Sekiranya anda pernah membaca artikel sains genetik saya sebelum ni, anda mungkin pernah mendengar tentang ‘teori endosimbiont’. Teori ini berkenaan sel eukaryot macam sel haiwan dan pokok ni sebenarnya berasal daripada bakteria yang bergabung menjadi satu. 2 bakteria untuk sel haiwan (bakteria induk+bakteria tenaga) dan 3 untuk sel pokok (bakteria induk+bakteria tenaga/mitokondria+bakteria cahaya/kloroplas).
Sebab itulah dalam sel haiwan, kita sebenarnya ada dua jenis DNA. Satu daripada nukleus sel induk dan satu lagi daripada nukleus dalam mitokondria. Kalau pokok, 3 jenis DNA lah jawabnya. Persoalan di sini, apa kaitan perenggan ni dengan tajuk saya?
Yang ni, kita kena kembali ke proses persenyawaan manusia. Kita semua maklum bayi berasal daripada percantuman sel ovum ibu dan sel sperma bapa. Ini bermakna, hasil gabungan ni akan ada 4 jenis DNA lain (2 jenis DNA ovum+2 jenis DNA sperma). Walau bagaimanapun, semasa proses persenyawaan ni berlaku, ekor sperma akan terputus bila kepala dia dah tembus masuk ovum. Berbanding sel lain, struktur sperma ni lain. Dia bukan jenis sel seketul bulat tu, tak, dia lain. Kepala dia ialah nukleus, dan ekor dia ialah mitokondria. Jadi, bila ekor ni terputus, zigot (hasil campuran ovum+sperma) akan mengandungi 3 jenis DNA sahaja. 2 daripada ovum dan 1 daripada sperma. Secara teknikalnya, DNA ibu sekarang ada lagi banyak daripada DNA bapa dengan nisbah 2:1.
Oleh kerana itulah, DNA ibu selalunya digunakan untuk profiling dan juga check pengesahan DNA. Campur lagi dengan sifat DNA mitokondria yang tahan lasak, DNA ibu ni juga boleh digunakan untuk melihat geneologi atau sejarah DNA seseoang tu. Dalam kata lain, DNA ibu anda yang berada dalam sel anda boleh digunakan untuk tahu asal usul anda. Mana la tahu anda ni dulu bangsa minang ke, jawa ke, chola ke 😀
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih