Dalam dunia ini, ada banyak soalan takkan terjawab. Soalan macam “King Arthur ni betul ka lagenda jer?” mustahil ada jawapan. Soalan macam “siapa bunuh JFK?” pun takkan ada jawapan. Tetapi soalan “mengapa perokok sukar kena kanser paru-paru?” mungkin sudah ada jawapannya. Fikir balik – sains kata rokok adalah faktor risiko pertama di sebalik kanser paru-paru. 90+ peratus kematian angkara kanser paru-paru pula berpunca daripada tembakau (CDC, n.d.). Namun majoriti perokok tegar takkan kena kanser.

Persoalan ini sudah lama menghantui saintis. Dan jawapannya tidak sangka selama ini di depan mata. Dalam satu kajian terbaru, saintis daripada Kolej Perubatan Albert Einstein menumpukan perhatian pada ketahanan sel paru-paru. Namun kajian ini menggunakan sampel bersaiz kecil – 33 orang sahaja. Tetapi dapatan mereka masih boleh dianggap sebagai petunjuk.

Perbandingan antara dua paru-paru. Cuma mana satu yang pandemic, eh?

Kalangan perokok yang kebal kanser rupanya mempunyai sel yang tidak bermutasi. Sel paru-paru mereka boleh tahan lama. Mutasinya hanya pada dasar usia semata-mata (Huang, et al., 2022). Sekalipun tidak kena kanser, kesannya jangan ingat tiada.

Penyelamat Yang Terjejas

Mungkin ada yang tidak faham bahasa laras tinggi seperti mutasi dan sebagainya. Dengan kata mudah, faktor genetik melindungi perokok daripada kanser. DNA membaiki sel rosak dengan cepat, sekali gus mencegah kanser. Masalah sekarang, DNA itu sendiri dirosakkan bahan dalam rokok. Asap tembakau didapati merosakkan DNA dalam paru-paru secara berkala (Spivack, 2022). Cuma jauh mana DNA rosak, itu berbeza ikut badan. Perokok tegar setegar-tegarnya boleh saja merokok sampai bila-bila tanpa bebanan mutasi yang menyebabkan kanser. Jika perokok tegar A bebas kanser, tidak bermakna perokok tegar B bebas juga. Itu analoginya.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Genetik perokok tegar A ini selalunya diwarisi secara keturunan. Macam mana proses ini terjadi, saintis masih belum tahu. Tiada konsensus dalam kalangan saintis sendiri tentang perkara ini. Macam biasa – ada yang berpendapat faktor luaran seperti zat tertentu dalam makanan (Lahtz & Pfeifer, 2011). Namun ia masih lagi pendapat tanpa konsensus umum.

Macam Mana Rokok Menyebabkan Kanser Paru-Paru

Perbincangan ini sudah jelas menunjukkan punca berlakunya kanser paru-paru. Sel paru-paru bertambah rosak setiap kali asap rokok masuk membawa bahan carcinogen. Tisu paru-paru berubah serta-merta. Pada mulanya, badan masih boleh membaiki kerosakan ini. Sistem imun masih kuat untuk menampung. Tetapi rokok mencetuskan ketagihan, yang perlu ditunaikan pada setiap masa. Jadi asap demi asap berkepul masuk dalam paru-paru. Sel yang normal menjadi tidak normal. Dan cukup masa, kerosakan ini merangsangkan tindak balas sampai tumbuhnya barah.

Gambaran macam mana barah terjadi.

Barah pula mempunyai dua jenis – 1) barah kecil dan 2) barah bukan kecil seperti carcinoma dan adenocarcinoma. Dua jenis barah ini adalah yang paling biasa berlaku pada perokok-perokok tegar. Cuma itulah – ia tidak menentu. Ada yang kena. Ada yang kebal. Dan ada yang tidak kena kanser paru-paru… tetapi kena pula barah otak (Vida, et al., 2014). Seeloknya tidak merokok langsunglah – kerana impaknya tertera ada. Dan hanya kerana orang lain tidak kena barah, tidak semestinya kita kebal secara mutlak. Malah definisi “tidak kena barah” itu sendiri bukan asas saintifik. Mungkin belum kena barah lagi.

Status rokok itu sendiri sudah jelas. Punca ketagihan pun jelas. Dan impak terhadap kewangan lagilah jelas. Lebih baik elak. Jika sudah mula merokok, cari jalan berhenti terus.

RUJUKAN:

CDC. (n.d.). Lung Cancer – What Are the Risk Factors?

Huang, Z., et al. (2022, April 11). Single-cell analysis of somatic mutations in human bronchial epithelial cells in relation to aging and smoking. Nature. 54. 492-498.

Lahtz, C., & Pfeifer, G. (2011). Epigenetic changes of DNA repair genes in cancer. J Mol Cell Biol. 3 (1): 51-58.

Spivack, S. (2022, April 11). Study Suggests Why Most Smokers Don’t Get Lung Cancer. Einstein.

Vida, S., et al. (2014). Brain tumours and cigarette smoking: analysis of the INTERPHONE Canada case-control study. Environ Health. 13: 55.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply