Pengembaraan ke angkasa lepas atau paling kurang Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) merupakan impian setiap angkasawan, baik lelaki mahupun wanita. Tetapi jika anda perasan, tidak ramai angkasawan wanita di angkasa lepas dan jika ada pun, mereka ada untuk tempoh singkat. Kenapa ya?
Sebabnya mungkin ada kaitan dengan radiasi ion di angkasa lepas. Setiap hari, bumi dihujani radiasi ini di mana pendedahan tinggi radiasi ini boleh mengakibatkan kanser dan penyakit radiasi. Tetapi kita di bumi patut bersyukur kerana bumi dilindungi oleh lapisan atmosfera dan magnetosfera. Jika tidak kerana dua lapisan ini, radiasi ion boleh saja sampai ke permukaan bumi.
Di ISS, lain pula ceritanya. Walaupun ia dilindungi oleh magnetosfera, ia bukan dalam lapisan atmosfera. Ini menyebabkan angkasawan terdedah kepada sinaran radiasi ion yang lebih tinggi. Pendedahan radiasi ini meningkatkan risiko mereka mengalami penyakit kanser selagi mana mereka masih bergelar angkasawan.
Bagi angkasawan NASA, had pendedahan radiasi ditentukan berdasarkan jantina dan usia. Ia boleh saja dari 180 milisievert (mSv) untuk wanita berusia 30 tahun atau 700 mSv untuk lelaki berusia 60 tahun.
Sekali pandang, had sebegini seolah-olah satu diskriminasi kepada angkasawan wanita. Tetapi berdasarkan analisis NASA, wanita yang terdedah kepada radiasi ion berpotensi mendapat kanser terutama kanser paru-paru dua kali ganda berbanding lelaki.
Analisis ini bukan sekali membunuh karier angkasawan wanita. Bekas ketua kor angkasawan NASA Peggy Whitson terpaksa bersara sebagai angkasawan selepas mencapai had pendedahan radiasi wanita pada usia 57 tahun. Pada tahun 2018, beliau menyuarakan rasa kecewa tentang kewujudan had ini.
Bagaimanapun, had pendedahan radiasi ini dijangka disemak semula oleh NASA. Pada tahun 2021, sekumpulan pakar dari Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Kebangsaan dikumpul bagi menilai dan menganalisis rancangan NASA untuk menukar had radiasi yang ada kepada 600 mSv bagi setiap kumpulan umur angkasawan.
Jika ditukar dalam bentuk kekerapan misi ke ISS, ia bersamaan dengan empat misi ISS selama enam bulan. Jika ia mendapat kelulusan, ia dapat memanjangkan karier angkasawan wanita NASA.
Dalam rancangan sama, NASA turut mengumumkan pengecualian had pendedahan radiasi kepada 900 mSv bagi misi bersifat jangka panjang seperti misi penerokaan planet Marikh. Tetapi ia lebih rendah jika dibandingkan had 1,000 mSv yang ditetapkan agensi angkasa lepas Rusia, Eropah dan Kanada. Yang pasti, ia sesuatu yang amat dinantikan terutama bagi yang berhajat ke Marikh.
RUJUKAN
Arnst, J. (2022, 21 Mac). Why does NASA let male astronauts stay in space longer than females?. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih