Rakyat Malaysia dan muzik leleh ini boleh dikatakan ibarat aur dengan tebing. Buktinya di radio, lagu leleh sentiasa menjadi pilihan utama untuk dimainkan. Malah dalam anugerah muzik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) pun kebanyakan penyanyi membawa lagu leleh. Bukan setakat itu sahaja, dalam arena underground juga lagu leleh masih lagi dimainkan.
Persoalannya sekarang kenapa ramai rakyat Malaysia sangat meminati lagu leleh? Ada yang mendakwa semua ini dimainkan oleh pihak radio kerana hanya mahu putarkan lagu leleh sahaja. Alasan yang seringkali diberikan adalah radio bertindak di atas permintaan pendengar. Jika pendengar mahu dengar lagu leleh, maka itulah yang mereka akan dapat.
Sebenarnya ada sebab lain juga seperti lagu leleh yang sangat matching dengan jiwa kemelayuan. Dekat mana yang matching tu?
Sejak zaman berzaman, orang Melayu memang sangat suka berkias dan mengaplikasikan metafora dalam kehidupan. Buktinya orang Melayu miliki begitu banyak peribahasa yang memiliki dua lapis makna. Sebagai contoh, siapa makan cabai dia terasa pedasnya yang bermaksud siapa buat salah dia akan terasa. Kalau dilihat sebentar, makan cabai memang boleh buat kita mengelabah dan maksudnya pula dipadankan dengan sikap kita setelah buat sesuatu kesalahan.
Budaya suka berkias ini akhirnya banyak digunakan dalam lagu-lagu leleh. Sebagai contoh dalam lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris, bait lirik “jika kau bertemu aku begini, berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi”, membuatkan kita yang mendengar berasa cukup syahdu. Sama macam peribahasa zaman dahulu, lirik lagu itu mempunyai dua lapis makna iaitu badan yang berlumpur dan kesusahan.
Jadi lirik yang berkias-kias ini telah membuatkan begitu banyak lagu leleh popular dengan begitu cepat. Ini kerana kita semua sudah terbiasa dengan metafora ataupun kiasan sejak zaman berzaman. Tapi masalahnya lagu leleh hari ini tidak lagi memiliki lirik yang kompleks dan maksud yang mendalam, jadi macam mana?
Lagu leleh juga boleh dikaitkan dengan sifat orang Melayu yang tenang. Tenangnya orang Melayu sampai British anggap bangsa ini sangat malas kerana tidak mengikuti masa yang mereka tetapkan. Buktinya ada orang British beranggapan orang Melayu hanya suka bersenang-lenang sahaja. Padahal mereka tidak tahu bahawa orang Melayu mengamalkan ekonomi sara diri dan lebih gemar mengusahakan ladang sendiri.
Ditambah lagi orang Melayu memang tidak suka melawan untuk perkara yang sia-sia. Buktinya hanya dua figura dalam sejarah Melayu iaitu Hang Jebat dan Megat Sri Rama yang benar-benar melakukan penentangan tetapi dalam skala kecil. Dengan sikap orang Melayu yang lebih tenang dan tidak suka melawan ini membuatkan mereka lebih gemarkan lagu leleh.
Lagu leleh diketahui berentak sangat perlahan, melankolik dan bermain dengan emosi. Maka lagu leleh lebih sesuai dengan jiwa orang Melayu yang penuh dengan kelembutan.
Selain itu terdapat beberapa sebab seperti nostalgia. Bagi sesetengah orang, mendengar lagu leleh akan membuatkan mereka mengingatkan kembali nostalgia ataupun kenangan lama. Ditambah lagi jika kenangan itu sangat memberi makna dalam hidup seperti permulaan dan pengakhiran hubungan. Dengan mendengar lagu leleh, segala imaginasi masa lalu akan terimbas dan membuatkan kita merasa sangat dekat lagu tersebut.
Kesimpulannya, lagu leleh dan kita memang sangat sebati sehingga sangat sukar untuk dipisahkan. Malah beberapa genre yang memasuki negara kita turut tidak terlepas daripada pengaruh leleh. Rock kapak adalah antara genre yang terbit daripada heavy metal dan diadunkan dengan muzik leleh. Maka terhasil lagu-lagu yang cukup power pada era 1990 an. Apa-apapun lagu leleh tak salah tetapi menjadi satu kesalahan apabila terlalu kerap dimainkan.
Dah setel layan lagu leleh, kalian dijemput membeli buku LIPUR LARA ALAM MELAYU. Dalam buku ini, kalian akan terpana melihat kehebatan seni bangsa Melayu yang sudah lama terpahat dalam sejarah. Link pembelian: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920
RUJUKAN:
Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Heshmat, S. (2019, Mei 20). 6 reasons why we enjoy listening to sad music. Psychology Today. Dipetik daripada https://www.psychologytoday.com/intl/blog/science-choice/201905/6-reasons-why-we-enjoy-listening-sad-music
Rakshit, D. (2021, Mei 28). Why some people love sad music — and others don’t. The Swaddle. Dipetik daripada https://theswaddle.com/why-some-people-love-sad-music-and-others-dont/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih