Dalam musim koronavirus ini keg4n4san rumahtangga menjelma sebagai masalah paling besar. Sementara jen4y4h global menyaksikan trend penurunan, perkelahian antara suami isteri pula menjadi terlalu fizikal.

Selain daripada pemvkvlan, ada yang did3ra secara mental sampai perlu membuang air dalam keadaan pintu terbuka pun (Taub, 2020).

Malaysia pula masih belum menunjukkan angka rasmi. Tetapi selamat untuk andaikan bahawa kes keg4n4san rumahtangga berlaku juga dalam negara ini, cuma sama ada dilaporkan atau tidak saja.

Jadi untuk membendung krisis ini, Siti Zailah Mohd Yusoff memberikan tiga cadangan.

Secara peribadi Siti Zailah ialah seorang ibu dalam keluarga yang sangat besar. Dalam satu laporan bertarikhkan 26 November 2012, Siti Zailah dipetik mempunyai 10 orang anak (RoketKini, 2012).

Sebelum ini pun beliau dibuli secara atas talian kerana mengakitkan kadar kem4tian koronavirus 1% berbanding kepastian men1ngg4l dunia iaitu 100%.

Walhal saranannya hanya untuk menjaga hubungan dengan Tuhan saja, kerana m4ut datang tanpa diundang.

Gayanya perkara yang sama berlaku sekali lagi. Sister in Islam berburuk sangka terhadap cadangan Siti Zailah yang dituduh mempunyai mesej tersembunyi yang tidak boleh diterima.

Sister in Islam mencapai kata sepakat bahawa Siti Zailah menyuruh “wanita bersabar,  menerima dan memaafkan tingkah laku g4n4s suami.” Marina Mahathir mengakui bahawa Siti Zailah tidak berkata secara terang-terangan, tetapi tafsirannya dalam konteks keseluruhan video mencerminkan sedemikian (Malaysia Kini, 2020).

Keceluparan sebeginilah yang memendapkan usaha kesamarataan pro-wanita. Kerana apa-apa jua unsur feminisme yang membantu – kesamarataan gaji, suasana kondusif wanita, peluang pekerjaan sama rata – dipandang serong sebagai hakisan budaya.

Salah seorang yang mengkritik Siti Zailah ialah tidak lain tidak bukan Marina Mahathir.

Namun realiti berlainan pula dilihat dalam akaun Instagram beliau, kerana pendapat-pendapatnya dirai begitu baik.

Apa Yang Sebenarnya Dicadangkan Siti Zailah?

Siti Zailah mengakui cabaran kekeluargaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, yang mempunyai pelbagai kemungkinan. Maka untuk mengelakkan sebarang k0nflik, keluarga perlulah:

  • Fizikal – semasa m4rah terhadap ayah, ibu atau anak, ambillah ruang dan (bertenang) dulu supaya boleh reda. Jika sedang berdiri, duduk dulu. Jika sedang duduk, cuba baring pula.

Asalkan bergerak dan bertenang. Bagi yang Islam, ambil wudhu. Berdiam diri dulu jika isteri berleter, seperti Saidina Umar misalnya.

Jika suami sedang m4rah, isteri pun sabar dulu dan elakkan menengking.

  • Mental – bersangka baik bagi pasangan dan anak-anak. Jika timbul sesuatu yang boleh bergolakkan keluarga, lihat kebaikan.

Jika suami isteri tidak suka satu perbuatan pasangan, lihat 1,000 kebaikan yang telah ditumpahkan.

Sentiasa berterima kasih dan meminta maaf terhadap pasangan dan anak-anak.

Tidak salah pun jika ibu bapa minta maaf kepada anak jika salah.

  • Spiritual – banyakkan doa.

Dimana Salahnya Siti Zailah?

Dalam konteks Sister in Islam, “sabar” dan “maaf” telah disalaherti. Dan sebenarnya tiada alasan pun boleh mengiyakan salah faham. Kerana Siti Zailah menggunakan bahasa mudah tanpa ayat-ayat bombastik.

Sebenarnya apa yang disarankan Siti Zailah mungkin terlalu kampung. Kalau secara profesional, dua cadangan beliau berpucuk daripada akar “think before you speak” dan “take a timeout” (Mayo Clinic, 2020).

Semasa panas, manusia cenderung utnuk berkata sesuka hati. Jadi mereka perlulah “mengecualikan diri” dulu supaya boleh bertenang.

Itulah yang dicadangkan Siti Zailah selaras dengan wartaan Mayo Clinic, sebuah pertubuhan kesihatan profesional di Minnesota. Kalau sedang berdiri, duduk dulu. Kalau sedang duduk, baring dulu.

Tidak perlulah terjemahkan secara literal yang sebenarnya semua boleh saja keluar atau masuk bilik untuk tenangkan diri.

Semasa proses tenang diri, kedua-dua pasangan pula elakkan sama sekali mencari gaduh. Elok suami keluar untuk tenangkan diri, isteri pula ikut untuk tambah cili. Itulah dikatakan timeout.

Pokok pangkalnya, Siti Zailah mengatakan jangan menengking dan elakkan tambah api. Itu saja.

Takkan bahasa mudah itu pun Marina Mahathir susah faham? Lebih mengejutkan apabila Ketua Pemuda MCA mengkritik Siti Zailah yang dikatakan tidak layak jadi timbalan menteri (The Star, 2020).

Nicole Wong terbuai dengan falasi bahawa Siti Zailah cadangkan diamkan diri terhadap sikap g4n4s suami. Padahal itu bukan cadangan sebenar.

Walaupun Nicole sudah meminta maaf, perkara ini jelas menunjukkan bahawa sikap tergesa-gesa menyukarkan keadaan.

RUJUKAN:

Malaysia Kini. (2020, April 11). ‘Mesej tersembunyi’ dalam nasihat Siti Zailah salah, kata SIS. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/520072

Mayo Clinic. (2020, February 29). Anger management: 10 tips to tame your temper. Retrieved from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434

RoketKini. (2012, November 26). “Wanita perlu diberi ruang lebih besar” – Siti Zailah. Retrieved from https://www.roketkini.com/2012/11/26/“wanita-perlu-diberi-ruang-lebih-besar”-siti-zailah/

Taub, A. (2020, April 6). A New Covid-19 Crisis: Domestic Abuse Rises Worldwide. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/04/06/world/coronavirus-domestic-violence.html

The Star. (2020, April 11). MCA Youth criticizes Siti Zailah for domestic abuse video. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/11/mca-youth-criticises-siti-zailah-for-domestic-abuse-video


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.