Tahun 2021 menandakan genapnya 30 tahun pengakhiran kepada Perang Dingin di antara dua hegemoni besar dunia pada abad yang lalu, iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang berlangsung pada tahun 1947 hingga 1991.

Perang Dingin yang berlaku telah memberikan kesan yang mendalam terhadap pembentukan hala tuju peradaban dunia milenial pada hari ini, yang mana setiap insiden besar yang tercetus di sepanjang era itu telah membentuk pelbagai jenis ‘reaksi’ dan impak.

Ketegangan yang memuncak di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Benua Eropah di bahagian barat dengan Kesatuan Soviet dan China yang terletak di bahagian timur, telah membawa kepada pembentukan sebuah organisasi besar dunia yang dikenali sebagai ‘North Atlantic Treaty Organization’ (NATO), pada 4 April 1949.

Selain NATO, Kesatuan Soviet dan beberapa negara di kawasan Benua Eropah Timur pula telah membentuk sebuah lagi koalisi ketenteraan yang dinamakan sebagai ‘Warsaw Pact’, pada 14 Mei 1955. Koalisi yang tumbang pada tahun 1991 ini adalah reaksi balas mereka terhadap blok Barat, selepas Jerman Barat menyertai NATO.

Selain itu, Perang Dingin juga telah mencetuskan beberapa siri Perang Proksi (Proxy War) dan Perang Saudara (Civil War) yang didalangi oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet secara langsung mahupun tidak.

Antara peperangan yang pernah tercetus ketika zaman itu, ialah; Perang Korea (1951-1953), Krisis Cuban (1962), Perang Vietnam (1964-1973), Krisis Congo (1960-1965), Perang Laos (1959-1975), Perang Ethiopia-Somalia (1977-1978), dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, tujuan sebenar artikel ini ditulis bukan lah untuk mengimbau kembali zaman Perang Dingin yang terdahulu.

Saya agak tertarik dengan intipati ucapan yang disampaikan oleh Presiden China, iaitu Xi Jinping semasa sesi persidangan ‘World Economic Forum’ (WEF) yang diadakan secara maya, pada 25 Januari 2021.

Menerusi ucapan yang berdurasi selama 24 minit itu, beliau ada menyebut beberapa kali tentang kemungkinan berlakunya ‘Perang Dingin Baharu’ (New Cold War).

Jika diteliti semula bait-bait kata dan intonasi di dalam kerangka ucapan itu, ianya jelas tidak dibuat secara semberono tanpa sebarang agenda, dan ucapan itu tidak pula disampaikan dengan nada yang berbaur provokatif.

Presiden China yang ke-9 itu, dilihat seolah-olah ingin membentuk sebuah naratif yang baharu, dengan menyelar dan menyindir beberapa tindakan serta polisi yang diambil oleh sesetengah blok kuasa, tanpa menyebut mana-mana negara atau pemimpin secara spesifik.
Yang mana, kata beliau; tindakan yang telah diambil oleh sesetengah negara ke atas China dilihat agak ‘keras’ dan beliau menganggap tindakan itu sebagai suatu tindakan yang membawa kepada perpecahan kesatuan global.

Xi Jinping menerusi ucapannya turut menyebut; “To build small circles or start a new cold war, to reject, threaten or intimidate others, to wilfully impose decoupling, supply disruption or sanctions, and to create isolation or estrangement will only push the world into division and even confrontation”.

Dalam pada itu, Xi Jinping turut menyeru agar kesemua negara-negara anggota ekonomi dunia untuk membina sebuah ekosistem ekonomi yang terbuka (open world economy), dengan mengamalkan dasar dan nilai yang bersifat multilateral, khususnya melibatkan urusan perdagangan.

Beliau juga berharap agar apa jua bentuk diskriminasi dapat segera dihapuskan, baik dari segi penetapan piawaian (standard), peraturan, sistem, termasuk penghapusan ‘tembok penghadang’ (barriers) yang mampu menghalang kelancaran aliran perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi.

Cumanya, agak ironi sedikit apabila mendengar ucapan yang pada hemat saya, memiliki sebegitu banyak nilai positif. Ucapan ini terbit dari mulut seorang pemimpin yang datang dari sebuah negara maju, yang agak terkenal dengan pengamalan dasar ‘diskriminasi’.

Semua orang sedia maklum tahu, bahawasanya negara itu sedang terlibat dengan beberapa aktiviti mendiskriminasi sesebuah etnik minoriti Islam. Mereka juga gigih menekan sebuah masyarakat sivil yang enggan tunduk menerima falsafah ‘komunis’ atau ‘undemocratic’ bawaan mereka.

Mereka juga sedang giat menceroboh sebahagian besar wilayah lautan yang dimiliki secara bersama oleh beberapa negara kecil seperti Malaysia, Filipina, Brunei dan Vietnam, yang mana pemilikan lautan ini dijamin menerusi ketetapan ‘Exclusive Economic Zone’ (EEZ) dan disokong oleh sistem perundangan laut antarabangsa.

Apakah intipati ucapan itu hanya lah satu lagi retorikal yang tipikal dari sesebuah negara kuasa besar dunia?

Kita cukup sedar bahawa, kuasa besar sememangnya memiliki kemampuan untuk ‘memanipulasi’ sistem perundangan antarabangsa demi menjamin kepentingan dan kelangsungan hidup mereka. Itu lah yang kita takrifkan sebagai hipokrasi.

Sama-sama kita nantikan apa reaksi balas dari Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Presiden baharu. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan diharapkan agar masyarakat dunia khususnya Malaysia, dijauhkan dari ancaman Peang Dingin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.