Di pertengahan Alabama terletak sebuah daerah bernama Perry County sejauh 116 kilometer daripada Montgomery.

Di sini sekitar 178 tahun dahulu pemilik sebuah ladang penanaman m3ningg4l dunia. Dan semua hamba-hamba dimiliki Richard Tubb dijual, termasuklah “Big Cinda” yang membanting tulang sebagai bidan dan tukang tenun.

Big Cinda pun pergi buat selamanya 60 tahun kemudian – dan namanya diturunkan secara temurun sekurang-kurangnya empat generasi sebelum legasinya ditularkan untuk tatapan seluruh dunia.

Empat tahun selepas Big Cinda m3ningg4l dunia, juga di Alabama, suatu peristiwa berlaku yang menggemparkan sejarah Amerika Syarikat sehingga hari ini.

Kota Gadsden tidak mempunyai latar belakang yang tenang seperti denai-denai berseliratan dengan Sungai Coosa. Gadsden terletak 225 kilometer jauh daripada Perry County, dengan mentaliti silam yang jauh lebih teruk lagi.

Di sini seorang pemuda berusia 28 tahun yang berasal daripada Talladega County dig4ntung daripada malam ke subuh.

Apabila mentari memecah kegelapan malam, m4yat Bunk Richardson sudah teruk dengan burung sedang mematuk daging-dagingnya (Thorntorn, 2016).

Lokasi Dimana Richardson Dihvkum

Richardson dijatuhkan hvkuman m4ti oleh rakyat Gadsden tanpa dibuktikan bersalah pun kerana mer0gol seorang wanita etnik Kaukasia (White) sampai m4ti.

Tiada sebarang asas pun yang mengesahkan Richardson terlibat dalam pembvnuhan Jane Smith. Namun disebabkan namanya terpalit dan kulitnya gelap, beliau bersalah.

Perkaitan Melayu dan White Yang Sama Seperti Richardson

Dua kisah ini – Big Cinda dan Bunk Richardson – hanyalah secebis kertas daripada bernaskhah-naskhah buku yang menceritakan sejarah pertembungan kaum di Amerika Syarikat.

Richardson merupakan salah seorang daripada 4,000+ dibvnuh kerana warna kulit yang hanya diketahui – entah berapa lagi yang m4ti dan dilupakan begitu sahaja.

Dalam kehangatan membvru semua yang terlibat kerana memperk0sakan Jane Smith, seorang tukang gunting rambut pun gvgur sekali. Lama digelar “N3gr0 bersopan-santun”, Bill Smith dit3mbak di muka dalam sebuah keretapi bergerak.

Inilah jenis supremacy yang dikaitkan dengan Ketuanan Melayu oleh Mohamad Sabu dalam sebuah sidang Dewan Rakyat. Sebenarnya sudah sekian lama Ketuanan Melayu dikaitkan dengan White Supremacy. Apakah semua peristiwa di atas berlaku pada kaum-kaum minoriti bukan Melayu di Malaysia? TIDAK ADA!

Konteks Mat Sabu adalah seperti berikut: bahawa apa yang berlaku di Amerika Syarikat wajar dijadikan contoh.

Kerana pemerintah telah lama mengapi-apikan isu perk4uman sehingga negara menjadi hvru-h4ra dengan begitu ramai keluar tunjuk perasaan di zaman koronavirus ini.

Ketuanan Melayu bagi Mat Sabu adalah sama dengan White Supremacy sendiri yang tidak kesudahan sehingga merebak ke seluruh dunia.

Ketuanan Melayu Sebenarnya

Situasi sebenar telah membina sempadan antara Ketuanan Melayu dan White Supremacy. Ketuanan Melayu diasaskan berdasarkan rangka kerja politik melalui Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Melayu dikurniakan kedudukan istimewa sedikit disebabkan faktor warisan tanah (Gin, 2008). Semasa Malaysia ditubuhkan, Melayu dan bukan Melayu menubuhkan sebuah aturan quid pro quo (aku beri kau; kau beri aku).

Melayu dikalungkan Ketuanan, bukan Melayu dikurniakan Kewarganegaraan.

Ketuanan ini diperkukuhkan secara ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Bahawasanya Melayu yang teruk dikerjakan tiga perkara: (1) penj4jahan imperialisme, (2) P3r4ng Dunia Kedua dan (3) Kemelesetan Besar (Great Depression).

Malah Cina dan India pun terkesan juga, tetapi Melayu di tangga paling bawah meskipun majoriti dari segi populasi. Maka untuk kestabilan politik, Melayu diberikan kelebihan ekonomi sedikit yang berfungsi sebagai pelampung, bukannya bantal.

Sehingga hari ini, Ketuanan Melayu tidak mengurniakan langsung kekebalan undang-undang dan peraturan tempatan. Melayu salah parkir kena saman. Melayu bvnuh Cina sekalipun kena hvkuman m4ti.

Pembvnuhan tukang gunting Bill Smith menunjukkan wajah sebenar White Supremacy.

Beliau dit3mbak Boyd Pinkerton yang menerima hvkuman “bvnuh secara tidak sengaja”, bukannya “murd3r” tetapi “mansl4ughter” semata-mata. Itupun perbicaraannya hampir-hampir diisytiharkan ralat.

Maka dalam pada itu, Mohamad Sabu mendedahkan satu perkara jelas untuk seluruh negara tahu tentang tahap ilmunya.

Kalau bab masakan kari kepala ikan, beliau boleh menang. Tetapi dalam topik Ketuanan Melayu dan White Supremacy, beliau jahil murakkab pada saat beliau mula melalut pasal jen4yah r4suah bagai.

Kerana Ketuanan Melayu tidak memberikan kekebalan pun kepada Melayu yang melanggar undang-undang.

RUJUKAN:

Gin, O.K. (2008). Historical Dictionary of Malaysia. The Scarecrow Press. Hlmn 154.

Phillip, N. (2019, Oktober 29). Stories from (ditapiskan), Shared Over Generations.The New York Times. Retrieved from (Request Link)

Thorntorn, W. (2016, Disember 11). Why the story of a 1906 Alabama (ditapiskan) won’t be forgotten. AL. Retrieved from (Request Link)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.