Hiasan Meja atau centrepiece yang diletakkan semasa pertemuan ketua-ketua negara yang dijemput oleh Presiden Xi Jinping bagi Forum Belt and Road Forum di Beijing pada 10 May 2017 lalu termasuk Perdana Menteri DS Najib Razak bukanlah hiasan meja yang biasa semata-mata.

Ia sebenarnya adalah Jambatan Zhaozhou atau juga dikenali sebagai Jambatan Anji (Gambar 2) yang merentasi Sungai Jiaohe di dalam Mukim Zhaoxian, Wilayah Hebei China. Jambatan yang direka bentuk oleh jurutera terkenal China iaitu Li Chun dibina semasa pemerintahan Maharaja Daye (605-618) dari Dinasti Sui. Jambatan yang berusia lebih dari 1400 tahun ini merupakan jambatan pertama direkabentuk dan dibina menggunakan konsep bersegmen (memiliki lebih dari satu lengkung) di dunia.

Dimensi dan lukisan teknikal adalah seperti pada gambar.

Dibina sepenuhnya dari batu, ia berukuran 50 meter dengan bukaan paling luas di tengah-tengahnya hingga 37 meter. Ia dibina setinggi 7.23 meter dari aras air dengan kelebaran jambatan 9 meter. Sehingga hari ini, Jambatan yang turut dipanggil “Jambatan Pertama di Bawah Langit” yang menerima taraf warisan UNESCO pada 15 Jun 1987 masih lagi berfungsi dengan baik, mengharungi 10 kejadian banjir, 8 peperangan dan banyak sekali gempa bumi, dengan yang paling kuat ialah gempa Xingtai dengan 7.6 skala richter.

Di China, simbolik jambatan menggambarkan keakraban, persaudaraan, kehidupan baru juga komunikasi mesra antara dua pihak atau wilayah atau negara yang dihubungkan dengan jambatan. Jambatan Anji adalah manifestasi hubungan seumpamanya juga dihiasi dengan pelbagai motif dari haiwan-haiwan zodiak masyarakat China, memiliki banyak penceritaan yang digambarkan padanya.

Arca Jambatan Anji di Beijing

Jambatan ini juga sering dijadikan bahan seni atau inspirasi budaya dan kesenian masyarakat di China, selain merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dilawati jika berkunjung ke China. Ekspresi “Jambatan Emas di atas Jalan Sutera” yang diilhamkan oleh artis Shu Yong dalam (Gambar 4) misalnya dibina di Beijing sebagai sebahagian agenda meraikan kehadiran ketua-ketua negara dalam forum tersebut.

Aku harap, penterjemahan maksud dan simbolik jambatan ini dapat diterjemahkan dalam hubungan baik Malaysia-China, bukan sahaja sama seperti yang pernah dijalinkan oleh Tun Razak suatu ketika dahulu ketika mahu menghapuskan ancaman PKM di tanahair, tetapi juga sama ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu, dan juga dalam suasana Malaysia Baru meski DS Najib tidak lagi mengemudi negara kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.