Selepas PM mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah hampir RM25 Billion untuk semua golongan B40, M40 dan T20. Rata-rata yang aku lihat berpuas hati dan berterima kasih dengan pakej yg TSMY bentangkan. Pakej ini boleh dikatakan sangat mengutamakan rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menempuh kelangsungan hidup di musim covid-19 ini.
Namun, dicelah-celah kegembiraan ini masih ada segolongan kecil yang mempertikaikan bantuan yangg diberi walaupun sudah banyak pengecualian, diskaun yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Golongan tersebut tak lain tak bukan adalah ‘bangsar bubble’ ataupun busa Bangsar. Golongan ini kebanyakan berasal dari T20 dan sebahagian kecil middle class income ataupun M40. (Maaf bukan semua)
Aku terpanggil untuk menyuarakan isu ‘ketidakpuasan hati’ mereka apabila satu posting FB insan ini yang mendakwa pakej tersebut terlalu memanjakan B40 dengan faedah dan keistimewaan yang banyak berbanding golongan beliau M40.
Dia berhujah lagi, walaupun dia berpendapatan tinggi tetapi keluarga nya mempunyai komitmen yang banyak. Dia juga ada buat perbandingan (comparative analysis) antara kos sara hidup B40 dengan M40 yang mengarut, tak matang, tak logik lagi tak masuk dek akal. Sebabnya, komitmen yang dia senaraikan kan tu kebanyakannya kehendak daripada keperluan.
Jadi, tujuan artikel ini bukanlah cuba untuk membincangkan kos sara hidup B40 ataupun M40 tetapi untuk menerangkan perangai, kelakuan, mentaliti, doktrin golongan yang digelar ‘Bangsar Bubble’ (BB).
Tak lengkap rasanya kalau aku tak masukkan istilah ‘activism’ yang sangat rapat dgn golongan Bangsar Bubble ini. Activism dalam bahasa mudahnya ialah keinginan untuk membuat perubahan dalam masyarakat samada dalam bidang politik, ekonomi, social, perundangan, alam sekitar mahupun isu isu semasa yang berbangkit sepertl LGBT dan sebagainya. Dan isu isu ini dipromosikan, dibantah mengikut common interest mereka melalui berkempen, perhimpunan, mogok lapar dan membuat petisyen .
BB ni golongan yang hidup senang dan berpendidikan berbanding majoriti rakyat Malaysia. Mereka tinggal di koridor Bandaraya Kuala Lumpur. (Jangan ambil secara literal, boleh jadi golongan ini tinggal di bandar besar yang lain). Jadi, bila ada isu berkaitan hak asasi manusia, kebebasan kehakiman, kebebasan media, statut-statut antarabangsa, reformasi syarikat berkaitan kerajaan, dan lain-lain.
Merekalah yang orang pertama bangun lantang membantah, menyokong dan berdemo. Merekalah yang selalu buat tuntutan itu ini. Nak tahu siapa yang jadi aktivis LGBT? Nak tahu siapa yang berdemo di BERSIH? Nak tahu siapa yang sokong Kerajaan Selangor? Golongan elit bandar ini adalah penentu populariti bakal pemerintah di kawasan urban. Dan hanya ahli politik yang tunduk dan berpemikiran seperti meraka sahajalah yang layak menang di kawasan mereka.
Apa yangg pasti Puak BB ini sememangnya dari dulu tidak sensitif dengan kelas bawahan. Cuba membawa suara rakyat tapi sebenarnya tidak. Ciri paling jelas mereka TIDAK FAHAM PUNCA KEMISKINAN. Yang mereka tahu miskin adalah berpunca daripda mentaliti. Kononnya, ‘Poverty is state of mind’.
Kita ambil satu contoh. Ada satu thread kat forum lowyat forum bincang pasal isu kemiskinan. Anak tidak dapat ke sekolah akibat kemiskinan. Dan kebetulan pula, anak tersebut datang dari keluarga yang besar. Adik beradik yang ramai. Salah seorang pengguna tersebut mencadangkan jika si bapa tidak mampu menanggung keluarga yang besar adalah lebih baik si bapa membuat family planning.
Tambah lagi, pengguna tersebut katanya masalah kemiskinan yg dicipta oleh si bapa akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarakan dana, elaun yang banyak untuk membantu golongan ini. Ironinya hak untuk beranak ramai adalah personal choice yang diorang perjuangkan. Nampak tak permainan dia. Perangai sebijik macam Libertarian.
Sebelum aku habiskan artikel ni, ada lagi satu ciri yang aku belum terangkan ialah puak BB kehidupan sehariannya adalah berbahasa Inggeris. Bagi aku, tiada masalah untuk berbahasa Inggeris, tapi memandang orang yang tidak pandai berbahasa Inggeris sebagai ‘gelap masa depan’ bukan satu pemikiran yang wajar. Ini adalah minda yang masih dijajah. Pernah sekali ada satu artis Melayu (‘bukan Melayu betul’- abang BHP) yang mengkritik seorang pelajar sekolah di Terengganu yang tidak faham Bahasa Inggeris.
Marah netizen disebabkan ciapan di Twitter seolah-olah memperlekehkan orang. Siap tag Menteri Pendidikan lagi. Selepas tu pula, instafamous, businesswoman, youtuber terkenal ada buat #MalayChallenge iaitu, cabaran bercakap Bahasa Melayu selama 24 jam tanpa perkataan English walaupun SELURUH HIDUPNYA TINGGAL DI MALAYSIA.
Bangsa Melayu menganggap bercakap Bahasa Melayu adalah satu cabaran adalah satu planned joke. Menganggap kebolehan berbahasa Inggeris sebagai ukuran kepandaian dan kompetitif dalam kerjaya adalah falasi. Kalau begitu, banyaklah negara homogenous seperti China, Jepun dan Korea Selatan menjadikan English sebagai sebagai medium pengajaran dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).
Dalam erti kata lain ‘Bangsar Bubble’ atau ‘Libertad’ (Libertarian + Retard) ini akan cuba menakutkan nakutkan orang ramai tentang apa jua polisi kerajaan dan pada masa yang sama cuba membuatkan kerajaan mengikut telunjuk mereka. Senang cakap, Libertad di Malaysia nak kebebasan bersuara, suka demand macam macam, tambah lagi bab bantah membantah polisi yang membantu rakyat marhaen (B40) seperti subsidi memang depa champion.
Artikel kiriman Mat Kedah untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih