Jawapan aku mudah, senang dan telus. Ini kerana terdapat sebilangan daripada gugusan politik ekstrem seperti ini yang terus menerus menidakkan kewujudan komuniti Melayu di Sarawak. Hari ini, telahan aku selama ini terbukti. Sama ada portal salah petik atau NGO , yang penting kenyataan ini dilihat mempunyai unsur hasutan yang nyata. Bagi aku, kalau nak berpolitik silakan berpolitik atas arena yang luas – tapi bila ada suara sumbang yang menolak kewujudan kaum Melayu di Sarawak, ‘garisan merah’ sudah pun direntas. Buka dahulu Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, kemudian hadam. Hadam elok-elok supaya tidak menggelupur syok sendiri.
Fasal 161 A (7) dalam Perlembagaan Persekutuan terang menyatakan “The races to be treated for the purposes of the definition of “native” in Clause (6) as indigenous to Sarawak are the Bukitans, Bisayahs, Dusuns, Sea Dayaks, Land Dayaks, Kadayans, Kalabit, Kayans, Kenyahs (Including Sabups and Sipengs), Kajangs (including Sekapans,. Kejamans, Lahanans, Punans, Tanjongs dan Kanowits), Lugats, Lisums, Malays, Melanos, Muruts, Penans, Sians, Tagals, Tabuns and Ukits”.
Senarai ini bukanlah ditulis secara semberono oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dipersetujui melalui Perjanjian Malaysia 1963. Kata nak perjuangkan MA63, tapi fakta ke laut! Kalau kau tidak percaya dengan apa yang ditulis orang Asia dan lebih mempercayai tulisan orang putih, mungkin kata-kata James Brooke ini boleh menjadi penawar kejahilan itu: “Sarawak belongs to the Malays, Sea Dyaks, Land Dyaks, Kayans, Kenyahs, Milanos, Muruts, Kadayans, Bisayahs and other tribes, and not to us.”
Selain itu jangan dilupakan juga Datu Patinggi Ali, Datu Abdul Ghafur dan Rosli Dhobi dalam sejarah Sarawak. Apa mereka bukan Melayu? Hanya kerana kebencian kau terhadap sesuatu parti yang berteraskan kaum Melayu – kau ‘hilangkan’ kami dari rentetan sejarah Darul Hana? Bagaimana kau boleh mengatakan kau memperjuangkan hak-hak orang Sabah & Sarawak apabila kau sendiri tidak faham apa yang kau perjuangkan, atau siapa yang ingin kau wakilkan?




No comments yet