Minggu ni, dari 11 hingga 16 Julai, sekali lagi bangsa Bosniak meratap, pilu berdarah. Genap 25 tahun seksaan zahir dan batin mereka.

Minggu ni pada tahun 1995, Srebrenica yang sepatutnya di bawah jagaan rapi pasukan pengaman PBB di bawah panji UNPROFOR, dijarah dan diratah musyrik serbs.

Berpunca dari perpecahan Yugoslavia pada 1991, dan kemerdekaan Bosnia pada 1992, menimbul dan menambah kebencian Serb di dalam negara tersebut terhadap Bosniak. Dahulunya mereka sewarga, satu bahasa, tapi hanya kerana menerbitkan kebebasan dari cengkaman sosialis, terus bersemadi dendam kesumat kepada Bosniak yang berlainan agama.

Srebrenica pada 11 Julai 1995, masih aman sentosa. Perang saudara antara Serbs dan Bosniak juga dah perlahan-perlahan mencapai kata sepakat. Pasukan pengaman dari Belanda sedang menunggu bantuan dari NATO kerana teruk dikepung JNA beberapa hari.

Belum sempat bantuan tiba, bandar yang menghimpunkan ribuan Bosniak tu diserang dengan b0m dan artileri. Musyrik Serb terus menyerang dan menyerang. Bosniak yang terkumpul, termasuk wanita dan kanak-kanak terus melarikan di ke Tuzla dan Potocari, bandar berdekatan Srebrenica. Malang bertimpa, Serb pimpinan Ratko Mladic dan Radovan Karadzic dah pun menunggu di sana.

Serb celaka kembali mengumpulkan mangsa p3rang yang tak berdosa. Lelaki dewasa dan remaja, diasingkan dari wanita dan kanak-kanak serta orang tua. Disangkakan terelak dari malapetaka, tetapi nafsu serakah syaitan menjelma. Habis 10,000 wanita dir0gol, kanak-kanak dis3mbelih, lelaki dib4kar hidup-hidup sehingga tak tersisa. Satu minggu penuh darah di Srebrenica. Menambah amarah, siap ada pasukan polis terlibat sama meratah.

Sempat menutup bukti, dipisahkan anggota badan mangsa Bosniak yang terkorban di merata tempat. Perbicaraan jenayah p3rang terhadap syaitan-syaitan ni berlangsung bertahun-tahun sebelum keadilan terbentang. Akhirnya pada tahun 2013 dan 2017, kedua kepala syaitan di atas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dunia, manakala ribuan konconya masih ada yang bebas hidup di dunia.

Pembersihan etnik oleh Serb terhadap Bosniak ni, terutama di Srebrenica adalah yang terburuk dalam sejarah Eropah selepas P2rang Dunia kedua. Walaupun Srebrenica dah diisytihar kawasan bebas senjata oleh Resolusi PBB 1993, kesumat Serbs tak terhalang dengan warta di atas kertas tu. Mereka tetap menurut nafsu, membunuh dan merogol sewenang-wenangnya di serata tanah Bosnia Herzegovina.

Kini, selepas Perjanjian Dayton termeterai pada tahun yang sama, Bosnia kembali sentosa. Walau begitu, Bosniak terpaksa menerima kehidupan bersama ‘pembunuhnya’ dalam sempadan yang sama, walaupun dipisahkan wilayah berbeza antara Srpska dan Wilayah Bosnia. Apakan daya, perang tetap perlu dihentikan, bukan ditamatkan – bak kata Kapten Nermin.

Sekalung Al-Fatihah dibaca kepada muslimin muslimat Bosniak yang terkorban.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.