Empayar Uthmaniyah amat terkenal sebagai antara kerajaan Islam yang memainkan peranan sebagai Khalifah, sekaligus memegang gelaran sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’ (Mekah dan Madinah). Semenangnya dua kota suci itu sangat terjaga dengan baik sepanjang pemerintahan Uthmaniyah, contohnya, ketika teknologi elektrik kali pertama tiba di Uthmaniyah, Sultan Abdülhamid II memerintahkan agar tempat pertama yang akan menerima bekalan elektrik adalah di Masjidilharam.

Segalanya sangat sempurna dan baik-baik sahaja semasa Uthmaniyah berkuasa sehinggalah tercetusnya Rev0lusi Arab yang menyaksikan kejatuhan dominasi Uthmaniyah di Semenanjung Arab hasil hasutan pihak British. Namun di sebalik kesempurnaan ini, timbul satu persoalan, mengapa Sultan-sultan Uthmaniyah tidak pernah menunaikan ibadah Haji?

Ini adalah soalan yang sering diajukan dan justifikasi terbaik untuk menjawab persoalan ini adalah dengan merujuk kepada konflik yang melibatkan tentera Janissari dengan Sultan Osman II, kerana jawapannya ada pada Insiden pembvnuhan Osman II.

Pertama sekali, kita harus merumuskan hukum wajib menunaikan Haji (fardhu ain) adalah tertakluk sah mengikut beberapa syarat, namun oleh kerana syarat-syarat ini berbeza mengikut mazhab, jadi penulis menyenaraikan syarat menunaikan Haji mengikut mazhab Syafie yang tidak ada banyak perbezaan yang ketara dengan mazhab-mazhab lain.

Syarat-syarat Menunaikan Haji Mengikut Mazhab Syafie:

  1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadah Haji yang mereka kerjakan.
  2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  3. Berkemampuan dengan syarat:
  4. Mampu membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
  5. Ada kenderaan pergi dan balik.
  6. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  7. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
  8. Perjalanan yang aman (selamat).

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Ada kawan wanita Muslim yang boleh dipercayai.


Pember0ntakan tentera Janissari terhadap Osman II berpunca dari kecurigaan mereka terhadap hasrat sultan mahu menunaikan Haji

Baik, selepas penjelasan ringkas ini, mari kita mencari jawapan kepada persoalan mengapa Sultan Uthmaniyyah tidak pergi menunaikan haji:

Menurut Perundangan Islam, Jihad adalah fardhu kifayah bagi umat Islam.  Atas sebab ini, seorang Muslim selaku individu, boleh memilih untuk menunaikan haji, yang merupakan fardhu ain, kecuali jika terdapat ancaman bah4ya yang jelas dari musuh yang membenarkan Jihad, yang merupakan fardhu kifayah

Oleh itu, Jihad tidak akan menjadi penghalang bagi individu Muslim untuk menunaikan haji, dengan pengecualian sekiranya timbul syarat bagi orang-orang Muslim yang akan pergi menunaikan haji itu dapat atau berupaya mengatasi anc4man musuh.

Dan di sinilah hukum untuk para khalifah dan sultan berbeza dengan individu Muslim yang lain iaitu, Jihad, yakni seorang pemerintah Uthmaniyah sentiasa berada dalam keadaan di mana keberadaannya di ibu kota negaranya adalah sangat perlu agar sebarang anc4man ser4ngan musuh mudah diperhatikan, ini berdasarkan kedudukan geografi Empayar Uthmaniyyah selaku satu-satunya kerajaan Islam di Eropah Timur yang sentiasa dikelilingi musuh.

Dan dengan keputusan hukum itu, ia telah menjadi penjamin dalam memastikan keselamatan umat Islam dan jika atau ketika diperlukan dalam pertempvran, ia menjadi kewajiban mutlak (fardhu ain) bagi Khalifah dan Sultan.

Abu Hurairah pernah menceritakan sabda Rasulullah S.A.W. yang menyebut bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah ditanya, amal apakah yang paling utama? Baginda bersabda, “Beriman kepada Allah dan rasul-Nya”. Baginda ditanya lagi, Kemudian apa? Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah”. Baginda ditanya lagi, Kemudian apa lagi? Baginda menjawab, “Haji Mabrur”. (Hadis Riwayat Bukhari).

Mekah Al-Mukaramah.

Jelaslah, melindungi nyawa, harta benda dan maruah umat Islam adalah antara hak masyarakat, atau maslahah umum yang juga dikenali sebagai hukukullah, iaitu, ia adalah bentuk pengabdian atau khidmat yang melibatkan orang ramai.

Kadang-kadang maslahah umum boleh menjadi lebih penting berbanding tanggungjawab peribadi.  Dan ini adalah kes yang sama di sini.

Para pemerintah Uthmaniyah dari Osman I hingga Selim II menghabiskan separuh hayat mereka menyertai kempen Jihad di jalan Allah. Pada dasarnya, para sarjana dan ulama mengeluarkan fatwa bahawa Sultan harus memilih Jihad yang menjadi kewajiban mereka sebagai fardhu ain dalam kualiti hukukullah (hukum umum) dan mengekalkan perintah duniawi untuk menunaikan Haji sebagai hukum wajib tetapi bersifat peribadi.

Ketika Bayezid II berniat untuk pergi menunaikan haji semasa dia masih seorang Gabenor di Amasya, dengan surat yang ditandatangani oleh Wazir Agung dan beberapa negarawan terkemuka yang lain, baginda dinasihatkan untuk kekal di kerusi pentadbirannya tanpa meninggalkan kedudukan walau sesaat sekali pun. Baginda dinasihatkan agar meninggalkan urusan ibadah haji kepada orang ramai atau mereka yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran negara. Jika tidak, baginda akan menyebabkan musuh terdorong untuk menyer4ng umat Islam.

Demikianlah juga, Sultan Osman II, yang dengan nekad dan bersedia untuk menunaikan haji dengan harga yang dia bayar dengan nyawanya sendiri.

Pember0ntakan Terhadap Sultan Osman II

Pada tahun 1620, Sultan Osman II terlibat dalam Ekspedisi ke Hotin. Tetapi kebanyakan tenteranya tidak mahu berper4ng. Manakala sebahagian tentera Uthmaniyah yang lain gagal menawan kubu parit musuh dan ini mematahkan semangat dan moral tentera Uthmaniyah.

Oleh itu, tentera Uthmaniyah gagal memperoleh kemenangan dan kemudian mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Hotin.  Menurut perjanjian;

Sultan Osman II

“Lehistan dan Empayar Uthmaniyah tidak akan menyer4ng antara satu sama lain, dan akan membayar 40,000 dukat kepada Crimean Inn seperti sebelumnya.”

Sultan Osman II berpendapat punca kegagalan ini adalah kerana keengganan tentera untuk berper4ng. Baginda cuba membubarkan pasukan elit Janissari tetapi apabila pihak Janissari mendengar berita ini, mereka marah hingga dilaporkan pernah membuat kenyataan ‘’Sekiranya Sultan tidak lagi menginginkan kami, maka kami juga tidak menginginkan Sultan ini!”.

Osman II ingin mewujudkan angkatan tentera baharu yang akan dianggotai oleh tentera dari Anatolia, Mesir dan Syria.

Sultan Osman II cuba mengirimkan hasrat dan perintah ini secara rahsia kepada pentadbir Haleb, Erzurum, Şam dan para bangsawan Mesir. Tetapi janissari mengetahui perkara ini melalui orang mereka yang berada di istana dan ini adalah saat terakhir yang amat genting bagi kedua belah pihak. Osman II ingin pergi ke Anatolia untuk mengumpul dan memeriksa angkatan tenteranya yang baharu. Pada waktu ini, pember0ntakan berlaku di Lubnan.

Sultan Osman tahu inilah peluang terbaik untuknya, inilah justifikasi yang kukuh untuk menghapuskan Janissari, Dan baginda mahu pergi ke Lubnan untuk menundukkan pember0ntakan. Tetapi wazir agung dan Sheikh al-İslam berpendapat tidak ada keperluan bagi Sultan untuk pergi ke Lubnan bagi mencegah pember0ntakan kecil.

Selanjutnya, sultan memutuskan untuk pergi menunaikan haji sebagai alasan (sebenarnya mahu mengumpulkan angkatan tenteranya). Sehingga ke waktu itu, tidak pernah ada seorang pun dari kesemua Sultan Uthmaniyah yang pernah menunaikan Haji.

Wazir Agung dan Sheikh al-Islam cuba menghalang tetapi baginda berkeras. Para bangsawan yang sudah sedia maklum akan hasrat Sultan telah pun bersedia dan sedang dalam perjalanan menyambut dan mengiringi Sultan. Tetapi Sultan tidak akan pernah sempat pergi ‘menunaikan haji.’

Pada 20 Mei 1622, Sultan Osman II telah ditangkap oleh pember0ntak Janissari dan dibawa ke penjara bawah tanah Yedikule, di situ, baginda telah dihvkum bvnuh dengan dijerut leher mengikut tradisi dinasti Uthmaniyah oleh tentera Janissari. Baginda menjadi Sultan Uthmaniyah yang pertama dibvnuh akibat pember0ntakan.

Jelas sekali, Osman II terk0rban kerana memperlekehkan fatwa yang dikeluarkan oleh Essad Effendi, Sheikh-al Islam Uthmaniyah ketika itu merangkap bapa mertuanya sendiri, berikut adalah petikan keputusan fatwa berdasarkan pandangan ahli Fiqh :

 “Ibadah Haji tidak menjadi kewajiban bagi Sultan; mereka lebih sesuai kekal di atas takhta mereka dan melaksanakan keadilan agar tidak timbul hasutan”. 

Aziz Mahmud Hudai, tokoh terkenal pada masa itu menyokong fatwa itu, beliau dengan bersungguh-sungguh mengingatkan Osman II agar mematuhi fatwa itu. Bahkan, kenyataan Yahia Effendi, yang ditegur oleh Sultan kerana memprovokasi pihak tentera dalam hal itu (kemudian dilantik sebagai Sheikh-ul islam), sesungguhnya sesuai dengan kriteria fiqh Islam:

“Wahai Sultan kami yang didoakan kebaikan oleh para ulama dari kejauhan, buat Tuanku dalam usaha mencabar para penyangak. Walaupun begitu, kami enggan bersetuju dengan hasrat Tuanku yang mahu menunaikan Haji, kerana nenek moyang Tuanku tidak pernah melaksanakannya, mereka tidak melakukan ziarah yang diberkati itu. Sultan sebelum ini telah meng0rbankan keinginan mereka untuk menunaikan ibadah Haji yang suci demi untuk menjaga ketertiban dunia. Adalah salah jika meninggalkan Mamaliq al-Makhrusah (Empayar Uthmaniyah yang dirahmati, dilindungi Allah) dengan wujudnya kemungkinan musuh mungkin muncul dan menimbulkan hasutan di seluruh negara. Oleh itu, jika kami salah dalam menilai hal ini, kami sedia menanggung dosa-dosa kami kerana menghalang Tuanku, sekiranya ada.”

Sementara di sisi lain, ungkapan-ungkapan berikut merangkumi khabar angin yang tersebar di kalangan orang ramai dan tentera, terutamanya pihak Janisari yang menganggap ini adalah tugas mereka untuk melindungi negara dari sebarang bah4ya.

Persepsi sebegini sebenarnya telah menimbulkan masalah ini: Janissari juga didorong oleh desas-desus bahawa Sultan merancang mahu menubuhkan pasukan tentera baru untuk menggantikan mereka. Janissari telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Osman dengan mengatakan:

“Kamu mahu pergi menunaikan Haji, kamu ingin membubarkan kor Janissari dan Kavalri. Kamu ada niat untuk mengumpulkan angkatan tentera yang baru! Kami dengar kamu akan membawa tentera dari Syam dan Aleppo. Kami tidak boleh menerima ini. Duduklah di istana mu dan bersikaplah seperti yang seharusnya seorang Padishah, jadilah seperti seorang Padishah! Jika tidak, perkara ini akan jadi berbeza!”

Sebagai penjelasan mengenai syarat wajib memiliki tubuh badan yang sihat, beberapa ahli hukum Islam berpendapat bahawa walaupun seseorang itu sihat tubuh badan, tetapi jika dia dipenjara atau dalam ketakutan dengan pentadbir z4lim yang menghalangnya daripada melakukan haji akan menghalang pelaksanaan haji.

Dan oleh itu kita pun tiba di kesimpulan yang Sultan atau para pembesar yang berada dalam situasi yang sama juga akan dianggap terkurung dan ibadah haji hanyalah wajib bagi Sultan jika menggunakan harta peribadinya sendiri, dan selagi punca alasan itu masih ada, seorang sultan mungkin tidak boleh menunaikan haji sampai bila-bila.

Dan situasi ini berlaku dalam abad yang mana teknologi pengangkutan belum begitu canggih seperti yang ada pada zaman kita dan perjalanan ibadah Haji boleh memakan waktu sekurang-kurangnya tiga bulan.

Oleh itu, ini bermaksud, sekiranya kita kurang mahir tentang hukum, kita lebih cenderung mendorong persoalan prejudis dan menganggap Sultan Uthmaniyah seharusnya wajib menunaikan Haji tanpa mengetahui akan risiko di sebaliknya.

Tak ada keperluan pun untuk mempersoalkan mengapa Sultan Uthmaniyah yang telah menghabiskan separuh dari kehidupan mereka di barisan hadapan, melancarkan Jihad sejauh ke Mesir tetapi tidak pergi menunaikan Haji, kerana bagi seorang Sultan yang melaksanakan kempen mengetuai angkatan tentera mujahid, mereka tidak boleh disamakan dengan tentera yang meninggalkan negaranya sendiri selama tiga bulan untuk berbakti kepada negara.

Pember0ntakan Janissari menggulingkan Osman II

Contoh kesan yang paling ketara adalah reaksi yang bukan sahaja datang dari pihak tentera tetapi reaksi masyarakat terhadap Osman II. Sekali lagi, para ulama pernah mengeluarkan fatwa ibadah Haji tidak wajib selama 20 tahun setelah 326 Hijrah / 937 M kerana pember0ntakan kelompok Karamita, yang menganc4m keselamatan laluan perjalanan jemaah Haji, ini membawa kita kembali kepada salah satu daripada syarat sah haji iaitu keamanan/keselamatan dalam perjalanan.

Maka pember0ntakan itu menimbulkan bah4ya bagi jemaah Haji kerana mereka mungkin akan berhadapan dengan risiko keselamatan dalam perjalanan mereka.

Kesimpulannya, para ulamak pada waktu yang sesuai dengan zamannya itu telah merujuk kepada hukum Islam untuk mengetengahkan dalil yang tidak mewajibkan sultan Uthmaniyah menunaikan ibadah Haji.

Rombongan Haji yang membawa mahmal Uthmaniyyah

Walaupun begitu, mereka tetap menghantar orang lain sebagai wakil menggantikan mereka atau membayar badal haji. Adakalanya mereka akan mengirim rombongan bersama mahmal dan beberapa hadiah-hadiah lain sebagai ganti. Namun, dikatakan bahawa Sultan Abdülaziz pernah secara sembunyi melaksanakan ibadah haji melalui penyamaran. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang bukti sahih dalam catatan dokumen rasmi untuk mengesahkan perkara ini.

RUJUKAN:

Farooqi, N. (1988). Moguls, Ottomans, and Pilgrims: Protecting the Routes to Mecca in the Sixteenth and Seventeenth Centuries. The International History Review.

Faroqhi, Suraiya (2014). Pilgrims and Sultans: The Hajj Under the Ottomans (Library of Ottoman Studies). B. Tauris.

Dr. Ahmed Akgündüz – Why Did The Ottoman Sultans Not Perform The Hajj Pilgrimage? (link broken)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.