Jika kita merasakan negara Thailand mula bersifat oportunis dan sering mengelak dari konflik-konflik pepera.ngan bermula pada zaman moden, sebenarnya mereka sudah mula licik sejak era kerajaan Sukothai lagi. Ini boleh dibuktikan melalui cara mereka mengelak dari anca.man kebangkitan Mongol.

Orang Thai tidak menjadi sebahagian masyarakat di Asia Tenggara sehingga abad ke-13, apabila sejumlah besar populasi masyarakat Tai melarikan diri dari Burma dan China moden untuk menyelamatkan diri dari pencerobo.han tentera Mongol Dinasti Yuan di bawah perintah Kublai Khan. Orang Tai menubuhkan kerajaan di wilayah Khmer di Sukhothai.

Kempen Empayar Mongol terhadap Siam jauh berbeza daripada kempen-kempen lain yang pernah disebut. Tanah yang kita kenali sebagai Thailand hari ini pada waktu itu adalah beberapa negeri yang berasingan.

Di wilayah utara Siam, terdapat tiga kerajaan. Yang pertama ialah Lan Na, kedua, Sukhothai, dan ketiga Khelang Nakhon. Kerajaan Lan Na diperintah oleh Raja Mangrai yang berpusat di ibu kotanya di Chiang Mai. Pertikaian sempadan membawa kepada peper.angan pada 1296 tetapi ekspedisi yang dijalankan pada 1301 berakhir dengan kedatangan Mongol.

Raja Lan Na mengetahui tentang pencer.obohan Mongol yang akan dilancarkan kerana dia berasal dari Nong Sae, sebuah kota di Selatan China. Nenek moyangnya telah diasak oleh pencer.obohan ini.

Lalu dia melakukan rundingan perjanjian dengan Sukhothai dan Khelang Nakhon.  Mereka bersetuju akan saling menghantar tentera sokongan untuk membantu antara satu sama lain sekiranya pencer.obohan Mongol tiba ke Utara Siam.

Namun pencer.obohan tidak pernah berjaya tiba sejauh ke Siam kerana dua sebab utama: bentuk muka bumi yang tidak biasa dilalui tentera Mongol yang rata-ratanya adalah kaum Cina Han dan Korea, dan wabak berpenyakit.

Kerajaan Sukothai

Bentuk muka bumi Siam Utara bukan setakat bergunung-ganang, tetapi dilitupi hutan tebal. Tentera Mongol hanya pakar dalam per.ang memanah sambil berkuda.

Menunggang kuda di kawasan pergunungan bukanlah satu idea yang bagus, dan Mongol sudah pun ada banyak pengalaman pahit dalam kempen ketenteraan terhadap Dai Viet dan Champa.

Oleh itu, pencer.obohan telah dibatalkan dan kemaraan tentera Mongol terhenti di tebing sungai Mekhong. Penasihat taktikal per.ang Mongol percaya dengan menyeberangi jalan darat dari China ke arah Siam akan menyebabkan Mongol kehilangan ramai tentera.

Lan Na, Sukhothai, dan Lamphun terhindar daripada pencer.obohan. Satu-satunya kerajaan lain yang belum disebut ialah Empayar Khmer di Kemboja.  Empayar yang pernah gemilang dan terkenal kerana membina candi dan istana Angkor yang indah ini telahpun ditak.luki oleh orang Thai.

Mereka telah merampas Sukhothai dari Khmer pada tahun 1220 dan menjadikannya ibu kota mereka.  Ram-khamhaeng memainkan peranan utama dalam hal ini.

Sementara Mongol mengancam untuk memus.nahkan musuh mereka di Burma dan Vietnam dan dengan lawannya di utara di Lan Na dalam keadaan berjaga-jaga, Raja Ram-khamhaeng boleh menarik nafas lega dengan mengor.bankan Khmer.

Sekutu Mongolnya tidak lagi ambil peduli tentang wilayahnya dan jika situasi berubah, dia masih mempunyai Lan Na sebagai zon penampan di utara. Angkor bertahan sehingga 1431 apabila ia akhirnya diambil oleh Siam.

Hubungan Baik Ram-khamhaeng dengan Mongol

Selain kerajaan Malayu di Sumatera, Raja Ram-khamhaeng dari Siam yang berpusat di Sukhothai juga mengambil pendekatan yang sangat berbeza terhadap kebangkitan Empayar Mongol berbanding kerajaan-kerajaan sezamannya di Burma, Vietnam dan Jawa.

Raja Ram-khamhaeng secara aktif menjalinkan hubungan yang baik dengan Kublai Khan dan merundingkan perjanjian persahabatan dengan Dinasti Yuan pada tahun 1282.

Beliau melakukan kunjungan peribadi ke China untuk bertemu khan sejurus sebelum kema.tiannya pada tahun 1294. Yuan Shi (Sejarah Yuan) merekodkan sebanyak tujuh misi diplomatik dari “Sien/Syam” (Sukhothai) antara tahun 1282 dan 1323.

Tugu Raja Ram-khamhaeng

Raja Ram-khamhaeng terkenal sebagai pentadbir, penggubal undang-undang dan negarawan. Dia dikreditkan dengan penciptaan sistem abjad Thai, yang dicapai melalui kaedah mensistemkan abjad Khmer dengan perkataan Thai.

Salah satu kunci kejayaan Raja Ram-khamhaeng terletak pada hubungan diplomatiknya dengan pemerintah Mongol di China. Dinasti Yuan menerapkan dasar pecah dan perintah serta menyokong kebangkitan Siam dengan mengor.bankan Khmer.

Bangsa Thai secara tradisinya menganggap penubuhan kerajaan Sukhothai sebagai tanda kemunculan mereka sebagai sebuah negara yang berbeza. Tradisi menetapkan tahun 1238 sebagai tahun suku Tai menggulingkan pemerintahan Khmer di Sukhothai, ibu kota wilayah terpencil barat laut Angkor, dan menubuhkan kerajaan Tai.

Gambaran Angkor Wat kuno

Migrasi besar-besaran akibat penak.lukan Nanchao oleh Kublai Khan telah melanjutkan lagi penyatuan negeri-negeri Tai yang merdeka. Pejuang-pejuang Tai yang melarikan diri daripada pencer.obohan Mongol, menyertai Sukhothai untuk menentang Khmer dan menegakkan ketuanannya di dataran pusat.

Di utara, suku Tai yang lain menak.luki negeri Mon kuno di Haripunjaya dan pada tahun 1296 mengasaskan kerajaan Lan Na dengan ibu kotanya di Chiang Mai.

Konsep diraja Thai hari ini telah berkembang melalui 800 tahun pemerintahan monarki mutlak. Raja pertama Thai yang bersatu ialah pengasas Kerajaan Sukhothai: Raja Sri Indraditya pada tahun 1238. Semasa pemerintahannya kerajaan Sukothai telah diperluas hasil gabungan dengan kota-kota lain.

Yang paling penting seterusnya ialah anak kedua Raja Si Inthrathit, iaitu Raja Ram-khamhaeng, raja ketiga, yang juga merupakan raja paling terkenal di kalangan raja-raja Sukhothai.

Ram-khamhaeng (Rama the Great, 1277-1317) ialah pemerintah pertama Sukhothai yang rekod sejarahnya masih terpulihara. Beliau adalah seorang pahlawan terkenal yang mendakwa dirinya sebagai “pemimpin yang berdaulat ke atas semua orang Tai” dan membiayai pentadbiran istananya dengan harta rampasan per.ang dan ufti dari negeri-negeri bawahan di Burma, Laos, dan Semenanjung Tanah Melayu.

Semasa pemerintahannya, kerajaan Sukothai menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan pemerintah Mongol Dinasti Yuan di China dan mengiktiraf Maharaja China (Khagan Mongol) sebagai tuan kerajaan Sukothai secara nominal.

Ram-khamhaeng membawa tukang-tukang Cina ke Sukhothai untuk membangunkan industri seramik yang menjadi tunjang utama ekonomi Thailand selama 500 tahun. Beliau juga mencipta abjad Thai pada tahun 1283 M dengan mengadaptasi abjad Khmer yang berasal daripada abjad Devanagari.

Batu bersurat Ram-khamhaeng

Dia membuat Batu Bersurat untuk menceritakan kisah zamannya. Menurut Batu Bersurat itu, sempadan utara merebak ke Phrae, Nan, dan Chantaburi, di selatan meliputi kawasan Nakhon Si Thammarat, di timur mencapai Mon Hongsawadi (Pegu di Myanmar), dan berakhir di tebing barat dari Sungai Mekong.

Penciptaan abjad membolehkan orang moden mempunyai maklumat terperinci tentang masyarakat 700 tahun yang lalu berdasarkan Batu Bersurat pertama yang dibuat oleh Raja Ram-khamhaeng.

Kalau anda berminat nak membaca mengenai TAMADUN ROM, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh buat pembelian di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

RUJUKAN:

Chakrabongse, C., 1960, Lords of Life, London: Alvin Redman Limited.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.