Saat lembaran sejarah Islam di Andalusia ditutup dengan air mata dan darah, umat Islam terpaksa terima kenyataan pahit bahawa tanah yang pernah menjadi mercu tanda kegemilangan tamadun Islam akhirnya jatuh ke tangan musuh.
Reconquista adalah kempen panjang selama lebih tujuh abad. Ia bukan sekadar kempen merebut wilayah, tetapi juga satu proses pemusnahan identiti dan warisan Islam di Semenanjung Iberia.
Kejatuhan Granada pada 2 Januari 1492 menjadi titik noktah dalam sejarah Islam di Andalusia. Kota megah yang selama ini menjadi pusat ilmu dan kebudayaan Islam akhirnya tunduk di bawah kuasa Ferdinand dan Isabella.
Saat Sultan Muhammad XII menyerahkan kunci kota kepada pemerintah Kristian, umat Islam Andalusia kehilangan bukan hanya tanah air mereka, tetapi juga hak untuk hidup dalam keamanan.
Pada awalnya, perjanjian yang dikenali sebagai Capitulations of Granada menjanjikan kebebasan beragama dan perlindungan kepada umat Islam. Namun, janji itu hanyalah kata-kata kosong. Tidak lama selepas itu, pemaksaan agama menjadi realiti yang pahit untuk umat Islam di Iberia.
Masjid-masjid diubah menjadi gereja, kitab-kitab ilmu dibakar di dataran awam, dan sesiapa yang enggan memeluk agama Kristian dipaksa memilih antara pengusiran atau kematian. Cahaya seruan Islam yang pernah berkembang subur di tanah Andalusia dipadamkan dengan kejam.
Muslim yang memilih untuk kekal dan memeluk Kristian secara paksa dikenali sebagai Morisco. Mereka tidak pernah benar-benar diterima dalam masyarakat Kristian. Mereka hidup dalam ketakutan, diperhatikan setiap gerak-geri, dan sering dituduh masih mengamalkan Islam secara rahsia.
Penganiayaan semakin memuncak apabila Sepanyol menguatkuasakan Spanish Inquisition. Ianya adalah satu institusi zalim yang menyeksa dan membakar mereka yang disyaki masih berpegang kepada ajaran Islam.
Di bawah Inquisition, penganiayaan menjadi lebih sistematik dan tidak berperikemanusiaan.
Mahkamah gereja mengendalikan sesi soal siasat yang penuh dengan seksaan ngeri, memaksa Morisco mengaku sesuatu yang mereka mungkin tidak lakukan. Mereka yang disabitkan kesalahan kerana amalkan Islam secara rahsia akan dipenjara, dibuang negeri, atau lebih dahsyat—dibakar hidup-hidup di khalayak ramai.
Tidak cukup dengan penindasan dalaman, umat Islam yang masih bertahan akhirnya diusir secara besar-besaran. Pada tahun 1609, Raja Philip IIIarahkan pengusiran Morisco dari Sepanyol, lantas mengakhiri kewujudan Islam yang telah bertapak di sana selama lebih 800 tahun. Ribuan keluarga dihalau tanpa belas kasihan, ada yang mati di perjalanan, ada yang lemas di laut, dan selebihnya hidup dalam kehinaan di tanah asing.
Sejarah Reconquista dan Inquisition bukan sekadar kisah kejatuhan sebuah empayar, tetapi sebuah tragedi kemanusiaan yang menyayat hati. Andalusia bukan hanya hilang dari peta dunia Islam, tetapi juga lenyap dari ingatan ramai. Hari ini, sisa-sisa peninggalan Islam di Sepanyol hanya menjadi tarikan pelancongan, sedangkan darah dan air mata yang pernah mengalir di tanah itu seakan dilupakan.
Bencana Reconquista dan Inquisition mengajar kita bahawa kejatuhan bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sehari, tetapi akibat kelalaian dan kelemahan yang berpanjangan. Sejarah ini bukan untuk ditangisi semata-mata, tetapi untuk dijadikan peringatan agar tamadun Islam tidak lagi mengalami nasib yang sama.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.