Kita semua sedia maklum mengenai pasar eksotik di Wuhan, China yang dikatakan menjadi punca penularan wabak COVID-19 pada hujung tahun 2019. Namun tahukah kita, terdapat beberapa tempat sedemikian dalam dunia ini?

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mari berkenalan dengan satu demi satu pasar yang menjual haiwan eksotik.

  • Pasar Tomohan, Sulawesi, Indonesia
Seorang peniaga sedang menjual ular dan monyet

Tomohan ialah sebuah bandar di Sulawesi Utara. Populasi penduduk bandar ini sekitar 100 ribu orang. Apa yang menarik di bandar ini ialah kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara bandar-bandar lain di Sulawesi Utara.

Tidak kalah dengan Pasar Wuhan, menu istimewa di Pasar Tomohan ialah tikus, kelawar, biawak, ular dan babi hutan. Semuanya segar dari hutan. Tidak terkecuali kucing dan anjing peliharaan yang dicuri daripada pemilik kemudian diniagakan.

Terdapat beberapa laporan akhbar mengenai tindakan tidak bermoral yang menyik-sa kucing sebelum dipanggang dan dijual. Dalam satu dokumentari makanan juga turut menemubual seorang penduduk yang tidak lagi memakan daging anjing dari pasar itu, kerana pernah anjingnya hilang akibat dicuri dan disyaki dijual di pasar itu.

Banyak juga rancangan dokumentari penggemar makanan yang dirakamkan di pasar ini. Saya tertarik dengan satu video food review di laman Youtube. Saat menemubual seorang peniaga tentang apa lagi haiwan yang dijual di pasar itu, mereka hanya tidak menjual haiwan yang dilindungi oleh undang-undang sahaja.

  • Pasar Minggu Chatuchak, Thailand

Pasar ini terletak di Bangkok Thailand. Reputasi pasar ini lebih kepada pasar yang meriah dengan jualan barangan kraf, cenderahati, makanan dan pelbagai lagi. Namun terdapat segelintir peniaga yang melakukan urusniaga haram iaitu menjual haiwan eksotik seperti pelbagai spesis kucing hutan, ular malah monyet terkecil di dunia, pygmy marmoset.

Berbanding Pasar Wuhan dan Tomohan, Chatuchak masih lagi dilakukan secara haram dan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Acap kali peniaga ini diserbu oleh pihak berkuasa dan haiwan-haiwan itu dirampas. Hanya yang eksotik sedikit ni pasar ini ialah pelbagai jenis serangga yang dijadikan satay, diba-kar rangup.

Cacing. Ulat dan belalang yang rangup
  • Nute Bazaar & Pasar Churachandpur, Manipur, India

Dua tempat ni agak kurang popular. Tetapi pernah beberapa kali masuk ke dalam berita mengenai penjualan haiwan eksotik seperti monyet, anjing, landak dan pelbagai spesis burung.

Terdapat juga video tentang operasi pasar ini yang dirakam untuk menunjukkan kegiatan tidak bermoral ini. Tidak terkecuali penyiksaan terhadap haiwan-haiwan itu.

Senario sama dapat dilihat di Pasar Churachandpur yang menjual tangan monyet di tapak jualan bersama potongan daging besar. Dalam satu laporan Matthew Dresch pada Julai 2020, turut mengepilkan gambar beberapa ekor anjing yang diikat di dalam guni, bersedia untuk dijual.

Kegiatan ini ditentang oleh pihak berkuasa namun masih berlaku penjualan secara haram di beberapa tempat di India seperti Nagaland dan Manipur.

Terdapat empat pasar yang ditulis dalam artikel ini. Namun ini hanya yang dilaporkan berlaku dalam portal berita dan rakaman video yang tersebar. Tentunya masih ada kegiatan haram yang terselindung dari pandangan masyarakat dan pihak berkuasa.

COVID-19 menjadi contoh berlakunya pertembungan patogen dengan manusia. Patogen seperti virus, bakteria dan parasit hidup dalam haiwan perumah secara lumrah alam. Selagi tidak berlaku pemindahan patogen kepada haiwan pembawa kemudian kepada manusia atau terus dari perumah kepada manusia, patogen itu tidak menyebabkan penyakit.

Hubungan manusia dengan haiwan liar ini yang menambah risiko pemindahan patogen kepada manusia seterusnya menyebabkan penularan wabak.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ditambah lagi dengan kegiatan penyeludupan haiwan ke suatu negara akan menyebabkan penyakit baru ke negara itu. Contoh paling baru ialah penyeludupan spesis tikus dari Ghana yang menyebabkan penularan wabak cacar monyet di Amerika pada tahun 2003. Satu kes pada tahun 2004 di Jerman, seorang lelaki cuba menyeludup dua ekor burung helang yang kemudiannya diperiksa dan mendapati burung itu membawa virus influenza H5N1. Mujurlah tiada kes jangkitan pada manusia berlaku kerana dapat dicegah cepat.

Biarlah haiwan liar ni hidup dalam hutan tu. Jangan diganggu yang tidak sepatutnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.