE daripada Malaysia yang dibuat secara perhambaan lagi (Pattisson, 2020).

United Kingdom pun siap menggunakan topeng snorkel untuk menggantikan PPE (Marsh, 2020). Dengan jelas bahawasanya koronavirus membadai begitu pantas sehingga seluruh dunia tidak bersedia.

Akan tetapi jumlah PPE di Malaysia ditambahkan lagi dengan berkat permintaan rasmi dan juga usaha sukarela, yang tentu sekali mustahil tanpa usaha Dr Hisham.

Pada dasar inilah Dr Hisham berdiri sebaris dengan Dr Anthony Fauci dan Ashley Bloomfield masing-masing dari Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai tiga doktor terbaik dunia (Rahimy, 2020).

Semua pihak mengakui bahawa penularan koronavirus terlalu “unprecedented” dan hanya tiga figura ini sahaja yang berprestasi terbaik.

  • Tidak menghalang perhimpunan tabligh

Sangatlah berat untuk menuduh Dr Hisham berkaitan ini, sedangkan kerajaan Harapan sendiri dalam keadaan cacamarba pada minggu sebelum penganjuran ini.

Jangankan tabligh, Pakatan Harapan sendiri mengadakan mesyuarat pada penghujung Februari untuk menentukan tarikh perletakan jawatan Dr Mahathir (Arfa, 2020).

Dan kuasa dipegang Dr Hisham tidak sama sekali menandingi kerajaan yang menguasai Putrajaya.

Dan pada ketika entiti kerajaan tersebut sibuk bertelagah tentang peralihan kuasa Anwar Ibrahim, tidak logiklah jika Dr Hisham pula dipersalahkan.

Malah pembendungan koronavirus tidak akan berjaya dengan kecekapan Jabatan Kesihatan semata-mata. Jabatan Dalam Negeri harus membendung perhimpunan dan mengekang kemasukan orang luar walaupun warganegara.

Dan apabila ditanya tentang status pelancong China dalam negara, Mahathir berloyar buruk tentang kandang lembu pula (Firdaus, 2020) sebelum mula menutup pintu Hubei (tetapi kes tabligh menular kerana koronavirus yang diimport dari Korea Selatan).

Jadi perkara apa yang harus dibincangkan lagi? Di sebalik gelumangan politik yang tidak stabil, Dr Hisham bukan sahaja berjaya mengstabilkan penularan. Sekarang ini kadar penyembuhan pun semakin menjauhi jurang 50-50.

RUJUKAN

Adib, P., & Rizalman, H. (2020, March 16). Experts say no to Malaysia lockdown. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/574950/experts-say-no-malaysia-lockdown

Arfa, Y. (2020, February 23). Meeting turns tense. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/politics/2020/02/568242/meeting-turns-tense

Firdaus, A. (2020, January 26). Mustahil untuk kuarantin semua pelancong China di Malaysia – Tun M. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mustahil-untuk-kuarantin-semua-pelancong-china-di-malaysia-tun-m-229055

ICN. (2020, March 20). High proportion of healthcare workers with COVID-19 in Italy is a stark warning to the world: protecting nurses and their colleagues must be the number one priority. Retrieved from https://www.icn.ch/news/high-proportion-healthcare-workers-covid-19-italy-stark-warning-world-protecting-nurses-and

Marsh, S. (2020, April 1). NHS staff making masks from snorkels amid PPE shortages. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/society/2020/apr/01/nhs-staff-making-masks-from-snorkels-amid-ppe-shortages#img-1

Pattison, P. (2020, April 23). NHS urged to avoid PPE gloves made in ‘slave-like’ conditions. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/global-development/2020/apr/23/nhs-urged-to-avoid-ppe-gloves-made-in-slave-like-conditions-coronavirus

Rahimy, R. (2020, April 15). China’s CGTN names Dr Noor Hisham one of world’s top doctors. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/15/china039s-cgtn-names-dr-noor-hisham-one-of-world039s-top-doctors

Samuels, B. (2020, March 27). Trump presses GM, Ford over ventilators. The Hill. Retrieved from https://thehill.com/homenews/administration/489849-trump-lashes-out-at-gm-ford-over-ventilators

Shugermann, E. (2020, April 24). Nurses Have Been Complaining for Weeks About Inadequate PPE. Now They’re Suing. The Daily Beast. Retrieved from https://www.thedailybeast.com/nurses-have-been-complaining-for-weeks-about-inadequate-ppe-now-theyre-suing


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.