Saya mula kenal nama Donald Trump sejak dari bangku sekolah lagi. Sebagai peminat rancangan The Apprentice, saya rasa ‘excited’ juga bila dengar beliau dengan tegasnya menyebut, ‘you are fired’ terhadap calon yang gagal ke peringkat seterusnya. Ketika itu, peranti pintar belum wujud, pendedahan carian maklumat di internet jauh sekali.

Oleh, itu saya melihat dan tahu tentang beliau apa yang dipaparkan di televisyen sahaja. Bagi saya, beliau pemimpin yang tegas, tahu apa dia nak kejar dan bergaya angkuh. Saya tak bercadang cerita panjang mengenai latar belakang beliau dalam artikel ini, nanti lari topik pula.

Apa yang saya nak ‘highlight’ kan ialah apakah kesan atau pengaruh Trump sepanjang menjadi presiden Amerika Syarikat terhadap Asia Barat. Trump tidak pernah menyatakan minat berp.era.ng, ini mungkin kerana fokusnya menyelesaikan isu dalaman Amerika Syarikat dengan slogan ‘Make America Great Again’.

Ya, negara Uncle Sam ini memang suka kacau rumah tangga orang, rumah tangga sendiri pun tak terurus. Masalah pendatang asing dari Benua Latin pun tak pandai nak selesai. Zaman Trump, beliau nak selesaikan dengan keluarkan arahan pembinaan tembok sempadan AS – Mexico dan mengugut membatalkan bantuan kepada bandar yang melindungi pendatang haram. Tembok penghalang tersebut dibuat dari konkrit dan keluli, panjang tak panjang 285 km juga. Rasanya Jin ifrit pun tak leh masuk.

Ke Luar Negara

Sejak angkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill 20 Januari 2017, beliau tak ‘rushing’ nak keluar negara. Selepas 4 bulan, baru bermula perjalanan pertama beliau ke luar negara sebagai POTUS (President Of United States). Mungkin sudah bosan berada di rumah putih. Mana tak bosannya kalau dinding semua warna putih. Agak-agak negara manakah menjadi destinasi pertama beliau ? Negara di benua Eropah? Bukan, Afrika? Macam langsung tak.

Negara pertama Presiden Trump lawati adalah negara Arab Saudi pada 20 Mei 2017. Kalau lihat bagaimana Kerajaan Saudi raikan beliau, boleh kecil hati. Nampak sangat negara Uncle Sam ini talian hayat Kerajaan Saudi dalam survival politik mereka di Asia Barat. Itu lah politik, bukan sahaja sambutan yang sangat meriah, Trump juga dianugerahkan pingat emas Raja Abdul Aziz.

Hasil lawatan Trump di Arab Saudi, telah termeterai persetujuan dan tandatangan kontrak ketenteraan bernilai 110 bilion USD dan 350 bilion USD untuk tempoh 10 tahun. Dari sumber Rumah Putih, perjanjian dan kontrak ketenteraan yang ditandatangani antara kedua-dua negara adalah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Hasrat dari perjanjian tersebut adalah meningkatkan upaya dan kemampuan kerajaan Saudi dalam mengekang keganasan di wilayah Asia Barat, lantaran itu beban yang ditanggung oleh Amerika Syarikat untuk meredakan keganasan di arab menjadi berkurang.

Seperti yang disebutkan dari awal, Trump tak berminat campur tangan hal rumah tangga orang, tak berminat nak lancarkan pe.ra.ng macam perangai presiden sebelum ini. Harapan beliau, Arab Saudi boleh ‘cover’ hasil kontrak yang diberikan. Amerika akan ‘back up’ belakang. Buat apa jadi ‘player’ kalau boleh duduk bangku simpanan kan.

Pada tahun 2016, Trump dengan ‘slumber’nya mengeluarkan Amerika Syarikat dari satu perjanjian penting untuk mengekang program nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan ekonomi terhadap Iran. Keputusan tegas Trump dibantah ramai pihak termasuk para pemimpin di Eropah dan mantan presiden Barack Obama. Mereka buat rayuan agar Trump mempertimbangkan semula kerana keputusan beliau memberi impak besar kepada firma perniagaan.

Bagi Trump, perjanjian Nuklear Iran yang melibatkan Amerika Syarikat pada tahun 2015 itu malang dan memalukan, tak berkesan pun untuk membendung cita – cita nuklear negara yang terkenal dengan fahaman syiah tersebut. Bahasa mudah, ‘ buat habis beras jer’. Trump telah kotakan janji kempen beliau untuk keluar dari perjanjian itu. Trump berpandangan, nak hukum Iran ini bukan buat perjanjian tetapi mengenakan sekatan ekonomi besar-besaran kepada Iran dan memang beliau buat.

Trump Yang ‘Gila’

Kita sedia maklum bahawa Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera dan memegang jawatan dalam kerajaan. Sudah pasti latar belakang beliau sedikit sebanyak mempengaruhi cara fikir dan bertindak beliau. Pada awalnya, saya fikir bagus juga, kita nak juga tengok pemimpin yang bekerja tak ikut cara biasa.

Ini kerana budaya kerja ahli perniagaan atau korporat memang berbeza dengan cara kerja orang kerja kerajaan. Setiap hari orang akan tunggu apa Trump nak tweet kat twitter beliau, apa lagi ‘benda gila’ beliau nak buat. Tengok signature Trumph pun sudah pening. Menjadi gila dalam politik ini bagus kalau benar berstrategi seperti teori ‘madman’ dalam seni politik yang diguna baik oleh Richard Nixon – Henry Kissinger.

Cara Trump mungkin tak sesuai dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Dasar Amerika Syarikat pada era Trump tidak harmoni, main serbu sahaja kerana cara Trump ‘deal’ dengan urusan pentadbiran negara dan dasar luar banyak bergantung pada naluri politik beliau dan sering bercanggah dengan pendapat pakar dan pegawai pentadbiran. Kalau cakap mudah, ‘ikut kepala dia jer’. Trump juga tidak teragak-agak menzahirkan kekagumannya kepada para pemimpin diktator seperti rakan sejawatnya dari pemimpin Korea Utara, presiden Xi Jinping, Putin dan Erdogan, dan putera mahkota Saudi.

Walaupun kadang-kadang Trump melucukan, Trump boleh bertukar watak menggunakan kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat diluar jangka dan sangat dramatik. Pada zaman beliau, Qassem Soleimani, komander pasukan Quds, sebuah pasukan rahsia yang bertanggungjawab dalam risikan dan operasi ketenteraan Iran di luar negara telah terbunuh dalam s.erang.an dron Amerika Syarikat pada 3 Januari 2020 di Baghdad. S.erang.an tersebut diluluskan oleh Presiden Donald Trump.

Iktiraf Jurusalem Sebagai Ibu Kota Israel

Pada bulan Disember 2017, Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel, suatu langkah berhati kering yang segan-segan hendak dibuat oleh presiden Amerika Syarikat sebelumnya. Walaupun Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) menganggap Jerusalem Timur yang diduduki Israel pada tahun 1967 sebagai tanah Palestin yang dijajah, Trump teruskan hasrat beliau yang beliau rasakan benar. Tak sempat nak bernafas, laju juga kerja Trump ini, pada Februari 2018, Trumph arahkan Washington agar memindahkan kedutaannya ke Jerusalem, dan 3 bulan kemudian penghijrahan kedutaan direalisasikan pada Mei 2018. Trump tak turun rasmi, hantar anak dia sahaja iaitu Ivanka Trump pergi rasmikan.

Cuba Jadi Hero Selesaikan Konflik Israel -Palestin

28 Januari 2020, Trump mendedahkan kepada umum perancangan beliau untuk mengusahakan suatu perjanjian damai yang bertujuan menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin. Jika berjaya, perjanjian tersebut akan dikenang dalam sejarah sebagai ‘deal of the century’. Trump memang secara terbuka menyatakan imipan beliau ke arah perdamaian Israel dan Palestin sejak menjawat jawatan presiden. Nampak muka ganas, tapi hati penuh bunga.

Pendek cerita, usaha ini terbantut selepas Palestin menolak kerjasama ke arah perdamaian yang disifatkan tidak adil dan berat sebelah. Cita-cita pemimpin Palestin menjadikan Jurusalem sebagai ibu negara tetapi Trump sebelum itu, sudah iktiraf Jurusalem sebagai ibu negara Israel. Perjanjian yang tersakiti itu kemudian diganti dengan usaha normalisasi hubungan negara-negara arab dengan Israel yang merupakan kejayaan terbesar Israel sejak penubuhan negara haram mereka.

Pada 15 September, Trump menjadi tuan rumah di Rumah Putih ketika upacara menandatangani perjanjian antara wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain serta Israel yang bersetuju memeterai hubungan normalisasi dengan Isreal. Trump yang menjadi ‘broker’ menjadi saksi perjanjian tersebut. Sejak perjanjian itu, Sudan dan Maghribi juga menyatakan hasrat yang sama. Mendapatkan persetujuan empat buah negara arab ke arah menormalkan hubungan dengan Israel merupakan pencapaian diplomatik terpenting dalam pentadbiran Trump.

Nak salahkan Israel dan Trump pun tak boleh kalau tuan empunya badan sendiri (negara-negara arab) bersetuju ke arah itu. Sebenarnya UAE bukan negara arab pertama mengadakan hubungan normal dengan Israel, sebelum ini sudah ada negara arab yang menghulurkan salam damai dengan Israel iaitu Mesir pada tahun 1979 dan Jordan pada tahun 1994. Mungkin mereka sudah penat bergaduh dan sudah mula menerima idea two-state solution.

Malang untuk Trump, beliau telah kalah dalam pemilihan presiden yang bermula pada 3 November 2020. Pesaing beliau, Joe Biden diumumkan sebagai pemenang dan telah pun ditabalkan secara rasmi sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke- 46 walaupun berlaku sedikit ketidakpuasan hati. Bila tulis tentang presiden Amerika Syarikat, biasa orang tanya, mana lagi baik, Trump atau Biden?

Susah nak jawab, tetapi yang pasti perdana menteri Malaysia masih lagi Muhyiddin. Saya jawab dengan tinggalkan pertanyaan, ‘there are many devils right now, given the circumtances, we may have to choose the least damaging amongst them. One more, better the devil you can manage than the devil you don’t.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.