Umum mengetahui bahawa secara asasnya tanda harga pemain bola sepak era kini lebih tinggi berbanding era terdahulu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi, gajinya sahaja sudah mencecah £7 juta sebulan iaitu 600 kali ganda lebih tinggi berbanding gaji seorang perdana menteri.

Dengan itu, apakah yang menyebabkan kegilaan ini boleh berlaku? Senang sahaja, jawapannya adalah penawaran dan permintaan.

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan sebagai penawaran dan permintaan dalam bola sepak? Ianya sama sahaja seperti konsep penawaran dan permintaan dalam kehidupan kita, misalnya seperti durian, lagi-lagi durian Musang King.

Kalau dulu-dulu, kita boleh beli berbakul-bakul. Sekarang jarang nak dapat macam tu. Sebab apa? Permintaan dah meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke luar negara.

Bila ada orang luar yang sanggup beli durian Musang King dengan harga beratus-ratus sekilo atas dasar kerana kemasyhuran disamping bakanya yang sedap, ini secara tak langsung telah tetapkan penanda aras harga durian.

Dalam bola sepak, penawaran adalah bekalan pemain berbakat untuk liga tertinggi seperti Liga Perdana Inggeris dan La Liga. Manakala, permintaan adalah jumlah kelab yang inginkan pemain berbakat itu tadi.

Kita ambil contoh yang begitu mudah, kenapa gaji Messi begitu tinggi? Hal ini demikian kerana, baka pemain bola sepak seperti Messi adalah sangat langka dan sukar didapati. Permintaan untuk mendapatkan pemain bola sepak berbakat adalah sangat tinggi kerana kelab mahu tingkatkan kebarangkalian untuk mereka menjulang trofi.

Hasilnya kelab boleh menjana keuntungan daripada hak penyiaran, barang niaga dan jualan tiket. Kelab juga harus bersaing untuk mendapatkan pemain terbaik dengan menawarkan gaji yang tinggi.

Sekiranya kelab hanya menawarkan gaji yang rendah, maka dengan itu kelab lain akan mengalahkannya. Hal ini pernah terjadi ketika Arsenal bertindak untuk menjual Alexis Sanchez, dimana Manchester United berjaya mengalahkan Manchester City dalam tawaran gaji.

Bukan itu sahaja, pemain diberi gaji tinggi kerana kelab telah memperoleh pendapatan daripada pelbagai aspek. Hasil daripada globalisasi dan kemajuan teknologi membuatkan bola sepak semakin popular serta sangat menguntungkan.

Sebagai contoh, hak penyiaran untuk musim pertama Liga Perdana sahaja bernilai tidak kurang daripada  £200 juta dan pada tahun 2016-2019, ianya berharga lebih daripada £5 bilion. Jadi, tidak pelik jika kelab Liga Perdana Inggeris mampu menawarkan harga yang tinggi dalam mendapatkan pemain berbakat.

Jika penduduk bumi kehilangan minat terhadap bola sepak, kelab tidak akan mendapat untung yang tinggi lantas permintaan untuk mendapatkan pemain akan turun dan begitu juga gaji mereka.

Persoalannya, bolehkan perkara seumpama itu terjadi? Jika bola sepak sudah tidak diminati oleh seisi dunia, sukan apakah yang boleh gantikannya. Tiada jawapan yang konkrit.

Artikel turut disiarkan di laman The Outlook, portal kewangan dan ekonomi kami. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.