Antara kelebihan utama semut adalah semut tidak akan mengalami kesesakan trafik seperti kereta di jalan raya. Malah, jumlah semut lebih banyak daripada kereta, tetapi kereta lebih mudah mengalami kesesakan apabila jumlahnya semakin banyak di atas jalan raya. Semut mampu menangani perjalanan dengan baik walaupun pada waktu puncak.
Penyelidik mendapati semut Argentina (Argentine ants) mampu beradaptasi dengan pelbagai keadaan jalan dan memastikan tiada kesesakan berlaku. Semuanya dapat dilakukan dengan membuang kepentingan diri – sesuatu yang manusia patut pertimbangkan.
Sama seperti spesis manusia, semut juga merupakan antara spesis yang bergerak kedua-dua arah dalam masa yang sama. Tidak seperti spesis lain yang hanya bergerak dalam satu arah secara berkumpulan, mereka tidak bergerak berlawanan seperti semut dan manusia apabila berkumpulan.
Semut tidak mempunyai peraturan jalan sepeti manusia. Mereka tidak takut akan pelanggaran berlaku antara mereka kerana kemampuan mereka untuk mengelak daripada hal tersebut berlaku. Mereka bergerak seperti cecair dan hal ini telah menarik perhatian manusia berabad lamanya. Aristotle sendiri kagum bagaimana semut individu mampu pulang ke sarangnya dalam satu jalan lurus tanpa berlanggar dengan semut lain.
Kajian-kajin sebelum ini menunjukkan bahawa jalan semut hanya boleh dilalui oleh beberapa ratus individu semut dalam seminit. Kajian ini adalah kajian pertama yang menunjukkan bukti secara langsung bahawa pada tahap banyaknya kereta, kesesakan jalan raya masih dapat dielakkan.
Dengan merakam 170 eksperimen berulang, saintis memerhatikan bagaimana semut bergerak melalui jambatan antara sarangnya dan sumber makanan. Jambatan tersebut dikawal dengan pelbagai kelebaran iaitu 5 mm, 10 mm, dan 20 mm yang memuatkan antara 400 hingga 25,600 ekor semut. Sepanjang eksperimen, maklumat bagaimana aliran trafik direkodkan – kelajuan semut dan jumlah perlanggaran yang berlaku. Saintis mendapat hasil yang mengejutkan – semut kebal daripada kesesakan trafik.
Apabila jumlah semut meningkat di jambatan tersebut, semua mampu mengawal kesesakan dengan baik dan mengawal kelajuan mereka untuk mengelak sebarang gangguan yang menganggu arus perjalanan. Tidak seperti manusia, semut mampu memenuhi jalan dua kali ganda tanpa mengurangkan kelajuan jalan. Ketika manusia sedang berjalan ataupun memandu, arus perjalanan akan mula perlahan apabila jalan mula penuh sebanyak 40%. Semut pula tetap mengekalkan kelajuan walaupun jalan mula dipenuhi sebanyak 80%. Pada waktu jalan sederhana sibuk, semut meningkatkan kelajuannya, memecut sehingga arus perjalanan mencecah maksimum. Apabila jalan mula penuh, semut mula mengawal diri mereka dan cuba mengelakkan diri daripada berlanggar antara satu sama lain yang membuang masa.
Kesesakan trafik mudah melata dalam kalangan manusia kerana setiap individu manusia sedang mengejar agenda dan objektif peribadi masing-masing. Semut pula berkongsi agenda dan objektif yang sama iaitu kemandirian koloni. Maka, mereka dijangka untuk bekerjasama untuk mengoptimakan makanan.
Kajian lain pula menunjukkan pada waktu tertentu, semut mempunyai ‘pegawai’ untuk mengawal trafik. Pada tahun 2008, saintis mendapati apabila jalan semut mula sesak, semut individu akan pulang semula ke sarang dan menghalang semut yang keluar, seterusnya memaksa mereka mencari jalan yang baru.
Jelas, manusia sukar untuk dikawal dan kita tidak selalunya berkelakuan rasional. Semut memenuhi lorong sama rata walaupun pada waktu kecemasan, manusia pula gemar bersesak di lorong-lorong tertentu untuk memenuhi kemahuan masing-masing. Tanpa mengubah sikap kita di atas jalan raya, terdapat sesuatu yang dapat kita belajar daripada semut. Kita akan ada kereta pandu sendiri tidak lama lagi dan kita dapat mengkoordinat kereta tersebut supaya arus perjalanan dapat dioptimumkan.
RUJUKAN:
- Couzin, I. D., & Franks, N. R. (2003). Self-organized lane formation and optimized traffic flow in army ants. Proceedings of the Royal Society of London. Series B: Biological Sciences, 270(1511), 139-146.
- Poissonnier, L. A., Motsch, S., Gautrais, J., Buhl, J., & Dussutour, A. (2019). Experimental investigation of ant traffic under crowded conditions. eLife, 8.
- Peters, K., Johansson, A., Dussutour, A., & Helbing, D. (2006). Analytical and numerical investigation of ant behavior under crowded conditions. Advances in Complex Systems, 9(04), 337-352.
- https://www.insidescience.org/news/how-ants-go-marching-and-never-cause-traffic-jams
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih