Selatan Thai merupakan wilayah majoritinya dihuni penduduk beragama Islam dan berbangsa Melayu sama seperti rumpun Melayu semenanjung Malaysia. Wilayahnya terdiri daripada Naratiwat, Pattani, Yala dan Satun, dianggarkan serami 7.8 penduduk muslim di selatan thai yang budayanya sama seperti Melayu Semenanjung Malaysia.

Tragedi Takbai 25 Oktober 2004 Naratiwat, yang berlaku di bulan ramadhan melibatkn kerajaaan Thailand presiden Thaksin dan penduduk Takbai. Merupaakn tragedi yang tidak mudah dilupakan umat Islam selatan Thai. Protes yang mengorbankan  85 nyawa tersebut kesemuanya melibatkan penduduk Muslim lelaki berbangsa Melayu.

Pemban-taian

Liputan meluas media tempatan dan antarabangsa menyebut kejadian itu sebagai ma-ssacre bermaksud pembu-nuhan/pemba-ntaian kejam, melibatkan jumlah yang ramai. Ratusan anggota keselamatan ditempatkan ketika kejadian dan disebut pihak polis terlebih dahulu melakukan provokasi melepaskan tem-bakan, gas pemedih mata dan tembak air yang mengakibatkan 7 orang terkor-ban.

Manakala 1292 lagi ditahan dibawa ke kem tentera di Pattani. Mereka yang ditahan dikatakan dipukul menggunkaaan baton, ditendang dan ditumbuk. Menurut NHRC, tahanan ditiarapkan di atas jalan sebelum dilonggokkan beramai- ramai dengan kedua tangan diikat tanpa baju. Mereka seterusnya dihumban secara menirap, bertindih satu sama lain ke dalam pick up polis dan mera-gut 78 nyawa akibat lemas bertindih.

Punca rusuhan

Pada 25 Oktober 2004, seramai 1500 penduduk Takbai berhimpun dan merusuh di hadapan pejabat polis Takbai bagi menuntut pembebasan enam orang sukarelawan keselamatan kampung mereka yang ditahan. Penahanan tersebut dilakukan selepas disyaki terlibat dalam satu rompakan senjata api milik kerajaan Thai.

Letupan masjid berusia 300 tahun, Kreu Se beberapa bulan sebelum kejadian Takbai mengorbakan 32 nyawa, juga menjadi faktor rusuhan dan ingin menuntut bela. Faktor lain yang boleh dikaitkan menjadi punca, juga disebabkan rasa marah penduduk kepada kerajaan pusat dan mahukan kuasa autonomi diberi kepada mereka, seperti Sumatera/ Acheh diberi kuasa autonomi oleh Indonesia.

Penduduk selatan Thai yang dikenali sebagai “Khek” bermaksud penduduk pendatang, juga mendakwa pada ketika itu, layanan berbeza dari kerajaan yang mendahulukan masyarakat beragama Budha dan berbangsa Thai dalam aspek politik dan ekonomi.

Selain faktor ingin menuntut kemerdekan dan bebas dimonopoli dari Thai yang jelas berbeza dari segi agama, bangsa dan budaya masyarakat selatan Thai. Dianggarkan lebih 3500 nyawa terkor-ban terlebih dulu melibatkan wilayah muslim ini selepas pejuang pemisah melancarkan kempen kemerdekaan awal Januari 2004.

Pasca konflik

Walaupun sudah sudah memasuki usia 16 tahun, namun usaha membawa keharmonian selatan Thai tidaklah semudah disangka. Seringkali kedengaran pelbagai laporan kes jenayah berlaku melibatkan bun-uh, le-tupan b0m, kejadian te-mbak cu-ri dan kebakaran.

Dianggarkan sudah 7000 nyawa menjadi mangsa, namun rundingn damai antara kerajaan Thai dan penduduk selatan Thai giat dijalankan dan Malaysia merupakan negara bersama dalam membantu menyelesaikan konflik berdarah tersebut. Sehingga hari ini belum ada sebarang dakwaan salah laku anggota keselamatan thai dilaporkan.

Artikel dikirimkan oleh RED kepada The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.